dengan namaMU ya ALLAH..
Mengenai sambutan Isra' Mikraj 1433H, saya nukilkan sebuh cerpen buat sahabat semua. Peringatan buat yang menulis juga ^^). Agar sentiasa tahu ujian-ujian yang sedang dan akan melanda diri mu. Ujian itu bukan masalah. Tapi kasih sayang Allah.
Jom baca! ^_^
Muslim tidak berbuat apa-apa. Sudah lima minit masa berlalu. Hanya mulut dan hatinya sahaja berdoa kepada Allah untuk diberikan ilham. Para jemaah yang berada di bawah sedang menanti bait-bait mutiara daripada mulutnya Muslim. Seketika masa, matanya ditenung tepat ke arah jemaah-jemaah yang sedang berada di situ. Pelbagai lapisan umur dapat dilihat. Yang banyaknya daripada golongan muda. Lebih tepat sekali golongan remaja.
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Mengenai sambutan Isra' Mikraj 1433H, saya nukilkan sebuh cerpen buat sahabat semua. Peringatan buat yang menulis juga ^^). Agar sentiasa tahu ujian-ujian yang sedang dan akan melanda diri mu. Ujian itu bukan masalah. Tapi kasih sayang Allah.
Jom baca! ^_^
Muslim tidak berbuat apa-apa. Sudah lima minit masa berlalu. Hanya mulut dan hatinya sahaja berdoa kepada Allah untuk diberikan ilham. Para jemaah yang berada di bawah sedang menanti bait-bait mutiara daripada mulutnya Muslim. Seketika masa, matanya ditenung tepat ke arah jemaah-jemaah yang sedang berada di situ. Pelbagai lapisan umur dapat dilihat. Yang banyaknya daripada golongan muda. Lebih tepat sekali golongan remaja.
“Selalu lepas Maghrib ada pengajian kitab Riyadhus Solehin.
Tapi Ustaz Hasan tak jadi datang sebab anaknya masuk wad. Jadi waktu kosong tu
nanti kamu ganti ya?”
ujar Cik Wan selaku ahli jawatankuasa masjid. Merangkap imam di situ.
ujar Cik Wan selaku ahli jawatankuasa masjid. Merangkap imam di situ.
Terkebil-kebil mata
Muslim. Dengan tiba-tiba disuruh menjadi pengisi masa lapang. Bukan dirinya
tidak tahu, Masjid Kampung Al-Fateh itu selalunya menjadi pilihan orang ramai.
Waktu pengajian Ustaz Hasan, cukup terkenal dikalangan anak-anak muda. Gayanya
yang menarik dan susun kata yang teratur serta lemah lembut menjadi daya
penarik yang kuat. Bukan sahaja penduduk di situ yang terkesan. Malah rata-rata
penduduk daripada negeri lain juga turut sama tidak mahu melepaskan peluang
itu.
“Tapi saya tak bersedialah Cik Wan..”
balas Muslim sambil tapak tangannya dirapatkan.
balas Muslim sambil tapak tangannya dirapatkan.
“Kamu ni. Dari dulu lagi macam ni. Selalu saja menolak. 6
tahun kamu di Al-Azhar. Mesti banyak pengalaman dan ilmu yang kamu kumpul. Apa
salahnya kalau dikongsi bersama masyarakat kan?”
“Tapi Cik Wan…”
“Sudahlah. Yakin saja kamu boleh buat. Kalau tak mampu nak
sambung bacaan kitab, boleh juga dengan tazkirah ringkas.”
“InsyaAllah Cik Wan.”
Muslim sedikit gembira. Ada rasa kurang sedikit bebanan yang
diterima. Dirinya bukan tidak mahu menyambung pembacaan kitab. Tapi dia lebih
mahu untuk menuntut serba sedikit tentang keadaan masyarakat di situ. Pengalamannya
di Mesir tentunya tidak sama seperti di sini. Jadi dia perlukan sedikit masa
untuk mengkaji dan meneliti sedikit sebanyak perihal masyarakat setempat. Untuk
memudahkan dirinya menyampaikan ilmu kepada orang ramai kelak.
Matanya memerhati ke arah jam masjid. Jam digital. Terdapat
susunan waktu-waktu solat yang telah di set di situ. Anak matanya kemudian
tertarik ke arah sesuatu. Tarikh hari itu ialah 26 Rejab 1433H! Lalu nafasnya
ditarik dalam-dalam. Bersedia berkongsi sesuatu kepada jemaah-jemaah yang
hadir.
“ Peristiwa Isra’ dan Mikraj baginda Nabi Muhammad S.A.W
merupakan satu peristiwa agung yang tercatat di dalam Al-Quran. Tanyalah orang
Islam di mana sahaja tentang perkara ini. Pastinya dia boleh menceritakan serba
sedikit apa-apa yang berkaitan sepangjang peristiwa ini berlaku. Bermula
daripada baginda nabi di Isra’ daripada Masjidil Haram di Mekah,ke Masjid
Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin. Kemudian di Mikraj kan ke
SidratulMuntaha. Sehinggalah baginda
mendapat perintah daripada Allah berkaitan kefardhuan solat.”
Muslim berhenti seketika. Anak matanya dilirih kembali
kepada jemaah yang hadir. Masing-masing seakan menanti bait-bait yang
seterusnya. Nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan. Ayat-ayat seterusnya
disusun di kotak hati. Agar apa yang disampaikan akan terus ke hati.
“Namun ada satu perkara penting disebalik peristiwa agung
ini. Ya, peristiwa kefardhuan solat itu penting. Tapi ada seperkara juga
penting. Amat berkait rapat antara kita dengan Allah Ta’ala. Berkait rapat
antara hubungan kita terhadapa pencipta agung. Ianya adalah persoalan akidah.”
“Ramai yang mengatakan, hidup di zaman Rasulullah itu
pastinya bahagia. Pastinya mudah terikat dengan kebaikan-kebaikan yang baginda
lakukan. Setiap yang diajak, disuruh, diajar, diceritakan oleh baginda nabi
akan menjadi ketetapan di hati. Apatah lagi mukjizat-mukjizat baginda
menjadikan seruan Islam yang disampaikan itu menjadi satu bukti kukuh terhadap
bukti kerasulannya. Tapi apakah kita lupa. Zaman itu juga merupakan satu zaman
di mana akidah adalah tunjang terpenting. Yang perlu dipasak dengan kukuh dalam
diri dan hati masing-masing.”
“Bayangkan dan ingat kembali. Apabila saja baginda Nabi
Muhammad S.A.W pulang daripada bertemu Allah Ta’ala, baginda menceritakan perihal
perjalanan kepada umat Islam. Tentang apa yang berlaku. Daripada mula,
sehinggalah akhir. Sedikit pun tidak kurang dan lebih. Betapa jujurnya baginda.
Tapi dalam keadaan sedemikian, ramai umat Islam telah menarik keIslamannya.
Ramai yang telah keluar daripada Islam. Akibat daripada tidak mempercayai apa
yang diceritakan baginda perihal perjalanan agung itu. Mengatakan bahawa
baginda sudah pun gila. Mana mungkin manusia pada zaman itu mampu untuk ke
Baitulmaqdis daripada Mekah, lalu naik ke langit. Hanya dalam satu malam? Para
peniaga yang bergerak ke Palestin menghabiskan sisa-sisa masa mereka selama 3
bulan dalam perjalanan. Itu baru di kira dalam perjalanan pergi. Belum ditambah
dengan pulang kembali. Tapi baginda nabi hanya menggunakan satu malam sahaja
untuk pergi dan kembali ke Mekah. Cerita ini sukar diterima akal yang sihat.”
“Namun itulah ujian keimanan kepada mereka-mereka terdahulu.
Kehidupan di zaman yang penuh dengan ujian iman. Andai rapuh keimanan yang
dibina, pasti akan jatuh rebah di tengah jalan. Andai ketaqwaan yang dibina
bukan atas dasar keihlasan, akan hancur berkecai sebelum sempat bertemu Tuhan.
Maka apakah kita terkecuali daripada ujian ini? Pastinya tidak sama sekali.
Bersyukurlah jika masih punya iman di hati. Bersyukurlah andai ketaqwaan itu
masih dirasai sehingga kini. Kerana telah ramai yang karam dalam menghadapi
ujian iman ini.”
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imran 3: 8 )
Muslim menarik nafas lega. Diakhiri tazkirahnya dengan
sepotong dua. Para jemaah turut sama mengaminkan. Ruang masjid bergema sebaik jemaah mengaminkan doa yang dibaca. Jauh di hatinya, diharap ujian iman yang bakal diterima kelak
pada masa mendatang dapat ditempuhinya dengan tenang. Sesungguhnya Allah benar-benar
akan menguji hamba-hambanya yang beriman!
1828
26 Rejab 1433H
Kebas jari ^^)
No comments:
Post a Comment