dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Mata tak menipu! Hati juga tidak pernah menipu ! Telinga, lidah, tangan dan
kaki juga sama. Apa kau tahu yang mereka sedang menangis ? Ya, mereka menangis.
Mereka merasa sakit yang amat di dalam diri kita. Saat bersama-sama dengan
kita, mereka merasa amat tersiksa. Seolah-olah mereka bersubahat. Tapi jauh
dari perasaan yang meraka alami, mereka sama sekali tidak mahu melakukan
perbuatan yang teruk itu. Mereka semampunya ingin bersuara, tetapi mereka tidak
punya kekuatan ke arah itu. Allah sama sekali membatasi perbuatan itu ke atas mereka.
Tapi itu anggota badan. Lalu kita pula bagaimana?
Saat masuknya waktu solat Subuh, azan jelas berkumandang
pada telinga kanan dan kiri. Bukan sayup-sayup, tapi jelas. Telinga kita masih
bagus fungsinya. Apatah lagi bunyi jam loceng yang kuat di sebelah. Sudah pasti
membuatkan kita untuk bangun menyembah Pemilik Alam ini..
Tapi…
Kita pekakkan telinga..
Kita berusaha sedaya mungkin untuk mencari jam loceng tadi,
bagi menghentikan bunyinya..
Kita sarungkan kembali selimut yang menutupi seluruh badan
kita..
Agar badan kita
berasa selesa untuk terus menyambung tidur..
Dan tanpa ada rasa bersalah, malu dan berdosa, kita
tinggalkan solat Subuh pada hari itu dan
pada hari-hari seterusnya..
Mana Allah dalam diri kita?
Masyarakat sedang mengalami masalah. Mereka perlukan
kediaman untuk terus hidup di situ. Apatah lagi di situ tempat tinggal asal
mereka. Mereka juga susah. Tidak punya kewangan yang cukup bagi membina
kediaman baru.
Tapi kita sebagai seorang wakil kawasan..
Kita salah guna kuasa..
Wang yang ada, kita ambil untuk kegunaan kita..
Duit masyarakat, kita belanja begitu sahaja..
Ya, kita juga bagi wang kepada masyarakat..
Kita juga membelanjakakan wang kepada masyarakat..
Tetapi, sedikit saja..
Selebihnya kita ambil..
Buat kegunaan isteri..
Anak-anak..
Kawan-kawan..
Mana Allah dalam diri kita ?
Orang ramai sedang sibuk membicarakan hukum-hakam agama. Masuk
ke kelas, soal agama. Pergi ke pasar, soal agama. Dengar radio juga agama. Semua
sedang mencari penyelesaian dalam masalah agama..
Tapi kita sebagai seorang yang arif dalam agama..
Kita diam membisu..
Telinga kita seolah-olah ada satu kapas besar yang menutup
seluruh saluran telinga, supaya tidak mendengar masalah yang berlaku..
Mulut dan lidah kita
kunci bersama..
Kuncinya, kita telah
buang jauh-jauh..
Supaya tidak dapat dibuka lagi..
Sebenarnya kita bimbang..
Kita takut..
Bimbang dan takut, kalau-kalau kita bersuara nanti, bakal
menjadikan kita susah..
Takut..
Jika yang bakal ditegakkan nanti, membuatkan kita tidak
mendapat jawatan dalam masyarakat..
Bimbang..
Kalau-kalau bersuara
nanti, anak-anak tidak dapat tempat pengajian yang elok dan selesa..
Kecut..
Untuk mengatakan yang HARAM itu HARAM, dan yang HAK itu HAK.
Kerisauan yang amat..
Sekiranya bersuara, gaji akan dipotong..
Kerja akan ditarik..
Kuasa akan diambil…
Mana Allah dalam diri kita ?
Sebentar tadi baru selesai azan Isya’. Lalu kita segera untuk
solat Isya’ dengan isteri dan anak-anak. Kita jadi imam untuk mereka. Kita
pakaian bersih. Isteri dan anak-anak, ikut berjemaah di belakang..
Tetapi waktu kita solat..
Kita ingat kerja-kerja kita pada siang tadi..
Wajah kawan-kawan
sepejabat dengan kita..
Kita ingat duit gaji
kita yang belum diambil tadi..
Kita ingat permainan bola di padang petang tadi..
Kita ingat setiap aktiviti kita pada hari itu dalam masa 5
minit solat Isya’ kita..
Jadi, di mana Allah dalam diri kita ?
Kita dengan bangga dan beraninya mengatakan, Aku seorang
Islam! Aku sanggup mati demi Islam! Tapi sebenarnya, kita hanya melakukan satu
pembohongan kepada diri sendiri. Allah sama sekali tidak akan tertipu dengan
kita. Tapi kitalah yang tertipu dengan diri sendiri. Bodohnya kita. Jahatnya
kita. Mengajak setiap anggota badan kita melakukan kemaksiatan kepada Allah.
Walhal, mereka tidak mahu bersama-sama kita dalam maksiat yang dilakukan. Sekiranya
diizini untuk berkata-kata di dunia ini, pastinya mereka akan memberitahu kita
bahawa mereka sama sekali tidak meredhai setiap maksiat yang telah dilakukan
dengan menggunakan khidmat mereka.
"Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami ini, benar-benar ikhlas dalam beribadat kepadaMu.."
Ameen ya robbal a'lamin..~
1.50 pagi
~Air mata
57:16
ReplyDelete