selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Mengenang dosa silam,
Gugup,
Bakal diterimakah oleh Tuhan?
Saat kaki mula melangkah,
Dalam tarbiyyah Tuhan,
Aku memandang sekeliling,
Membuat tunduk sepi,
Melihat mereka umpama malaikat..sedang aku lumpur hina…jijik.
Aku sering mempersoalkan,
Bertanya kepada Tuhan,
"Ada lagikah kemaafan, keampunan?"
Lembut Dia memujuk,
"Jangan kamu berputus asa dari rahmatNya.
Sungguh, Dia mengampuni dosa-dosa semuanya.." [az Zumar,39:53]
Terdiam,
Tuhan itu penuh rahsia,
Menyayangi walau dibalas dosa,
Memujuk setiap hati yang luka,
"Walau selautan dosamu, Allah tetap cinta!"
17 RabiulAwwal
Sollu 'alanNabi
Sollu 'alanNabi
mmg kadang aku dilihat umpama malaikat..
ReplyDeletekerana serban melilit kepala..
kerana labuh tudung menutupi tubuh..
namun jgn dinilai dgn semua itu..
krna aku juga insan berdosa..
cuma aku punya keinginan utk berubah..
bantulah aku..
bimbing jalanku..
~puisi yg indah, tahniah penulis..~ =)