welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Tuesday, May 25, 2010

[Tazkirah] Hidup Ini Sentiasa Dekat dengan Mati



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



-nadi kehidupan bagi seorang insan-



assalamualaikum antum dan antunna semua.. harap semuanya masih dalam pemerhatian dan perlindungan daripada ALLAH S.W.T. Andai diri kita tidak lagi diperhatikan oleh ALLAH, nescaya semua kehidupan di muka bumi ini akan hancur dan binasa.

Apakah antum semua bersetuju dengan pendapat ana..? Bagi yang bersetuju, mungkin pendapat ana berbeza dengan pendapat antum ataupun sama sedikit.. tapi bagi yang tidak bersetuju, insyaALLAh akan ana huraikan sedikit sebanyak di ruangan kali ini sebagai satu tazkirah ringkas selepas menyepi dalam masa yang agak lama kerana tidak dapat menghantar post2 terbaru. Sekali lagi ana memohon ribuan kemaafan.

Bagi mereka yang mengambil pengajian dalam bidang perubatan, ataupun yang telah mempelajari subjek Biology di sekolah menengah, sudah tentu ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai proses degupan jantung yang berlaku setiap saat di dalam diri setiap insan. Dan degupan jantung ini berfungsi untuk mengepam darah2 daripada jantung ke paru2, dan daripada paru2 kembali semula ke jantung dan seterusnya melalui saluran2 darah untuk menghantar oksigen2 ke sel2 di dalam badan bagi memastikan setiap daripadanya dapat melakukan proses yang di perlukan bagi tujuan meneruskan kehidupan. Proses ini juga sebenarnya berlaku di luar kawalan manusia. Lihat! Betapa ALLAH itu bersifat Al-Hakim. Sekiranya proses degupan jantung ini dapat di kawal oleh manusia, kemungkinan jangka hidup
kita tidak lama. Manakan tidak, manusia itu seorang yang pelupa mampu menggerakkan jantungnya pada setiap masa dan ketika. Seandainya seseorang itu terlupa untuk mendegupkan jantungnya hanya untuk beberapa saat, sudah pasti akan tamatlah riwayat hidupnya kerana bekalan oksigen tidak dapat sampai ke seluruh sel2 di dalam badan. Oleh itu, semua yang berlaku di dalam dunia ini adalah dalam penguasaan ALLAH, apatah lagi degupan jantung kita
pada setiap detik. Oleh itu, sentiasalah sedar dan memuhasabah diri, apakah kita sanggup untuk menderhakai ALLAH, sedangkan Dia jualah yang menjaga kita..?? Andai Dia murka terhadap kita, nescaya tidak akan ada kuasa lain yang boleh menandingi kekuasaanNya. Sentiasalah untuk tunduk dan patuh terhadap apa yang di suruh, serta meninggalkan apa yang di larang..


Moga2 kita semua termasuk di dalam golongan orang2 yang beriman, insyaALLAH..


ilalliqa' wa ma'assalamah..
12 Jamadil akhir1431H

4 comments:

  1. lama dah tunggu syeikh kita nih buat post baru.. akhirnya~~ haha... tahniah syeikh~!

    ReplyDelete
  2. salam...
    peringatn yg amat berguna,
    sama2lah kita menginsafinya...
    tq opie...
    wallahu'aqlam.....

    ReplyDelete
  3. salam...
    syukran atas perkongsian..
    science in ISLAM..
    yep..tiada satu hal pun yang berada di luar pengetahuan Allah sepertimana daun kering yang gugur dari tempatnya...

    terus dan terus mencari redha Illahi (^_^)

    ReplyDelete
  4. salam ilyas..
    -haha.. syekh plak dh.. ish2..
    -syukran a'laik.. ^_^


    salam Anonymous..
    -stiap peringatan itu amat berguna bg org2 yg mahu mendekatiNya..
    -insyaALLAH, sma2 sling memperingati antara satu sma lain..
    -syukran a'laik..


    salam n_n..
    -salamun a'laik..
    -syukran a'laik sbb sudi baca..
    -sodaqti.. smua yg berlaku berada di dalam pengetahuanNya..
    -insyaALLAh, sma2 kita mncari redhaNya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...