welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Thursday, November 3, 2011

[Tazkirah] Di sebalik Facebook



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Lebih kurang tiga hari, Facebook saya tak dijenguk. Ada urusan lain yang lebih penting daripada itu untuk saya selesaikan. Bila ada waktu lapang macam ni, baru saya akan buka. Saya tak terus tengok pada Wall. Sebab Wall saya bukan ada apa pun. Saya buka pada Home, lalu saya scroll mouse perlahan-lahan. Lama saya meneliti setiap aktiviti yang tersenarai di situ. Saya perhatikan setiap status yang di post oleh sahabat-sahabat saya. Kemudian saya tersenyum. Jauh di sudut hati, saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi. Apa yang membuatkan saya tersenyum ialah, setiap aktiviti, setiap status yang ada pada Home saya, semuanya ada kaitannya dengan Islam. Semuanya ada kaitan dengan perjuangan Islam. Dan inilah yang membuatkan saya tersenyum syukur pada Allah. Di mana pada saat ramai anak muda Islam sedang jatuh lemah, masih ramai yang sedang menyusun langkah, bersama-sama membangunkan ummah. Inilah yang dikatakan pemuda-pemudi Islam. Menggunakan apa saja item yang ada bagi menyebarkan ayat-ayat cinta Allah di mana saja. Hanya dengan satu tujuan. Ingin melihat mekarnya Islam itu pada suatu masa nanti.

Jadi post ini untuk saya dan juga kalian sebagai sahabat saya. Jom sama-sama baca. ^_^





Masih segar dalam ingatan. Saat di mana satu laman web sosial yang baru saja dikenali ramai oleh penggemar jaringan sosial terutamanya. Tika itu, laman web sosial yang kerap menjadi kunjungan seperti MySpace, Friendster dan sebagainya seolah-olah jatuh sahamnya. Laman web yang sebelum ini menjadi tumpuan anak-anak muda, khususnya pelajar sekolah, seolah-olah hilang taringnya apabila Facebook muncul di celah-celah kesibukan laman maya. Munculnya Facebook seperti menjadi baja kepada seluruh masyarakat dunia untuk menceburkan diri dalam bidang maya. Sama ada dirinya itu seorang guru, mahupun seorang pelajar universiti, ataupun dirinya itu seorang ahli perniagaan, Facebook seolah-olah menjadi satu ‘tapak’. Tanyalah siapa pun, pasti kebanyakkannya akan menggangguk apabila di tanya sama ada punya Facebook atau tidak. Dan anggukan itu bermakna dirinya punya akaun  web sosial ini.


Tidak lama selepas Facebook mula dikenali ramai, muncul satu persoalan apabila ianya dikaitkan dengan Mark Zuckerberg iaitu seorang yang berbangsa Yahudi yang mencetuskan idea bagi menghasilkan laman sosial ini. Apabila timbul persoalan ini, maka ramai yang mula menarik diri. Ada yang ditanya, “kenapa delete akaun Facebook”, lalu dijawab “takkan la kita nak tolong orang Israel/Yahudi  kan?”. Persoalan ini bukan sahaja dibahaskan sesama sahabat-sahabat terdekat kita, malah masalah ini menjadi buah mulut di peringkat atasan juga. Sebagai contoh, masalah ini ada diterangkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zaharuddin di dalam Majalah Solusi pada keluaran sebelum ini. Di mana di dalamnya diterangkan akan hukum yang berkaitan dengan penggunaan Facebook ini. Seperti yang dinyatakan, selagi mana tidak ada sebarang urusan jual beli yang berlansung selama kita menggunakan akaun Facebook, selagi itu hukumnya menjadi HARUS.



Apabila dilihat dari hari ke hari, jumlah penggunaan Facebook semakin meluas di kalangan masyarakat dunia.  Persoalan perkaitan Facebook  dengan Yahudi seolah-olah hilang begitu sahaja.



Sebenarnya apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, bagaimana akaun Facebook itu disalurkan, atau dari erti kata yang lainnya, bagaimana kita menguruskan akaun Facebook kita daripada menjadi biasa-biasa kepada yang luar biasa. Benar, Facebook itu asalnya daripada pemuda Yahudi itu. Tetapi kita sebagai umat Islam, yang sentiasa akan menggunakan apa saja peluang yang ada di hadapan, belakang, atas mahupun di bawah bagi menyebarkan ayat-ayat cinta Allah di atas muka bumi ini. Kita semestinya bijak untuk menjadikan apa saja yang ada bagi menebarkan dakwah Islam. Jadi di sini, contoh yang paling mudah adalah Facebook itu sendiri. Saya bagi satu contoh. Status yang ditulis pada “Wall” kalian, apa tidak mungkin dibaca oleh serata dunia? Kita mesti ingat. Jaringan maya ini adalah sebuah jaringan dunia, di mana ianya menghubungkan kita antara seluruh penduduk di dunia ini. Jika baik yang ditulis, maka perkataan yang baik itu tidak mustahil sama sekali untuk dibaca oleh mereka-meraka yang duduknya jauh beribu-ribu kilometer dari tempat kita. Dakwahnya cuma di sini, tapi kesannya sampai pada yang beribu-beribu batu. Pasti mudah urusan kita kan?



Jadi di sini, seperti tidak punya alasan bagi mereka-mereka yang mengatakan tidak mahu menggunakan Facebook, atas sebab ianya punya perkaitan dengan Yahudi. Gunakan medium ini sebaik mungkin. Status yang kita tulis itu, jadikan ia sebagai ayat-ayat dakwah yang disampaikan daripada hati yang ikhlas. Dengan harapan ayat-ayat itu, mampu menjadikan Islam terus tersebar di seluruh dunia. Tidak hanya di dunia realiti, malah di dunia ilusi.


1.34 am
8 Zulhijjah 1432H
  ~Angin sejuk  ^_^ 






3 comments:

  1. > pencari kata-kata..

    Ahlan kepada akhi pencari kata-kata. Semoga sama-sama dapat berkongsi ilmu n pendapat. ^_^

    > Syabab Muhsin
    haha.. pa yang lwatnya tu akh?
    dah lama x tengok blog nta. Nanti ana pi jenguk. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...