welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Tuesday, August 9, 2011

[Cerpen] Laluan Kematian


dengan namaMU ya ALLAH..

selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Faizal memerhati ke arah seekor Burung Kelicap Madu yang baru saja hinggap di situ kira-kira dua minit yang lalu. Lama dia perhatikan burung itu. Ada rasa kagum pada hatinya dengan kecantikan warna pada burung itu. Seingatnya pada tahun lepas, baru saja dia sekeluarga berkunjung ke taman burung di Pahang. Minatnya terhadap burung tidaklah terlalu mendalam. Akan tetapi pada kali ini, hatinya benar-benar terpaut pada keindahan Burung Kelicap Madu itu.





"Azmi, burung ni jantan ke betina ?"
Soal Faizal setelah lama memerhati burung itu dari bawah pokok.


"Aa? Burung mana?"
Balas Azmi. Dia memandang-mandang ke atas pokok seperti yang sedang diperlakukan Faizal. Lama kemudian, baru dia ternampak akan seekor burung jauh di atas pucuk pokok.


"Tu burung jantan Jai. Kalau burung betina, dia punya ekor kat belakang tu panjang sikit."


"Oo.. Ang minat tak dengan burung-burung ni?"


"Siapa? Aku? Aku dari dulu lagi minat dengan burung-burung tau. Aku ingat lagi dulu time kecik-kecik. Mak aku sampai halau aku dari rumah sebab aku balik lambat sangat. Semua tu sebab minat sangat dengan burung la."


"Aku tak pernah mimpi nak minat dengan burung-burung ni Jai. Bukan setakat mimpi, terlintas pun tak pernah lagi kat kepala aku ni. Tapi kan, bila aku tengok ja burung ni, aku rasa ‘something’ la Jai. Aku rasa minat sangat-sangat nak bela dia."


"Maksudnya, ang dah ‘jatuh hati’ dengan burung.."


"Jatuh hati? Maksudnya?"


"Maksudnya, minat ang dah sampai ke hati. Tapi ang kena jaga-jaga Mi. Jangan sampai minat sangat. Bahaya kalau minat sangat. Ala kadar sudah."


"Tapi Mi, kali ni aku rasa minat sangat-sangat. Aku rasa nak tangkap, then nak letak dalam sangkar. Nak bela dia elok-elok sampai dia beranak-pinak."


"Jai, kan aku dah kata tadi. Minat boleh. Tapi jangan sampai keterlaluan. Kalau ang sampai nak tangkap, lepas tu nak letak dalam sangkar, tu dah sampai ke tahap bahaya. Ang boleh dikategorikan sebagai manusia yang zalim. Sebab apa aku kata macam tu ? Sebabnya, ang telah membuatkan hidup burung tu terseksa. Burung tu kan ada family dia kat dalam hutan sana. Jadi, bila ang tangkap dan sangkarkan dia, bermaksud ang telah menzalimi dia. Dia pun nak hidup bebas juga macam kita ni. Kalau aku buat satu sangkar besar untuk ang duduk dalam tu, ang nak? Aku bagi makan minum untuk ang. Aku bagi baju, seluar dan semua sekali. Cumanya ang duduk diam-diam ja dalam tu. Nak?"


"Hehe.. Kalau ang bagi sejuta pun aku tak nak.."


"Ha.. Jadi, sama la dengan burung tu tadi. Dia pun nak hidup bebas macam kita juga. Kalau kita yang manusia ni pun tak nak kehidupan kita dibatasi oleh orang lain, maka sama juga dengan makhluk-makhluk Allah yang lain, yang hidup bersama-sama kita kat atas muka bumi ni."
Panjang lebar Azmi menerangkan perihal sebenar kepada Faizal.


"Tapi Mi, aku nak sangat-sangat dengan burung tu."
Sekali lagi Faizal mengungkapkan rasa hatinya kepada Azmi.


Azmi tidak terus menjawab. Jauh di dasar hatinya, dia berfikir. Sudah dia berikan syarahan kepada Faizal sebentar tadi. Tapi sepertinya tidak terkesan sama sekali ke dalam lubuk hati sahabatnya itu. Jadi pada fikirannya, jika diberikan syarahan sekali lagi, pasti juga tidak akan memberikan hasil. Dia terus menerus memutar idea di kepalanya. Sambil- sambil berfikir, dia berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, agar diberikan hikmah untuk disampaikan kepada sahabtnya itu.


"Jai, kita pergi tangkap burung dekat kawasan air terjun nak?"


"Cantik-cantik tak burung-burung kat kawasan tu?"
Faizal meminta kepastian daripada Azmi.


"Ala.. Dekat kawasan air terjun tu, lagi banyak burung cantik tau."


"Ea?"


"Yala.. Aku serius ni. Tak tipu!"


"Ok.. Kalau camtu jom kita pergi sekarang!"


Faizal berasa seronok sekali. Tidak di sangka, pada hari itu menjadi satu sejarah bagi hidupnya apabila minatnya kepada sang burung menjadi ‘raja’ di hati. Apatah lagi apabila Azmi sanggup untuk membawanya ke dalam hutan untuk menangkap sang Kelicap Madu.


Azmi memandu kereta, sedang Faizal duduk di kerusi sebelah. Dia memerhatikan kiri kanan jalan. Sepanjang perjalanan, matanya tidak kelip-kelip memandang keadaan sekeliling.


"Kita ikut jalan mana ni Mi? Aku tak pernah lalu pun kat sini.."


"Ntah la Jai. Aku pun tak tau. Tapi kawan aku cakap ikut jalan ni la. Dia kata, 
lepas simpang empat yang kita lalu tadi, terus ja masuk lorong ni."


"Kalau sesat?"


"InsyaAllah tak. Kalau sesat, kita cari la jalan lain.."
Balas Azmi bersahaja.


Perjalanan berterusan selama sejam, sejak mereka keluar dari kawasan rumah tadi. Keadaan sekeliling jalan raya penuh dengan pokok-pokok yang besar. Hijau saja keadaannya. Tiba-tiba, kereta yang dipandu terasa seperti tersengguk-sengguk.


"Habis minyak ka?"
Ayat itu terpacul keluar daripada mulut Azmi.


"Ha? Habis minyak?"


"Tapi sebelum keluar pagi tadi, aku dah isi penuh dah."


"Abis tu, kita nak buat macam mana sekarang ni?"
Faizal seperti panik saat itu.


"Kita tungg orang lalu, lepas tu minta tolong cari stesen minyak yang paling dekat."


"Ang ada bawa makanan tak tadi?"


"Tak.."


"Hmm.. Kelaparan la kita macam ni.."


Faizal sedikit mengeluh. Dia sepertinya tidak dapat menerima ujian itu. Manakan tidak. Niatnya tadi hanya mahu menangkap Burung Kelicap Madu. Tapi kali ini terjadi yang sebaliknya. Dengan keadaan hutan yang begitu sunyi sepi. Hanya bunyi sang kera yang jelas kedengaran menjadi penghibur hutan saat itu.


Hampir sejam lamanya mereka menunggu, namun tidak ada satu buah kenderaan pun yang melalui jalan itu. Ternyata kawasan itu tidak berpenghuni oleh manusia-manusia yang lainnya. Waktu pula semakin hampir senja. Di saat-saat begitu masih berada dalam hutan yang tanpa manusia, sungguh menyeramkan!


"Aku menyesal la Mi.."
Faizal yang tadinya melihat suasana matahari, tiba-tiba bersuara kepada Azmi yang sedang mencari-cari sesuatu di bahagian belakang kereta.


"Menyesal ? Sebab ?"

"First, sebab aku nak sangat tangkap burung tu sampai lupa untuk bawa kelengkapan-kelengkapan yang lain. Dengan keadaan aku tak sedia untuk menghadapi situasi macam ni. Tak pernah terfikir pun yang kita ni akan sesat. Tak terlintas pun yang kereta ni akan habis minyak. Tak terbayang pun kat kawasan ni rupa-rupanya tak ada orang."


"Jai, sebab tu la aku bawa ang ke sini.."


"Ha?!"

"Ang ingat lagi tak time kat rumah tadi. Aku dah kata kat ang, “nak minat kat burung tu bole, tapi ala kadar”.. Jangan sampai taksub sangat. Tapi bila aku kata macam tu, ang macam tak berapa faham. So, aku buat keputusan untuk bawa ang ke sini. Cuba ang tengok balik. Sebenarnya apa yang jadi kat kita sekarang ni, hampir sama dengan apa yang bakal kita lalui nanti. Kita terlalu seronok mengejar apa saja yang kita nampak cantik di dunia ni. Kita selalu ja nak benda-benda yang boleh membuatkan kita rasa puas, tapi sebenarnya kita sama sekali takkan puas dengan semua tu. Sebabnya, nikmat-nikmat atas dunia ni terlalu banyak. Takkan dapat untuk kita semua hitung satu-persatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya nikmat-nikmat tu, tak lain tak bukan hanyalah sementara sifatnya. Semua nikmat tu bersifat tak kekal. Dalam masa kita terlalu asyik mengejar nikmat yang banyak tadi tu, kita terlupa rupanya kita dalam perjalanan untuk menghadap Dia. Kita terlupa, rupanya kita ni akan mati! Bukannya hidup selama-lamanya. Kita tak ada persiapan untuk menghadapi mati. Keadaan kita kosong, sama macam apa yang berlaku sekarang ni. Kita tak bawa satu bekal pun untuk makan-makan, minum-minum. Jadinya, bila dah jadi, baru la kita rasa menyesal dengan apa yang berlaku. Kita akan salahkan diri, “kenapa tadi aku tak bawa bekal”, “kenapa tadi aku tak buat persiapan”, kenapa dan kenapa. Kita akan menyalahkan diri kita saat tu. Sepatutnya kita lebih awal salahkan diri kita, “kenapa pada waktu senang ni, tak buat persiapan awal-awal?”, “kenapa pada waktu muda macam ni, tak pergi cari ilmu agama?”, “kenapa pada waktu sihat macam ni, tak nak pergi masjid untuk berjemaah?”, “kenapa pada waktu muda macam ni, asyik sibuk dengan cinta manusia?”, “kenapa pada waktu ada kelapangan, tak nak buat amal ibadah?”.


Menitis air mata Faizal saat Azmi mengakhiri kata-katanya. Mungkin saja dia tersentuh dengan apa yang baru diperkatakan Azmi tadi.
Seketika kemudian, Azmi mengeluarkan satu botol besar daripada bonet kereta। Bersama-samanya, ada corong minyak yang bersambung dengan paip. 
Terkebil-kebil matanya melihat apa yang sedang dilakukan Azmi.


"Mi, tu minyak petrol kan?"


"Yup."


"Habis tu, kenapa tak isi awal-awal tadi ?"


"Hehe.. Kalau aku isi awal-awal, tak jadi la scene muhasabah ni.."


"AZMI !!!!!!!"
* * * * * * *
Ramai yang ‘terjaga’ daripada yang terleka’.


Ramai yang ‘hidup’ daripada yang ‘mati’.


Ramai yang ‘celik mata hati’ daripada yang ‘buta seluruhnya’.



Mana satu status kita ?



8 ramadhan 1432H


1621


Panas terik~ ^_^

2 comments:

  1. Alhamdulillah,peringatan yg baik...good job!
    sbg manusia biasa mmg kita slalu leka bila diuji dgn nkmat ksnangan smpai kita lupa tujuan keberadaan kita di muka bumi ni...

    ReplyDelete
  2. > ain

    -alhamdulillah.. nsihat buat dri sndri ni jgak..
    -tjuan hanya satu.. bribadat kpada Allah !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...