welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Tuesday, April 13, 2010

[Cerpen] Sinar di Bulan Ramadhan..

dengan namaMU ya ALLAH..

selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Selesai tugasannya di pejabat, Muslim bergegas untuk keluar dari hospital. Sebagai seorang doktor, bukanlah sesuatu yang pekerjaan yang mudah. Banyak perkara yang perlu dikorbankan, terutama sekali 'masa'. Dia baru saja sebulan melansungkan perkahwinan, namun tugasnya yang sentiasa sibuk membuatkan hidupnya masih lagi di lihat sebagai orang 'bujang'. Kurang teratur.


Akan tetapi, Muslim amat menjaga masanya bersama keluarga tercinta. Biar sibuk bagaimana sekalipun, urusan rumah tangga tetap di letakkan di tahap teratas bagi dirinya. Itulah tanggungjawab bagi seorang suami sebenarnya.


Muslim memasuki kawasan parkir kereta. Dihidupkan enjin kereta. Terkumat kamit mulutnya membaca bismillah, dengan harapan perjalananya diberkati Allah. Sepantas mungkin,
Muslim meluncurkan keretanya ke medan Pasar Ramadhan di kawasan Ampang.



Assalamualaikum.. sayang dah sampai rumah..?
Muslim menelefon isterinya, Aisyah.


Wa'alaikumsalam.. iye.. sayang baru ja sampai.. abang ade kat mane lg ni..?
Aisyah membalas dengan pertanyaan kepada suami tercinta.


Abang baru ja kluar dari hospital ni.. Sayang x yah masak petang ni ye.. mesti sayang penat kan.. biar abang beli kat pasar ja nanti..


Xpa.. Sayang ok ja.. Biar Aisyah masak sket ye.. nanti kita makan campur2 la dgan lauk yang abang beli..


Hmm.. kalau Sayang penat, xyah la masak k..


Ala.. sayang masak sket ja.. abang jgn beli bnyak² plak ye.. nanti takut x abis plak lauk2 2.. kang membazir je beli banyak2..


Klau cm 2 xpala.. Abang g bli dlu ye.. nanti sampai rumah, kita berbuka sama2 ye..


InsyaALLAH.. hati2 ye..


InsyaALLAH.. asslamualaikum..


Wa'alaikumsalam warahmatullah..



Muslim meneruskan perjalanan ke pasar ramadhan. Tiba saja di kawasan pasar, kelihatan orang ramai sedang memilih milih lauk² yang akan disaji ketika berbuka nanti.


Muslim melangkah laju ke arah gerai menjual lauk yang sudah siap dimasak. Sayur kailan ikan masin menjadi pilihan di hati. Tambahan pula, ianya merupakan makanan kegem
aran isterinya. Ditambah aneka lauknya dengan beberapa ketul ayam goreng dan sebungkus gulai masak lemak cili api. Selesai memilih lauk, Muslim singgah di gerai menjual air tebu. Dibelinya dua bungkus air tebu untuk juadah berbuka di rumah nanti.

***********************

Deruman enjin dimatikan sebaik saja memasuki halaman
rumah.

Assalamualaikum.. Amboi.. sedap bau pajeri nanas sayang masak petang ni..
sapa Muslim sebaik melihat kelibat Aisyah di muka pintu.

Wa'alaikum salam.. X de la.. Sayang masak macam selalu2 la..
jawab Aisyah merendah diri.


Jom la kita masuk dulu.. Lagi 15 minit nak masuk waktu berbuka..


Sini barang² tu sayang bawakan..


Muslim menyerah bungkusan² yang dibawa bersamanya. Mereka bersama² menuju ke dapur untuk membuat persedian berbuka. Aisyah sibuk memasak di dapur. Muslim pula menyiapkan hidangan dan air minuman.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!
kedengaran suara mua'zzin di corong2 masjid berhampiran kediaman mereka.

Selesai membca doa berbuka, mereka makan bersama.
Makan bersama dalam satu talam menjadi amalan harian sejak hari pertama perkahwinan. Bagi mereka, kemesraan akan terjalin. Sekaligus mengeratkan lagi hubungan mereka berdua, di samping dapt menghidupkan sunnah Rasulullah..

Sambil menyuapkan makanan, Muslim berbicara..

Sayang pakai resepi yang mana satu ni..? rasa pajeri hari ni lain la..


Ye ke..? sayang masak macam selalu² la.. x pkai resepi yang lain² pun.. abang rasa camna pejeri ni..?


ntah la.. rasa mcam masin² ja..


abang ni betoi ka ni.. sayang rasa dah cukup bahan² masa masak tadi tau.. x dak yang lebih² & x dak yang kurang nya.. tapi x tau la kot² ada yang tersilap tadi..


ok².. cuba sayang rasa sikit kuah ni..
Muslim mencedok kuah pajeri di hadapannya.. lalu didekatkan ke bibir Aisyah..


Aisyah lantas merasa kuah pajeri itu dengan hujung lidahnya..


Masin kan ?
Duga Muslim..


X pun.. biasa ja..
Aisyah membalas.


Ye ke..? Cuba Sayang rasa lagi sekali.. X kan x dak rasa masin sikit kot..


Aisyah merasa bagi kali yang kedua. Dia berusaha untuk mencari kelemahan seperti yang dikatakan suaminya. Tapi ternyata tidak berjaya menemukan kelemahan itu. Dalam hatinya berasa sedikit muram kerana tidak dapat melakukan yang terbaik buat suami tercinta. Apa yang diharapkan bukanlah satu pujian, tetapi kepuasan untuk suami yang sudah berpenat lelah seharian melakukan kerja.


Lidah abang yang masin kot.. sayang dah rasa banyak kali ni.. cuba abang plak yang rasa..
balas Aisyah sambil menyuapkan sudu daripada tangan Muslim ke arah bibirnya..


Muslim menjulurkan lidahnya.. Dia merasa sedikit kuah itu.. Kemudian dikebil²kan biji matanya kepada Aisyah..


Eh².. X masin dah la kuah ni.. Mungkin sebab bidadari abang dah rasa tadi la..
Muslim mengenyitkan mata ke arah Aisyah..


Abang kenakan sayang ye.. X baek taw..
ujar Aisyah sambil mencebik manja..


Memang betul Nabi kata.. Air laut yang masin pun boleh jadi tawar bila bidadari syurga ludah ke dalamnya.. bidadari abang ni plak dapat ubah rasa masin pajeri ni jadi sedap sangat.. masyaAllah.. untung abang dapat bidadari ni..
Muslim membelai² pipi Aisyah. Kebahagian terasa di saat itu. Indahnya pernikahan berlandaskan syariat.


Ala.. Abang tu ada² je untuk kenakan sayang..


Hek eh.. Merajuk pulak sayang ni.. Xpa².. Sini abang suapkan..


Muslim sempat menyuapi Aisyah dengan beberapa suapan. Diakhiri masa berbuka dengan doa. Setelah itu, mereka solat Maghrib bersama.


Usai solat, Muslim merebahkan diri ke pangkuan Aisyah. Mahu berbual² sama Aisyah sebelum masuk waktu Isya'.


Sayang, macam mana budak2 kt skolah tadi..?
Perbualan dimulakan Muslim.

Budak2 ok ja bang.. ada la sorang dua yang nakal sket.. biasa la kan.. budak2..

Sayang pulak cam mna..? Ok..?


Aisyah tunduk membisu. Seolah² telah membuat satu kesalahan.

Sayang... knape ni.. ada msalah ke kt skolah td..?


Hmm..

Sayang pitam dalam bilik guru petang tadi bang..


Astaghfirullah hal a'zim.. Knape sayang x bagitau kat abang..


Xpa la bang.. Sayang x mau menyusahkan abang je..



Sayang.. Sayang 2 tanggungjawab abang.. Apa² yang terjadi atas diri sayang, abang yang akan d soal nanti..


Takpa la bang.. Lagipun abang dah tau kan.. Doktor dah bagitau dulu.. Penyakit ni dah x dak penawar.. Doktor pn dah kata, sayang bole hidup dalam masa....

belum sempat Aisyah menghabiskan kata2, Muslim lantas menekup mulut isterinya..
Diusap selembut mungkin ubun2 isterinya itu..

Dikucupnya dahi Aisyah berulang² kali tanda kasihnya seorang suami terhadap isteri..

Sayang, sayang percaya kat doktor ea..?

Aisyah tunduk membisu..


Tapi doktor yang bgtau mcm 2 kn..

Betul tu.. Tapi doktor bukan Tuhan kan..? Doktor hanya meramal, tapi ALLAH yang menentukan..



Skali lagi Aisyah membisu.. Penyakit kanser hati yang dihidapinya sejak 2 tahun yang lalu sering kali membuat dirinya menangis. Menangis kerana tidak mampu menjadi seorang isteri yg sempurna kepada seorang suami.


Abang, nanti bila sayang dah x dak, abang tolong..
Muslim kembali menekup mulut isterinya..

X sayang.. abang akan sama² dgn sayang.. biar la susah mcm mna skalipn, abang x kn tinggalkan sayang sorang².. susah senang, abang akan sentiasa d samping sayang..
2 janji abang..

Menitis air mata Aisyah. Menitis kerana melihat keikhlasan seorang suami..

Didakap seerat mungkin tubuh suaminya..


Kita siap² untuk Isya' & tarawih dulu k..


Emm.. Jom..
balas Aisyah pendek.


Muslim mengimami solat. Dia membaca surah al baqarah. Sampai pada satu ayat, ulangi ayat itu berkali².



"Hai orang² yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang² yang sabar." Al Baqarah [2:153]



Aisyah yang menjadi makmum dibelakang menjadi sebak. Dia faham maksud ayat itu. Baginya, dia telah lama bersabar atas ujian yang menimpa dirinya. Tapi masih lagi tidak mendapat apa² perubahan daripada sakitnya itu. Atau mungkin saja dirinya belum cukup sabar atas ujian yang menimpa. Allah mahu mengujinya lebih lagi. Air matanya tiba² menitis. Ditahan matanya itu daripada terus menangis. Tapi dia tak mampu.



Sayang berehat dulu ye..
ujar Muslim sebaik selesai membaca doa.


X.. Sayang nak baca quran dulu.. Dah abis nanti, sayang masuk tidur.. Abang berehat la dulu..


Kalau camtu x pala.. Abang masuk tidur dulu ye..


Emm..
balas Aisyah mendatar.


Muslim mengucup dahi Aisyah sebelum beredar. Aisyah mahu menggunakan sisa² masa yang masih ada untuk perkara² ibadah. Dia mahu mengakhiri hidupnya dengan beribadah kepada Allah. Apatah lagi bila ramalan mengatakan umurnya sudah berada dipenghujung. Hanya menunggu masa untuk bertemu Tuhan. Dalam hatinya, dia berasa sedih kerana tidak dapat menjadi seorang isteri yang sempurna kepada Muslim.


Maafkan Aisyah bang..

Aisyah tak mampu nak bahagiakan abang..

Aisyah x dapat menyambung zuriat abang..

Aisyah x dapat nak jadi isteri yang solehah..

Aisyah x dapat..

Isk²~


Aisyah menangis teresak². Dia tidak mampu lagi menahan hibanya saat itu.


Muslim keluar dari bilik. Lalu didakap erat tubuh Aisyah.


Tak Sayang. Sayang tak wat salah pa² pun kat abang. Sayang dah bahagiakan abang sebenarnya. Sayang lah isteri solehah abang. Penyejuk mata abang. Abang bahagia hidup dengan sayang. Sayang jangan sedih² ye. Nanti abang lagi sedih.


Err.. Tadi abang kata nak tidur.. ?

Haish.. X kan la abang nak tinggal bidadari abang ni sorang² kat luar baca quran..


Haha.. Ada² ja abang ni..


Kita tadarus sama² ye..


Aisyah mengangguk tanda setuju. Muslim kemudian mencapai mushaf suci di atas rak. Mereka mengabiskan malam itu dengan tadarus bersama. Terasa malam itu benar² bermakna. Apatah lagi di saat 10 malam terakhir bulan ramadhan. Yang Allah janjikan padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


Mereka tenggelam dalam keasyikan mentadabbur ayat² cinta dari Tuhan itu. Sampai waktu subuh, mereka solat bersama.


***************


Macam mana keadaan isteri saya puan ?
soal Muslim kepada doktor yang baru saja selesai memeriksa Aisyah.


Alhamdulillah.. Ada sikit peningkatan & perubahan..


Be.. Be.. Betulkah..?


Doktor itu hanya membalas dengan senyuman.

Berkaca² matanya di saat mendapat khabar gembira itu.

Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah..


Muslim tidak dapat menahan rasa syukurnya itu. Lalu dia sujud syukur saat itu. Terasa Allah itu Maha Mendegar. Terasa Allah itu amat dekat dengan dirinya. Dia tahu bahawa Allah sudah memakbulkan doanya. Sejak awal membuat pemeriksaan, inilah kali pertama berita gembira itu dikhab
arkan. Sesungguhnya, khabaran gembira itulah yang amat dinanti²kan oleh mereka berdua. Allah telah mengurniakan nikmat yang tak terhingga di bulan yang mulia ini.


************

Seminggu sudah berlalu. Aisyah kelihatan sedikit ceria dan bertambah sihat selepas daripada pemeriksaan tempoh hari.


Alhamdulillah sayang.. Abang tengok Sayang dah segar n ceria sikit..


Alhamdulillah.. Syukur atas ujian ni bang.. Nikmat di bulan mulia ni bang. Allah nak bagi Sayang ingat kat Dia.. kalau x diuji macam ni, mungkin sayang jarang ingat Dia..


Yup.. Allah nak suruh kita selalu dekat dengan Dia.. abang dah rasakan hikmah semua ni.. Mungkin Allah nak uji abang jugak.. tapi alhamdulillah.. abang bole hadapi ujian ni dengan bidadari tercinta abang ni..
Muslim sambil memicit hidung Aisyah.


Sayang pun sama bang.. Abang banyak bagi semangat kat sayang..
balas Aisyah. Dia mencium pipi Muslim sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga kepada suami tersayang.


Muslim melalui hidupnya bersama Aisyah dengan kegembiraan dan penuh keceriaan. Hidupnya kini terasa lebih dekat dengan Nya. Semua ini adalah hasil ujian yang ditimpakan ke atas mereka. Kuncinya, hanya berdoa dan bersabar atas ujian yang menimpa. Sekalipun ujian itu amat berat dan sukar diterima manusia yang lemah ini, tapi Allah itu Maha Mengetahui. Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk mereka galasi.


Suatu petang di tepi pantai..


Kita lumba lari nak ?


Ele.. Abang berani ke nak lumba ngan sayang ?


Berani jah..


Ok.. Kalau camtu kita lawan k..


Abang ok ja.. Tapi takut sayang la yang kalah nanti..


Eiii.. Geramnya... Xpa².. Ok².. Cepat la sedia..


Abang dah setaun ready tau..


Hek eh.. Belagaknya..

Ok.. Kita mula k..


Ok..


Satu..


Dua..


Lari.. !!!

*******

dikau bidadari ku..~


********

Benarlah firman Allah.. "Berdoalah kamu kepadaKu. Akan Aku makbulkan." Tetapi berapa ramai yang berputus asa sebaik saja mendapat ujian daripada Allah? Jika mereka tahu ujian itu tujuannya untuk menjadikan diri mereka itu menjadi lebih dekat denganNya, pasti mereka akan selalu meminta² untuk selalu diturunkan ujian buat mereka.




Ilalliqa'

9 Syawal 1431H



22 comments:

  1. putri mahkota addin(asma)April 15, 2010 at 12:41 AM

    salam ya akhi...wawawawawa....agk2 hak cipta terpelihara ka x???copy ktne haa..huhu

    ReplyDelete
  2. wahhhh nak jadi pengarang novel plak ka??bagus2.teruskan berkarya.belilah yang original.kuang3

    ReplyDelete
  3. nih aku rasa nak luku ank nih rofizul~ hahah~

    ReplyDelete
  4. salam a'laik ya putri mahkota addin..
    smua yg dlm blog ni, hak cipta terpelihara.. x dak ciplak2.. huhu

    ReplyDelete
  5. salam n_n..
    x la.. sja ja wat crita2.. insyaALLAH, ad masa,ad kelapangan, akan ana teruskan..

    ReplyDelete
  6. salam ilyas..
    weh.. x yah la luku aku..
    cian kat aku sama..
    huhu~

    ReplyDelete
  7. huhuhu...
    opie2,ptt sllu tdo lwt..duk wat cite yep...

    ReplyDelete
  8. salam insan kerdil_ahi..
    mna da.. kdang2 ja.. x slalu pn..
    huhu~

    ReplyDelete
  9. truskn prjuangn anta..
    tp jgn pksa dri yer...

    ReplyDelete
  10. salam Anonymous ..

    -insyaALLAH akn d truskan slagi trmampu..
    -x pksa aih.. sukarela ja ni.. huhu..

    ReplyDelete
  11. salam..
    kih3..ops..x sangka anta yang mengarang crita ni noh!lawak pun ad..hahah..tp part last tu sedih gk..sakit upanya isteri dye..huhu

    --x pa2,biar lambat asal selamat:)dnya akhirat

    ReplyDelete
  12. salam n_n ..
    - lwak ea..? haha.. tpi x abeh lg..
    nnti la ana seapkan..

    ReplyDelete
  13. salam..
    ya tafaddhol2..tp ana x thn gelak bc crita nih..hahah.
    (jnge marah deh)x pa2 ana sokong dr blakang.pling best n berksan d hati ana post nta yang 'langkah seorang hamba'..rs sedih sngt.t'kng zaman dulu2...peaceee(^_^)v

    ReplyDelete
  14. salam n_n ..
    -hmm.. part mna la yg lwak sgt 2.. mushkil2..
    -oO, ska post 2 ea.. huhu.. xpa2..

    ReplyDelete
  15. salam..
    x pa2..bleh saing ngn fatimah syarha nih(^_^)

    ReplyDelete
  16. salam n_n ..
    -ha..?? uih, mna ley.. 'maqom' dy tggi tu..

    ReplyDelete
  17. salam...mende maqom tuh?v(^_^)

    ReplyDelete
  18. salam n_n ..
    -mcm darjat la lbey kurang..

    ReplyDelete
  19. sangat2 best!...tahniah..

    ReplyDelete
  20. salam ann pisang..

    -x best pn..
    -syukran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...