welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Saturday, March 27, 2010

[Puisi] Kembalinya Islam Itu Dalam Keadaan Dagang




dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Kehidupan di akhir zaman ini merupakan satu kehidupan yang amat membimbang kan Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya.. ini kerana cabaran yang melanda pada waktu itu terlalu banyak.. dan dari situ, ana tergerak hati untuk membuat satu nukilan berkaitan dengan keadaan di akhir zaman ( keadaan pada zaman kini)..





Alangkah sukar memelihara iman..


Apatah lagi bila hidup di akhir zaman..

Perkara wajib di anggap ringan..

Perkara haram mendapat sambutan..

Perkara halal mendapat tentangan..

Sunnah nabi menjadi mainan..

Para ulama tidak berani menyatakan kebenaran..

Riba berlaku di persekitaran..

Zina, judi, di anggap satu kebiasaan..

Ajaran Al Quran di pinggirkan..

Tidak terasa langsung untuk diamalkan..

Apatah lagi untuk mengamalkan cara hidup orang2 beriman..



Andai semua itu menjadi ikutan umat islam..

Nescaya kiamat sedang berada berhampiran..

Hanya menunggu masa untuk menghancurkan..

Pada waktu itu manusia sedang mencari-cari perlindungan..

Akan tetapi semua itu hanyalah satu yang merugikan..

Tiada siapa pun yg dapat memberi pertolongan kecuali Tuhan..

Andai hidup selalu mendurhakai Tuhan..

Andai mulut selalu menyanggah apa yg di turunkan di dalam Al Quran..

Mana mungkin akan mendapat pertolongan dari Tuhan..!

Mana mungkin mendapt pelindungan dari Tuhan..!


Selagi belum terjadi semua ini..

Ayuh kita muhasabah diri..

Ingat!!

Janji ALLAh itu pasti..

Selagi ada masa yg di beri..

Sama² lah kita menghisab diri sendiri..

Kelak nanti kita tidak termasuk dalam kalangan orang² yg rugi..


Wallahua'lam..

(11.29 pm , 26 rabi'ul awal 1431H)

2 comments:

  1. salam ukhwah fillah..

    perbezaan antara TAHU dan SEDAR..
    ad beza ka?
    sure2!!
    "Tahu d akal.Sedar di hati.."x jelas???
    k2..ana xplain.."Dengan akal kita mengetahui sesua2..tapi dgn hati kita menyedarinya"
    Masih kabur??jap2..
    "Kebanyakan manusia TAHU dia hamba Allah,tapi TAK SEDAR dia hamba Allah"...Akibatnya, ramai yang sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu sebagai hamba Allah tidak sewajarnya dia berbuat demikian"----Itulah akibat hanya tahu tp x sedar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...