welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Thursday, September 15, 2011

[Cerpen] Kita selalu tidak adil!


dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Dia berlari-lari ke arah bilik mandi. Mahu cepat. Dengan syampoo di tangan kanan bersama berus gigi di tangan kiri, Husin tergesa-gesa melompat masuk ke dalam bilik mandi. Mujur pada waktu itu tidak ada sesiapun di dalamnya. Kalau tidak, pasti masanya akan menjadi lebih terhad. Mahu menunggu yang di dalam keluar bukannya mudah. Kadang-kadang si kecil Mu’min bermain dengan patung itiknya di dalam besen mandi. Tapi bagi Husin, dia perlu cepat. Dalam diari hidupnya pada hari itu, dia akan pergi menghadap sultan di istana. Surat daripada istana yang menyatakan dia perlu menghadap sultan bagi penganugerahan pangkat. Surat itu diterimanya pada lebih kurang dua minggu lepas.


Selesai semua urusan di bilik mandi, Husin bergegas ke biliknya pula. Dalam biliknya, Mu’min sedang belajar membaca sebuah buku cerita kanak-kanak bersama Suraya, isterinya. Husin langsung tidak mengendahkan mereka. Bukannya dia tidak mahu. Tapi kerana kelewatan masa yang ada pada waktu itu.


Lantas dicapai baju singklet yang siap dilipat di dalam almari pada bahagian kiri bawah. Diikat kemas pula kain pelikat Gajah Duduk berwarna cokelat susu. Lalu dibentangkan sejadah mengadap ke arah kiblat. Dengan penuh khusyuk dia mengangkat takbir, lalu dia tenggelam dalam solat zohornya.


Selesai memberi salam, Husin berwirid seketika sebelum membaca doa. Setelah siap semuanya, dia bergegas bangun untuk menukar pakaian. Dia memilih untuk berbaju melayu. Sudah menjadi kebiasaan upacara penganugerahan di istana, untuk sesiapun supaya berbaju melayu. Mungkin saja baju melayu merupakan pakaian rasmi bagi majlis-majlis di istana. Songket bersulamkan benang emas yang dibelinya di Terengganu pada minggu lepas menjadi pilihan hati. Dia lalu menyarungkan songket itu. Siap semuanya, dia berdiri di hadapan cermin. Kemas! Dia tersenyum melihat dirinya sebegitu segak, mengalahkan putera raja zaman HangTuah.



Kalau hidup zaman Hang Tuah ni, mesti dah dapat jawatan dalam istana..

Gumamnya sendirian.





Abah nak kemana segak-segak ni?




Mu’min yang dari tadinya memerhatikan tingkah laku Husin, tiba-tiba saja bertanyakan hal itu. Mu’min jadi pelik. Selalunya bapanya itu hanya berbaju kemeja, kecuali pada hari Jumaat. Itu pun hanyalah berbaju melayu, tidak bersampin. Tapi kali ini siap bersampin lagi. Serupa panglima istana saja.



Abah nak ke istana. Nak jumpa raja. Harini raja nak bagi hadiah kat abah..



Pakai lawa-lawa macam ni untuk jumpa raja?


Mesti la. Kita kena hormat raja. Sebab tu la kena pakai pakaian yang elok-elok. Tak boleh yang comot-comot. Semuanya kena kemas. Kalau tak, nanti raja marah.


Abah, kalau raja dengan ketua raja, siapa lagi hebat?


Mesti la ketua raja. Sebab dia tu ‘ketua’.


Tapi kan, Mu’min tengok abah tak adil..


Tak adil? Apa maksud Mu’min?


Tadi abah jumpa dengan Ketua Raja pakai singklet ja. Tapi dengan raja , abah pakai baju cantik-cantik. Kan tak adil tu..?


Husin terpaku dengan ayat itu. Dia tergamam. Dunia dirasakan kecil sekali. Malu. Tapi disembunyikan perasaan itu. Dia masih ingat lagi. Ketika itu Mu’min baru belajar solat. Suraya yang mengajarnya. Mu’min amat cerdas pemikirannya. Apa saja yang baru dipelajari, dia akan cuba mempraktikkan sedaya mungkin. Samalah seperti halnya dengan solat tadi. Selesai belajar cara-cara bersolat, lalu Mu’min membentangkan sejadah. Tapi pada waktu itu, dia berbaju singklet.


Mu’min, kalau nak solat, kena pakai elok-elok, cantik-cantik, kemas-kemas.


Pakai macam ni tak boleh ke ?


Boleh. Tapi tak beradab namanya. Kan kita nak jumpa dengan ‘Ketua Raja’.


Ayat itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia sama sekali tidak sedar perlakuannya tadi menjadi perhatian Mu’min. Dia mengmbil nafas panjang. Dirasakan tengahari itu menjadi satu muhasabah besar buat dirinya. Dia terlupa. Dia terleka. Hanyut dengan mainan dunia. Lalu tika berjumpa dengan Raja segala Raja, dia jadi miskin. Hanya berbaju biasa. Padahal tika mahu berjumpa dengan manusia, pakaian yang luar biasa yang dipakai. Pakaian yang cantik-cantik yang dipakai. Tapi, pada saatnya berjumpa dengan Ketua Raja, yang dipakainya hanyalah yang biasa-biasa. Walhal, perjumpaan dengan Ketua Raja itu sekerap lima kali sehari bukan?




* * * * * * * * * *






Kita selalu tak adil ! Jangan salahkan orang lain. Sebab itukan salah diri sendiri =)




13 Ramadhan 1432H
0730
~Dalam surau ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...