dengan nama Mu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Bayangkan pada saat ini, anda sedang berehat pada meja anda. Waktu ini adalah masa rehat setelah anda bertungkus lumus bekerja daripada pagi sehinggalah pada waktu tengahari. Tiba-tiba datang seorang pekerja lalu menampal satu kertas di papan kenyataan. Pastinya tidak lama selepas itu orang ramai akan berkerumun memenuhi papan kenyataan itu untuk melihat apa yang diberitahu pada notis yang baru saja ditampal tadi. Timbul satu persoalan, pentingkah notis yang baru ditampal tadi ? Kalau tidak penting, mengapa ramai orang mahu mengetahui apa yang mahu dikhabarkan di atas notis itu ? Persoalan ini, anda sendiri yang berhak untuk tentukan. Terpulang atas setiap individu.
Muqaddimah di atas berkait rapat tentang apa yang bakal dihuraikan di bawah ini. InsyaAllah, sama-sama kita membincangkan tajuk ini pada post kali ini.
Selami diri masing-masing. Tekapkan tangan di dada, lalu pejamkan mata. Biar rapat. Hayati apa yang anda lihat ketika ini. Bayangkan kenangan-kenangan indah anda pada masa lalu yang pernah di lalui bersama rakan-rakan, bersama keluarga tercinta. Saat manisnya ukhuwah bersama rakan-rakan di alam persekolahan, mahupun di alam matrikulasi. Saat bergurau senda, bergelak ketawa bersama sahabat-sahabat tersayang. Flashback pula kenangan ketika beraya dahulu. Dengan memakai pakaian yang cantik bergaya. Jika wanitanya, sudah pasti dengan baju kurung ataupun jubah, bersama tudung labuh masing-masing. Bagi yang lelaki pula, mungkin saja mengenakan sepasang baju melayu, berserta kopiah putih, mahupun songkok hitam, ataupun memakai jubah berserta serban, insyaAllah.
Lalu renung kembali hari-hari yang sedang di lalui ketika ini. Detik-detik yang sedang berlalu……
Apakah kita sedang menghias detik-detik yang sedang dilalui ini setanding semasa kita mahu beraya dahulu ? Apakah kita sedang menghias saat-saat ini dengan amalan-amalan kebajikan ? Ataupun kita sedang sibuk dengan keseronokan yang tidak pernah putus-putus pada waktu ini ?
Setiap masa umur kita meningkat bukan ? Dari hari ke hari. Dari bulan ke bulan. Dan dari tahun ke tahun. Sedar-sedar sudah melangkah ke alam yang baru. Jika baru kini sedar yang diri sudah masuk ke alam yang baru, ini bererti kita telah melekakan diri kita sepanjang alam yang lama dahulu. Hanya mereka-mereka yang sedar dari dahulu saja yang tidak ada perasaan terkejut apabila umur sudah mula memasuki alam baru. Pernah saya bertanya pada seorang sahabat,
“Berapa umur tahun ni ?”.
“InsyaAllah 20”.
“Oo..”, ujar saya ringkas.
Tiba-tiba kemudian sahabat saya berkata pula, “La.. Dah 20 rupanya aku ni”..
Ha? Baru sedar umur sudah memasuki dua dekad ? Pertambahan umur itu sesuatu yang cepatkah ? Jika hari ini baru 19 tahun, apakah esok terus masuk ke umur 20 tahun ? Pastinya tidak bukan ? Pastinya tidak kerana peningkatan umur itu akan melalui satu tempoh satu tahun. Bersamaan dengan 12 bulan. Bersamaan dengan 54 minggu. Dan dalam jangka masa itu, pastinya akan ada pelbagai kisah menarik yang terselit di antaranya. Dan alangkah bahagianya bagi mereka-mereka yang senantiasa menghias hari-hari yang sedang di lalui dengan pertambahan amal kebajikan dari hari ke hari. Bukan dari tahun ke tahun. Tapi dari hari ke hari. Dan yang lebih bagus, dari masa ke masa. Bermakna setiap masa itu ada pertambahan yang baik, bukan hanya menunggu saat tibanya hari lahir, iaitu pada tahun hadapan untuk mula berubah menjadi lebih baik.
Oleh itu, sedar-sedarkanlah jiwa kita. Sedar-sedarkanlah hati-hati kita, bahawa semakin bertambah masa itu, semakin dekat jua jarak kita dengan kubur. Setiap masa kita akan bergerak untuk mendekati kematian. Tetapi berapa ramai di antara kita yang sedar akan hakikat ini ? Berapa ramai yang sentiasa mempersiapkan diri ? Lebih ramai yang terleka daripada yang terjaga. Lebih ramai yang terlena daripada yang celik mata hatinya. Golongan manakah kita ? Tepuk dada tanya iman yang ada. Andai tergolong dalam mereka-mereka yang terleka, cepat-cepatlah mengubah cara hidup anda. Agar tidak menyesal ketika berjumpa denganNya. Dan ingatlah, setiap masa kita akan berganjak untuk menemuiNya. Mahu tidak mahu, kematian itu pasti akan berlaku. Terpulang pada diri masing-masing sama ada mahu berjumpa denganNya dalam keadaan bersedia ataupun tiba-tiba. Andalah yang mencorakkan semuanya.
Pertambahan usia = pertambahan amal ibadah = pertambahan amal kebajikan = pertambahan kualiti ibadah = pertambahan ilmu = pertambahan kecintaan kepadaNya
Tanamkan pada diri masing-masing, setiap masa itu adalah satu notis penting buat diri. Maanfaatkan hari-hari yang di lalui. Agar nanti, senyum menanti ketika berjumpa Rabbi. Ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah atau sedang mengucapkan “Selamat Hari Jadi”, “Hepi Birthday”, “Sanah Helwa”, “Hepi Bufday”, “HB”, “Selamat Ulang Tahun Kelahiran” dan sebagainya. Mereka-mereka ini telah menyedarkan anda tentang kematian bukan ? Tapi malangnya hanya setahun sekali saja. Alangkah baiknya jika dapat diingati pada setiap hari. ^_^
Jadi, kaitannya sekarang ini dengan perenggan di atas adalah status notis itu sendiri. Pertambahan umur = notis = penting ! Tapi tidak semua orang menganggap ianya satu benda penting kan ? Sama juga keadaannya seperti tampalan notis pada perenggan awal tadi. Bukan semuanya ambil kisah terhadap apa yang sedang dikhabarkan pada papan tanda itu. Walhal ianya satu perkara yang penting. Dan ingatlah, perkara penting itu jika dikhabarkan, bermakna ianya akan menjadi terlalu penting pada saat itu !
Wallahua’lam.
12 rabiul akhir 1432H
-Angin Sejuk
bagaimana nak jadi bertambah baik dari masa ke masa??
ReplyDeleteassalamualaikum Anonymous..
ReplyDelete-bagaimana ? banyak caranya. Di ringkaskan, setiap perbuatan itu, sama ada baik atau buruk amatlah berkait rapat dengan raja bagi diri kita, iaitu HATI. Raja itu umpamanya pemberi arahan kepada rakyat bawahan. Jika baik rajanya, maka baik jugalah rakyatnya. Tapi jika buruk akhlak rajanya, maka begitu jugalah yang akan terjadi kepada rakyat bawahannya. Sama seperti akan halnya ini. Jadi, hal yang paling utama sekali dalam menginginkan pertambahan kebaikan amalan itu dari masa ke masa, perlulah dibersihkan hati itu terlebih dahulu. Hati yang suci, akan melahirkan perbuatan yang suci juga. Salah satu caranya dengan sentiasa membaca Al-Quran dan mengamalkannya.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Al Isra': 82
InsyaAllah. Sama-sama beramal.^_^
Wallahu'lam.
Rujukan
-Al-Quran
-Buku terjemahan "Bahagiakan Hatimu" : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
-perkongsian bersama sahabat-sahabat yang lain
salam..
ReplyDeleteyap.btol3 =)
setiap hari kita inginkan yang terbaik.Dan selalu mengharap hari ini lebih daripada semalam.Jadinya,perbaharui niat dalam apa yang kita lakukan.Proses mendidik hati perlu berterusan.Agar hati tak mati.Tak mahu hati mati,selalulah untuk menyirami hati kita dengan dengar tazkirah,bergaul dengan orang2 soleh dan solehah,rajin2 baca AlQuran dan tahu maksudnya,bangun malam untuk mengadu pada Allah dan sentiasa berdoa pohon pada ALLAH yang terbaik.sebab Allah x suka pada hambaNya yang sombong untuk meminta padaNya..^^,