welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, November 21, 2011

[Tazkirah] Mana Allah dalam diri kita ?





dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Mata tak menipu! Hati juga tidak pernah menipu ! Telinga, lidah, tangan dan kaki juga sama. Apa kau tahu yang mereka sedang menangis ? Ya, mereka menangis. Mereka merasa sakit yang amat di dalam diri kita. Saat bersama-sama dengan kita, mereka merasa amat tersiksa. Seolah-olah mereka bersubahat. Tapi jauh dari perasaan yang meraka alami, mereka sama sekali tidak mahu melakukan perbuatan yang teruk itu. Mereka semampunya ingin bersuara, tetapi mereka tidak punya kekuatan ke arah itu. Allah sama sekali membatasi perbuatan itu  ke atas mereka.

Thursday, November 3, 2011

[Tazkirah] Di sebalik Facebook



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Lebih kurang tiga hari, Facebook saya tak dijenguk. Ada urusan lain yang lebih penting daripada itu untuk saya selesaikan. Bila ada waktu lapang macam ni, baru saya akan buka. Saya tak terus tengok pada Wall. Sebab Wall saya bukan ada apa pun. Saya buka pada Home, lalu saya scroll mouse perlahan-lahan. Lama saya meneliti setiap aktiviti yang tersenarai di situ. Saya perhatikan setiap status yang di post oleh sahabat-sahabat saya. Kemudian saya tersenyum. Jauh di sudut hati, saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi. Apa yang membuatkan saya tersenyum ialah, setiap aktiviti, setiap status yang ada pada Home saya, semuanya ada kaitannya dengan Islam. Semuanya ada kaitan dengan perjuangan Islam. Dan inilah yang membuatkan saya tersenyum syukur pada Allah. Di mana pada saat ramai anak muda Islam sedang jatuh lemah, masih ramai yang sedang menyusun langkah, bersama-sama membangunkan ummah. Inilah yang dikatakan pemuda-pemudi Islam. Menggunakan apa saja item yang ada bagi menyebarkan ayat-ayat cinta Allah di mana saja. Hanya dengan satu tujuan. Ingin melihat mekarnya Islam itu pada suatu masa nanti.

Jadi post ini untuk saya dan juga kalian sebagai sahabat saya. Jom sama-sama baca. ^_^

Thursday, April 28, 2011

[Tazkirah] Sebarkan Salam



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W






-seperti inikah penyebaran salam antara kita? -


Friday, April 15, 2011

[Tazkirah] Hari Peringatan



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




-saat ini semakin hampir !


Tiba saja hari Jumaat, maka di wajibkan bagi para muslimin yang baligh, berakal, merdeka, bebas daripada uzur syari’e, dan tinggal menetap untuk menunaikan solat Jumaat. Semuanya berduyun-duyun mengunjungi masjid berdekatan. Ada yang membawa anak-anak lelaki mereka. Ada yang bersama rakan-rakan sepejabat. Dan ada juga yang datang bersama abang atau adik masing-masing.

Wednesday, April 6, 2011

[Tazkirah] Jadi Orang Tua Membina, Bukan Kanak-Kanak Ribena



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W





-mereka ini contoh orang tua membina ! -


Mahu tahu satu perkara ? Bahawa diri kamu itu sudah tua! Tak percaya? Baiklah.

Friday, March 25, 2011

[Tazkirah] Tentang Hati



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



-Al Quran itu adalah kunci bagi hati..~


Katakan yang kita mahu membina sebuah rumah. Maka, pasir, simen, batu bata, papan, dan yang lain-lainnya di perlukan bagi membina sebuah rumah itu. Lalu, diupah pekerja-pekerja bagi membina rumah tersebut. Dari situ, cuba perhatikan bersama, agaknya apakah perkara utama yang akan mereka lakukan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tersebut ? Pastinya tiang-tiang yang akan didirikan terlebih dahulu sebelum yang lain-lainnya. Dan selepas didirikan tiang-tiang itu dengan kukuh lagi utuh, maka barulah yang lain-lainnya menyusul bagi melengkapkan rumah tersebut.

Wednesday, March 16, 2011

[Tazkirah] Pertambahan Umur Satu Notis Penting !

dengan nama Mu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


-umur kita bergerak ! -


Bayangkan pada saat ini, anda sedang berehat pada meja anda. Waktu ini adalah masa rehat setelah anda bertungkus lumus bekerja daripada pagi sehinggalah pada waktu tengahari. Tiba-tiba datang seorang pekerja lalu menampal satu kertas di papan kenyataan. Pastinya tidak lama selepas itu orang ramai akan berkerumun memenuhi papan kenyataan itu untuk melihat apa yang diberitahu pada notis yang baru saja ditampal tadi. Timbul satu persoalan, pentingkah notis yang baru ditampal tadi ? Kalau tidak penting, mengapa ramai orang mahu mengetahui apa yang mahu dikhabarkan di atas notis itu ? Persoalan ini, anda sendiri yang berhak untuk tentukan. Terpulang atas setiap individu.

Monday, March 14, 2011

[Tazkirah] Peraturan Yang Maha Teratur

dengan namaMu Ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




-kesan daripada mengikut arahan Nya ~



Dalam menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi ini, pasti akan ada pelbagai cabaran dan dugaan yang diterima. Semuanya sekali, tidak terkecuali sesiapapun. Bermula dari kecil, seorang bayi itu akan mula mengahadapi cabarannya. Bermula daripada cabaran untuk menutur kata-kata. Seterusnya cabaran untuk bergerak dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Sehinggalah melangkah ke alam kanak-kanak , seterusnya remaja dan kemudiannya dewasa. Dan bagi kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang dikurniakan akal bagi berfikir lantas mencari hikmah terselit di sebalik apa yang terjadi dalam kehidupan kita seharian.


Sunday, March 13, 2011

[Tazkirah] Jangan Kufur Nikmat!

dengan namaMu ya Allah..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhamammad S.A.W
Masih ingat lagikah kita pada peristiwa 26 Disember 2004 ? Satu peristiwa yang telah mengubah hampir keseluruhan besar peta Aceh di Indonesia khususnya dan peta dunia amnya. Satu kejadian yang tidak disangka sama sekali oleh sesiapapun pada ketika itu. Dan yang pastinya peristiwa itu akan di ingati oleh segenap penduduk dunia.



Monday, May 31, 2010

[Tazkirah] Dengarlah Umat Islam Sekalian..!!!

dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W






-ALLAH menanti kalian di syurga..-


ana berasa geram, marah, sedih, kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini terhadap seluruh umat Islam di seluruh dunia. Kita semakin ditindas. Tetapi ada di antara kita yang seolah2 tidak mengetahui akan perkara yang sedang berlaku.. Seolah2 dia bukan daripada umat Islam.. dan dalam post ana kali ini, ana lebih 'straight to the point'.. sbb bagi ana, biar hati kita ter'ketuk' dengan ayat2 ni.. insyaALLAH, sma2 kita mentarbiyyah diri kita, iman kita, hati kita, dari masa ke masa..

Wednesday, May 26, 2010

[Tazkirah] Sentiasa Tersenyum Ketika Ujian Melanda



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




-pernahkah kita di uji sebegini rupa..?-


mustahil ! mustahil ! & mustahil !
mustahil bukan bagi seorang yang bergelar manusia tidak pernah menerima sabarang ujian dalam kehidupan sehariannya..?

tapi ada yang menyatakan hidupnya tidak pernah menimpa sebarang ujian.. betul atau tidak, wallahua'alam.. tapi itulah yang menjadi persoalan yang besar yang mungkin ada berlegar2 di kotak fikiran sebahagian daripada kita semua.. tapi bagi ana, itu tidak menjadi persoalan yang rumit kerana, kemungkinan itu ada.. kemungkinan bagi seorang itu tidak pernah berasa di timpa ujian itu barangkali benar.. sekadar pendapat, akan ana huraikan sedikit sebanyak pada post kali ini..

Tuesday, May 25, 2010

[Tazkirah] Hidup Ini Sentiasa Dekat dengan Mati



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



-nadi kehidupan bagi seorang insan-



assalamualaikum antum dan antunna semua.. harap semuanya masih dalam pemerhatian dan perlindungan daripada ALLAH S.W.T. Andai diri kita tidak lagi diperhatikan oleh ALLAH, nescaya semua kehidupan di muka bumi ini akan hancur dan binasa.

Sunday, March 28, 2010

[Tazkirah] Palestin Masih Berdarah..




dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


baru2 ini ana mendapat beberapa kiriman email dripada group ISLAMIC-FAMILY.. salah satu drpda email2 trsebut mnunjukkan tentang beberapa realiti sebenar yg sedang berlaku ketika ini di bumi suci itu.. berikut ana lampirkan sedikit sebanyak berkaitan apa yg ana perolehi.. diharap agar gambar2 di bwah, dapat memberikan kepada kita keinsafan, sekaligus menaikkan kembali semangat juang kita dalam mempertahankan hak orang islam.. insyaALLAH..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...