dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Malam itu dirasakan sunyi sekali. Biarpun tidak dapat melihat kilauan bintang-bintang nun jauh di langit, Salim dapat merasakan pada malam itu langit dipenuhi dengan bintang yang bertaburan. Semuanya bekerdipan. Ada yang terang. Ada juga seakan-akan malap. Bercahaya biru, merah, semuanya bercahaya. Tapi cahaya-cahaya itu hanyalah sekadar memori yang ada padanya. Suasana itu dirakam, sekitar sepuluh tahun yang lala. Saat dirinya masih menjadi insan biasa. Saat dirinya menjadi manusia normal. Saat dirinya menjadi usahawan, bukannya banduan!
Salim Bin Jazman. Ada apa-apa yang hendak diminta sebelum pagi esok ?
Salah seorang pegawai penjara yang bertugas bertanyakan hal itu.
Salim terjaga dari lamunan. Dia bergegas ke muka sel untuk bercakap dengan pegawai tadi.
Boleh tak tuan bawakan sehelai jubah putih?
Jubah putih? Kan saya dah bagi baju melayu putih kat kamu haritu .
Tapi tu baju melayu, tuan. Saya nak pakai jubah putih dulu malam ni.
Kalau macam tu, nanti saya hantarkan.
Terima kasih tuan.
Pegawai itu berlalu pergi. Mungkin mahu mencarikan jubah putih buat Salim. Hampir tiga puluh tahun bekerja sebagai pegawai penjara, inilah kali pertama dia bertemu dengan banduan akhir yang membuat permintaan seperti itu. Selalu yang diminta mereka-mereka yang akan menjalani hukuman gantung ialah makanan-makanan yang lazat.
********
Salim membentangkan sejadah ke arah kiblat. Dalam suasana yang sunyi begitu, dia memilih untuk bertaqarrub dengan Allah sebelum tiba pagi esok. Dimulakan dengan solat sunat tahajjud. Kemudian bersambung dengan solat sunat taubat dan hajat. Dan penghujung solat malamnya diakhiri dengan solat sunat witir tiga rakaat. Semua itu dilakukan dengan penuh penghayatan. Dirasakan satu perasaan yang amat mendalam sekali.
Selesai melakukan solat sunat, dicapai Al Quran yang sentiasa diletakkan di tepi bantalnya. Dia menyambung bacaannya yang terhenti pada juzuk tiga puluh. Memang sudah dirancang. Dia mahu mengkhatamkan Al Quran pada malam itu sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir di tali gantung pada esok pagi.
Zikir-zikir pula membasahi lidahnya saat itu. Dia seolah-olah jadi terasing dengan dunia sebenar. Terlalu khusyuk sekali. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Bukannya air mata penyesalan, tetapi air mata kesyukuran.
Anda didapati bersalah kerana telah membunuh Hazwan Bin Saleh pada 6 September 2008 . Oleh itu, pihak mahkamah telah memutuskan hukuman gantung sampai mati kepada anda.
Dunia dirasakan teralu sempit selepas mendengarkan keputusan mahkamah. Mengapa dia yang dikenakan hukuman? Bukannya Firdaus, sahabat baiknya? Sedangkan dia sendiri yang melihat bagaimana Firdaus melarutkan racun ke dalam air minuman Hazwan, ketika mereka bertemu untuk membincangkan hal perniagaan di restoran. Apabila dibuat pemeriksaan oleh pihak polis, ternyata bungkusan racun yang membunuh Hazwan ada pada poket kanan baju jaketnya. Dia teraniaya. Dia dizalimi oleh sahabat karibnya sendiri.
Air matanya menitis lagi. Semkin lama semakin laju mengalir. Dia kembali teringat saat dia dijatuhkan hukuman gantung. Tidak ada apa yang difikirkan. Hanyalah berserah kepada Dia. Segalanya diserahkan kepada takdir. Andai takdir dirinya mati di tali gantung, maka itulah yang akan berlaku. Tapi sekirannya dia tidak mati saat digantung, maka itu jugalah yang akan terjadi. Lupakah pada kisahnya Ibrahim a’laihissalam? Baginda dibakar hidup-hidup oleh kaumnya yang menentang dengan keras segala dakwah yang dilakukan. Lalu dikumpul seluruh kayu yang ada untuk membakar baginda. Saat dinyalakan, api marak menyala. Sebaik saja padamnya api, baginda keluar dalam keadaan segar bugar. Tidak ada sedikit pun kesan terbakar pada pakaiannya. Semuanya elok saja sepeti tidak berlaku apa-apa. Bagaimana semua ini berlaku? Ini adalah dalam bidang kekuasaan Nya. Sudah dinyatakan, hidup mati itu berada dalam genggamannya. Jika tidak di tali gantung, mungkin saja ketika sedang rancak berbual boleh menemui kematian.
Ya Allah ya tuhanku.. Sesungguhnya aku tidak punya apa-apa di atas dunia ini. Semua yang ada, harta-harta ku, anak-anak ku, isteri ku, ibu bapa ku, sahabat-sahabat ku, rumah ku, nyawa ku.. semua itu adalah hak milik Mu.. Sungguh aku tidak punya apa-apa selain bergantung hidup pada Mu.. Sekiranya apa yang terjadi pada esok hari adalah yang terbaik buat diriku, maka kurniakanlah ia kepada ku.. Tapi sekiranya yang berlaku itu adalah sebaliknya, maka aku bermohon kepada Mu untuk menggantikannya dengan yang lebih baik.. Sesungguhnya hidup mati ku, makan minum ku, rezki ku adalah atas ketentuan Mu.. Ampunkan segala dosa-dosa ku ya Allah..
Salim memejamkan mata. Dia pasrah. Dia redha dengan ketentuan yang bakal diterimanya nanti. Sejak dimasukkan ke dalam penjara, dia tidak pernah mengeluh. Sebab dirinya tahu. Semua yang berlaku itu telah direncanakan Allah. Biarpun dia tidak bersalah, tetapi tetap dimasukkan ke dalam penjara. Kenapa? Sebab itu ialah rancangan Nya. Hanya Dia saja yang mengetahui apa yang bakal berlaku. Jadi sebagai manusia, lagi-lagi yang mengucapkan dua kalimah syahadah, ketentuan itu wajib di imani.
Salim. Jubah kamu dah sampai.
Kata pegawai penjara sebaik saja melihat Salim berdiri di atas sejadah
Oo.. Terima kasih tuan.
Jubah itu harum baunya. Bersih saja. Yang pasti itu bukannya jubah luar, tetapi jubah tempatan.
Salim menyarungkan jubah itu. Dia mahu tidur dengan jubah putih itu sebelum tibanya masa penggantungan selepas subuh. Jubah itu seolah-olah menjadi simbol yang dirinya dalam keadaan bersedia menghadapi kemungkinan hari esok.
Dia merebahkan diri di atas katil. Seperti biasa, selesai membaca doa tidur dan mengucap dua kalimah syahadah, barulah dia akan tidur. Akhirnya dalam berjubah putih, Salim hanyut dalam kesunyian malam.
*********
Tuan.. Cepat datang sini..
Jerit seorang pegawai yang bertugas ketika masuk ke sel Salim untuk memanggilnya keluar.
Kenapa? Ada masalah?
Tanya pegawai yang baru datang itu dengan keadaan terpinga-pinga.
Dia pergi ke arah katil Salim. Tangannya kanannya kemas memegang untaian tasbih.
Pegawai itu menggerakkan Salim untuk bangun bersiap sebelum hukuman dijalankan. Tetapi Salim diam tidak berganjak. Ketika diletakkan jarinya pada sebelah kanan tengkuk Salim, pegawai itu tergamam.
Innalillah wa inna ilaihiraji’un..
Lafaz itu keluar pada mulut mereka. Salim telah bertemu dengan Dia lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam keadaan berjubah putih, sedang tangan kanannya tersisip kemas untaian tasbih.
SubhanaAllah, mungkin inilah nikmat yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang sentiasa meletakkan sifat redha itu lebih tinggi daripada yang lain-lainya.
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, maka Dia mensegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki kejelekan pada seorang hambaNya, maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia dipenuhi balasannya nanti di hari kiamat.
Riwayat Tirmizi dan Al Hakim.
Riwayat Tirmizi dan Al Hakim.
Allahumakhtim a’laina bi husnil khotimah.. wa la takhtim a’laina bi su’il khotimah..
13 Ramadhan 1432H
1103
~Dalam surau ^_^
sedih tapi bangga pergi dalam keadaan begitu =,=
ReplyDeleteslh dia jgk..dh tau kwn dia racun kwn sorg lg,p subahat buat apa..slh dia jgk..dh tau kwn dia racun kwn sorg lg,p subahat buat apa..
ReplyDelete>1st Anonymous
ReplyDelete-sebenarnya nak suntik semangat untuk mereka-mereka yg mungkin saja tertuduh @ sama situasinya seperti watak di atas. yg kadang-kadang kita lupa, semua tu telah Allah aturkan. cumanya cepat atau labat saja untuk berlaku.
>2nd Anonymous
-'dia' bukan bersubahat. dia namapak ja.. kawan dya yg menganiaya dya.. ^_^