welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Wednesday, October 6, 2010

[Cerpen] "Kita Bercinta di Syurga ye !"



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Berkali² dia menekan butang ‘play’ di hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama² memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda² untuk henti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai². Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi sekali di saat² begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, penuh dengan kenderaan² berat. Masing² memecut laju ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, awal² lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...