dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
insyaALLAH.. kat bawah ni ana ada 'merapu' tentang remaja sekarang ni..
Remaja pada masa kini..
Hidupnya ku lihat lebih mementingkan duniawi drpd ukhrawi..
Suruhan ILLAHI ditolak ke tepi..
Ajaran para nabi tidak diteladani..
Kehidupan 'islamic' tidak mahu diikuti..
Yang diikuti adalah musuh sendiri, iaitu YAHUDI..
Jalan² yg ditempuhi sebenarnya mendekati neraka abadi..
Namun bercita cita tinggi untuk mendiami syurgawi..
Jika ditegur, melenting tinggi..
Pemuda² nya sibuk mencari cari pendamping diri..
Terkejar kejar akan kasih sayang daripada seorang 'bidadari'..
Kononnya ingin menjadikannya sebagai isteri pada satu hari nanti..
Walhal, dalam hati..
Sudah punya 'plan' yg tersendiri..
Hanya menunggu masa untuk menunjukkan diri..
Wanita² nya pula semakin hilang akan harga diri..
Terkejar kejar akan cinta pemuda masa kini..
Memang benar kata nabi..
Di akhir zaman nanti..
Umat Islam itu memang ber'kuantiti..
Namun yg berkualiti daripada golongan kuantiti itu sedikit sekali..
Lebih ramai yg rosak daripada yg berkualiti..
Salah siapakah semua ini..??
Tanya lah kepada diri sendiri..
Namun dalam kegelisahan hati ku ini..
Ku percaya..
Masih ramai yg mengikuti suruhan ILLAHI..
Masih ramai yg tidak mengikuti..
Masih ramai yg sentiasa di dalam naungan ILLAHI..
Masih ramai yg menjaga kehormatan diri..
InsyaALLAH, mereka inilah sebenarnya PEJUANG satu hari nanti..
Yang akan menegakkan kalimahMU, ketika manusia lain sedang asyik dibuai mimpi duniawi..
ameen..
1643 (21 rabiul akhir 1431H)
merapu2 p0n ok what...erm..baru wat ke blog ni??
ReplyDeletecongrats..ayat yang cantik dan mendalam isinya..bg0s3...
afwan..
ReplyDeleteyup, ana baru ja wat blog ni..
d harap sentiasa mengomen yuk..
ilalliqa'..
anta yg wat ea?...
ReplyDeleteahsanta...atas usaha untk m'beri teladan yg positif bgi memajukn umat islam yg kian mundur...
Ia satu langkah yg menarik...bgi muhasabah diri..
smoge sentiase istiqamah dlm jihad ini...
salam anonymous..
ReplyDeleteana karang dgan bantuan shabat2 gak..
afwan.. ana just wt stkat yg termampu..
insyaALLAH, doakn smua kita agar sentisa 'mengetuk' hati utk brjihad fi sabilillah.. ameen..
kewajipan_seorang_al_akh...(nge3..nk 'tolong' peringat=)
ReplyDelete1-Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda.
2-Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.
3-Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.
3-Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.
4-Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu
5-Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.
salam n_n ..
ReplyDeletebagus anti.. teruskan utk menegur ana n shabt2 kita yg laen..
mudah2an, kita x termsuk dalm golongan orang2 yg rugi..
ameen..
6-Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.
ReplyDelete7-Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.
8- Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.
9-Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.
10- Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.
=)
salam n_n ..
ReplyDeletehmm.. bagus2..
mcm pernah dapat msj drp ayat puisi datas cma dringkaskan ckit jer...
ReplyDeleteooooo,krang sdri upa2 nya...(^_^)~~...
pape pon,do the best 4 islam n urself...
salam insan kerdil_ahi..
ReplyDelete-oO..pnah dpat msj ea.. sma idea kot..
-insyaALLAH, suma hsil idea shbat2 gk..
-insyaALLLAH, sma2 kita wt yg trbaek untk ISLAM n UMMAH..!!
takbir, ALLAHUAKBAR!!
semoga kita termasuk dlm golongan yg mendpt hidayah dan taufik serta diredhaiNya..ameen..
ReplyDeletesalam Anonymous..
ReplyDelete-insyaALLAH.. ameen..
Mohon share ye!!..please...sy rsa trgerk hati utk mybrkn puisi ini...mngkin bleh sy msukkn ke mjalh skolh sy..ats nma blog awk... :)
ReplyDeleteinsyaAllah
Deletemoga bermanfaat