welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Sunday, February 19, 2012

[Kenali Diri] Apabila Terluka

dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Dalam lipatan hari-hari yang kita lalui, pastinya pernah kita mengalami kecederaan, lalu mengakibatkan luka. Jika keadaan luka itu teruk, darah akan banyak mengalir keluar. Dan tidak lama kemudian, darah yang mengalir keluar tadi akan berhenti mengalir. Terfikirkah kita, mengapa darah itu mengalir keluar ? Dan, apakah faktor yang telah menyebabkan darah tadi berhenti daripada mengalir keluar ?




Komposisi Darah Manusia


Di dalam komposisi darah manusia, ianya terbahagi kepada 3 bahagian. Plasma protein, sel darah putih dan *platelet, serta sel darah merah. Plasma protein sebanyak 55%. Manakala gabungan sel darah merah dan sel darah putih+platelet adalah sebanyak 45%. Kesemua unsur ini bila digabungkan, maka akan dikenali ia sebagai darah.

Pengaliran darah keluar daripada tubuh badan, seperti yang terjadi apabila jari terhiris alatan tajam, mahupun tercucuk benda yang tajam, akan menyebabkan kapilari darah itu pecah. Di sini bermaksud, kapilari darah itu tadi telah bocor dan membuatkan ianya terdedah. Apabila terdedah, maka akan berlaku kemasukan bakteria ke dalam saluran darah itu tadi jika ianya tidak ditutup semula. Pada ketika ini, badan akan lebih mudah terdedah kepada penyebaran bakteria di dalam badan.

Demi mengelakkan berlakunya kemasukan bakteria ke dalam kapilari darah, maka darah yang berada pada kapilari akan menyekat kemasukan bakteria dengan cara melakukan ‘penggumpalan darah’. Caranya ?


Anugerah DaripadaNya
Dalam komposisi darah, terdapat satu makhluk Allah yang digelar sebagai ‘platelet’. Platelet bertujuan membentuk jaringan pada tempat berlakunya kebocoran kapilari darah, lalu memerangkap darah daripada mengalir keluar. Apabila berlakunya satu-satu kebocoran pada kapilari darah, maka platelet akan segera membentuk jaringan itu. Maka, akan berkuranglah jumlah darah mengalir keluar. Dan dalam masa yang sama, ianya dapat mengelakkan daripada dimasuki bakteria ke dalam kapilari darah.


Kecil Sifat, Besar Kesannya
Andaikan jika tidak ada platelet pada darah kita, apa yang akan berlaku ? Darah akan terus mengalir biarpun luka yang dihadapi itu hanyalah luka kecil. Apabila darah pada tubuh badan berada pada paras rendah, akan menyebabkan banyak kemudaratan pada diri. Badan tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi. Otot-otot tidak dapat berfungsi dengan cekap. Dan sudah tentu, kita akan menjadi lemah.


Ucapkan Syukur
Di sini, harus ada sifat syukur itu dalam diri. Syukur kerana dijadikan Allah dalam keadaan yang sempurna. Tidak ada cacat cela di mana-mana. Cukup sifat semuanya. Biarpun fungsi platlet ini kelihatan ringkas, tapi ingatlah. Pada fungsi yang ringkas itulah selalunya memainkan satu fungsi lain yang lebih besar dihadapan.




-Allah memudahkan urusan kita dengan benda kecil ini ? SubhanAllah.. ~



Wallahua'lam.


27 Rabiul Akhir 1432H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...