welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Wednesday, October 5, 2011

[Cerpen] Tiru macam tayar!


dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Setelah puas membelek blog-blog sahabat yang lain, saya dapat rasakan ada sesuatu perbezaan yang tidak ada pada blog ini. Blog ini sudah lama tidak ada kata intro bagi satu-satu post atau tajuk baru. 

"Sebab saya memang tak suka bercakap pun".. ^_^


Tapi tidak mengapa. Saya buat sedikit perubahan. Post kali ini saya sediakan sedikit intro buat tatapan sahabat-sahabat yang dikasihi semua. Kisah dibawah mungkin telah banyak kali sahabat semua temui, tapi mungkin dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Apapun, mesejnya tetap sama.
Kisah apa? Anda baca, anda tahu! 

Jadi, hayati apa yang terselindung di sebalik cerpen ini. Semoga ada keberkatan di dalamnya, insyaAllah. ^_^




Aku hanya tersenyum kepada Firdaus yang tika itu berada betul-betul di kiri ku. Sepatah pun tidak ku  balas pertanyaannya tadi. Aku diam membatu. Ini pastinya menambahkan lagi beban Firdaus. Mengingatkan akan hal itu, aku ketawa kecil di hati. Sudahlah mahu diminta membantu menyelesaikan persoalan yang ada, tapi hanya diam yang dibalas.

Sebenarnya bukan persoalan yang di berikan, tapi satu masalah yang mahu dikongsi bersama ku. Mungkin saja dia mahu aku membantu, agar masalahnya itu nanti selesai. Sememangnya aku mahu membantu Firdaus kali ini bagi menyelesaikan masalah yang ada. Cumanya, kali ini aku mahukan pendekatan yang sedikit berbeza. Aku tidak mahu sesuatu masalah itu hanya selesai begitu sahaja. Sebabnya, ramai orang yang bila ditimpa musibah, seperti tidak tahu apa tujuannya musibah itu di datangi Tuhan. Bila saja datang musibah, pasti keluhan yang keluar. Bukan sekali dua, tetapi sepanjang masa keluhan itu terus menerus keluar daripada mulutnya. Sehinggalah musibah itu berjaya diselesaikan.

Kau mahu menolong ku atau tidak?
Soalan itu dituju buat kali ke dua pada diri ku.


Aku terus diam membisu. Ku perhatikan burung di awan. Kemudian beralih kepada manusia-manusia yang sedang beriadah di taman. Sambil jari ku membaling anak-anak batu ke arah kolam ikan di hadapan.


Kenapalah masalah ini datang lagi kepada ku..
Satu keluhan keluar pada mulutnya Firdaus.


Lantas ku berhentikan balingan batu ke arah kolam. Aku kini lebih tertarik kepada ayat yang baru saja meluncur keluar daripada mulut Firdaus.


Kenapa mengeluh?
Tanya ku setelah lama membisu.


Tiba giliran Firdaus pula untuk tidak membalas pertanyaan ku. Pada pandangan ku, bukannya Firdaus ingin membalas seperti apa yang ku perlakukan tadi. Tapi sepertinya dia sedang berfikir tetang soalan yang ku ajukan sebentar tadi. Membuatkan dia seperti lupa tentang masalah yang di hadapi, lalu diganti dengan persoalan baru yang ku ajukan.


Tapi semua orang mengeluhkan bila dapat musibah?
Satu soalan kembali kepada diri ku.

Tak. Itu Cuma tafsiran akal mu. Hanya mereka-mereka yang tahu tujuan musibah yang tidak akan mengeluh!
Balas ku spontan.

Kali ini Firdaus tepancing dengan soalan yang ku ajukan. Seperti dia lebih berminat untuk membincangkan soalan ini daripada masalah yang sedang di hadapinya.


Jadi, apa maksud mu?


Apa kau pernah melihat tayar?


Pastinya pernah. Malah selalu!
Spontan Firdaus menjawab.


Tapi kau tidak pernah belajar daripadanya! Kau hanya melihatnya saja, tanpa mengambil apa-apa pengajaran daripadanya. Malah bukan kau saja, tetapi ramai lagi yang seperti ini. Pengajaran begitu banyak di sekeliling, tapi yang dipandang, hanya untuk penyedap mata. Langsung tidak dicari akan hikmah yang tersembunyi di sebalik semuanya. Apa kau tidak tahu, tayar itu menerangkan satu maksud yang cukup bererti buat kita semua sebagai manusia? Bayangkan dalam benak mu, apa yang menyebabkan kenderaan itu boleh bergerak? Sudah tentu jawapan mu adalah disebabkan tayar. Lalu bayangkan lagi, bagaimana sekiranya tayar itu tidak boleh berputar? Jika sifatnya yang di atas tetap di atas, dan yang di bawah tetap saja di bawah? Pastinya kenderaan tadi tidak boleh bergerak bukan?

Maka di sinilah pengajaran itu dapat di ambil oleh kita semua. Tayar itu sendiri mesti menghadapi semua keadaan. Yang di atas mesti merasai keadaan di bawah, dan yang di bawah mesti merasai keadaanya di atas. Bila semua itu berlaku, maka akan bergeraklah kenderaan tersebut. Itu kan sama sepertinya kita sebagai manusia? Bayangkan jika selalunya kita hidup senang? Itu pastinya satu yang mustahil! Tidak akan ada seorang pun yang selalunya senang. Pasti akan ada juga rasa susah. Tidak kiralah bagaimana susah yang dihadapi, tetapi kesusahan itu pasti akan menjelma di dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Lalu yang susah itulah perlu kita hadapi. Jika tidak, kehidupan kita tidak akan ‘berjalan’. Selalu saja susah juga satu perkara yang amat  mustahil. Tidak ada manusia itu selalunya dalam keadaan susah. Pasti ada suatu ketika rasa senang itu hadir dalam kehidupannya.

Jadi inilah yang dimaksudkan dengan mengikut pengajaran daripada tayar. Amat berkait rapat dengan kehidupan kita di dunia ini. Kita tidak akan selalunya senang, dan juga tidak selalunya susah. Ada ketikanya kita senang, dan ada ketikanya juga kita susah. Dan semua itulah yang akan menggerakkan kita.


Ku akhiri kata-kataku dengan menepuk bahu Firdaus. Dia tunduk membisu. Mungkin timbul persoalan baru atau sudah selesai masalah tadi, wallahua’lam. Jadi bagi diriku, aku sudah selesaikan apa yang sepatutnya ku lakukan. Nasihat itu tadi ku tujukan 90% kepada diri ku sendiri. Yang selebihnya untuk ku kongsi bersama Firdaus. Agar kenal apa itu musibah. Apa itu masalah. Apakah untuk merasa beban? Ataupun untuk lebih dekat dengan Tuhan?  




Contohi tayar!


12.13 am
4 zulkaedah 1432H 
 bintang cerah ^_^






2 comments:

  1. tertarik dengan cerpen2 blog Islam Itu Indah...
    pnyampaian yg jelas...stiap cerpen ada mesej yg dsmpaikan..mabruk..moga trus istiqamah dlm mnyapaikan dakwah melalui blog ini....

    ReplyDelete
  2. > ain..

    syukran sudi baca..
    insyaAllah akan diistiqamahkan. mohon doa kalian semua !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...