dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Angin bertiup lembut, selembut sutera2 yang di bentangkan di atas satu kawasan yang lapang, dilapik pula dengan jutaan kapas2 yang kering dan berbau harum, lalu dia berbaring-baring di atasnya.
Begitulah perumpamaan yang dapat di buat oleh Muslim dengan keadaan angin pada petang itu.
Begitulah perumpamaan yang dapat di buat oleh Muslim dengan keadaan angin pada petang itu.
Sungguh mempesonakan. Dapat dia rasakan perasaan itu sungguhpun cuaca pada petang itu agak sedikit membahang. Membakar sel2 kulit yang terdedah. Mungkin di sebabkan faktor geografi, agak hatinya sendirian.
Muslim baru sahaja menghabiskan bacaan Ma’thurat di masjid, beberapa minit yang lalu. Cadangnya pada petang itu untuk keluar bersiar-siar di sekitar kawasan tasik. Hanya sekadar untuk melempiaskan sedikit kepenatan yang ditanggung selepas seharian berkuliah dan mentelaah pelajaran.
Dengan jarak yang tidak terlalu jauh daripada kawasan kediaman bloknya, Muslim hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai ke tempat yang ingin di tujunya.
Dengan berpakaian baju t-shirt berkolar dan berseluar track putih, Muslim mengatur langkahnya berseorangan menuju ke kawasan tasik. Memang dia mahu berseorangan pada petang itu, di samping dapat menikmati keindahan panorama tasik, di lengkapi pula dengan ikan2 yang berenang riang di dalamnya. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang ada di dalam benaknya.
“Hai Muslim. Nak kemana sorang2 tu ?”
Tanya Saleha, rakan sekelasnya.
Kelihatan Saleha baru sahaja keluar berjogging bersama rakan-rakannya yang lain. Masing2 mengikut style masing2. Ada yang memakai seluar 3 suku, ada yang memakai baju yang sedikit ketat dan sendat. “Mungkin nak memudahkan pergerakan time berjogging kot” , fikir Muslim sendirian sehingga terlupa dengan sapaan yang diberikan oleh Saleha sebentar tadi.
Sebaik teringat akan sapaan rakannya tadi, Muslim hanya membalas dengan satu senyuman, lalu menunduk untuk tidak terus menatap wajah itu lama2. Satu senyuman kambing yang sengaja dilemparkan. Senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Boleh juga dikatakan terlalu tawar senyumannya itu. Sedikit pun tidak dapat membahagiakan sesiapa yang melihatnya. Dengan tujuan terpaksa.
“Huh, dasar budak sombong !”
Balas Saleha dengan nada yang geram. Ketawa kecil beberapa orang rakannya yang berada di sebelahnya. Lalu mereka pergi meninggalkan Muslim yang berjalan seorang diri.
Muslim hanya memerhatikan gelagat Saleha dari pandangan yang jauh, sejurus selepas menyapa dirinya. Dia hanya mampu untuk menggelengkan kepalanya yang serabut itu beberapa kali. Kadang kala, dia sendiri berasa bingung dengan keadaan beberapa orang pelajar perempuan yang berperangai seperti Saleha. Jika dibilang secara rawak, anggarannya mungkin lebih kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar perempuan yang menuntut di situ yang berperangai seperti Saleha.
Bagi Muslim, ini bukan pertama kali dirinya diusik sebegitu rupa. Malahan ada yang jauh lebih dasyat lagi. Tapi bagi dirinya, hanya kekuatan iman seseorang itu yang mampu dijadikan benteng pertahanan terhadap godaan2 yang menimpa. Pernah juga terdetik di hatinya, apakah mereka tidak tahu akan kesan yang bakal berlaku sekiranya perangai tersebut tidak diubah ? Ataupun kerana mereka mengalami kejutan budaya ? Ataupun juga pengaruh rakan sebaya ?
********
Muslim hanya memilih untuk memakai Baju Melayu berwarna merah hati yang dibelinya sebelum pulang beraya di kampung pada hari itu.
“Lem, ang nak pinjam songkok aku tak ?”
tanya Amirul, kawan sebiliknya sebaik melihat Muslim mengenakan kopiah putih di atas kepalanya.
“Tak pa kot Mirul. Aku nak pakai kopiah ja hari ni. Bagi nampak pelik sikit daripada orang lain. Hehe.”
balasnya bersahaja.
Sebenarnya dia lebih selesa memakai kopiah daripada memakai songkok. Mungkin sedah terbiasa, fikirnya sendirian.
“Huh, pakai baju tu dah smart dah. Tengok2 kopiah yang ang pakai. Pakai la songkok aku ni, baru la nampak matching ngan baju yang ang pakai tu..”
“Ala, tak yah matching2 pun tak pa. Yang penting keselesaan dan tak lari daripada cara pemakaian yang Islam anjurkan. Kalau pakai matching2 pun, tapi aurat terbuka sana sini, berdosa juga kan ?”
Muslim cuba membetulkan pemikiran Amirul mengenai cara pemakaian.
“Yala2. Memang betul pun pa yang ang kata tu. Aku sokong ja.”
balas Amirul ringkas. Sengaja tidak mahu dipanjangkan cerita kerana masa jamuan akan bermula tidak lama lagi.
********
Mereka berjalan bersama menuju ke pintu masuk dewan. Kelihatan begitu ramai orang yan menghadiri majlis pada hari itu. Semuanya berpakaian serba baru. Bagi pelajar lelaki, lagaknya saling tak tumpah gaya seorang pahlawan melayu zaman dahulu kala. Bagi yang perempuannya pula, mekap tebal di muka menjadi kebiasaan. Pintu masuk ke tandas perempuan pasti sukar dilihat statik. Pasti ada sahaja yang keluar masuk untuk membetulkan mekap dan sebagainya. Ada yang berbaju kurung. Ada yang berbaju kebaya. Tak kurang juga ada yang berpakaian muslimah masa kini, berbaju jubah dan bertudung labuh. Tapi itu hanya gambaran kasar yang dibuat Muslim di dalam benaknya. Sekadar mahu berbicara sendirian.
“Mak ai.. Ramainya orang kat sini. Selalu tak ramai macam ni pun. Betol tak Lem ?”
sapa Amirul kepada Muslim kerana melihat sahabatnya itu kelihatan tercengang-cengan di muka pintu.
“A’a la.. Aku pun rasa camtu jugak. Takpa2. Abaikan ja orang2 tu. Yang penting aku nak rasa semua makanan yang sedap2 hari ni. Hehe.”
Mereka melangkah ke tempat2 hidangan makanan. Sambil memilih2 juadah yang disediakan, kedengaran seperti ada suara yang sedang memanggil-manggil Amirul.
“Amirul..! Amirul..! Sini jap..”
“Mirul, ada orang panggil ang tu. Ada hal penting yang dia nak bgtau kot”
“ Ea ? Mana2 ?”
“Mirul’ sini jap”
suara itu terus memanggil Amirul. Seperti hendak mengkhabarkan sesuatu yang penting kepada dirinya.
“Laa. Ang ka yang panggil aku tadi. Ada pa ?”
Amirul kenal benar dengan wajah yang memanggil namanya tadi. Saleha namanya.
“I nak tangkap gambar dengan U sekali, untuk buat kenangan bole ?”
Saleha bertutur dalam nada sedikit manja.
“Oo, nak ambil gambarsekali ngan aku rupanya. Bole ja. Tak dak masalah.. “
Muslim hanya memerhatikan gelagat sahabatnya itu. Dalam dirinya timbul satu perasaan. Perasaan benci. Bukan benci kepada sahabatnya itu kerana dipelawa untuk bergambar. Akan tetapi benci dengan kemungkaran yang sedang berlaku dan bakal berlaku lebih hebat di hadapan matanya pada waktu itu. Sungguhpun Amirul itu adalah sahabatnya, namun dia berasa tidak mampu untuk menegur perlakuannya.
“Mirul, jauhnye U berdiri. Rapat la sikit dengan I. Nanti gambar badan U jadi separuh je tau.”
Amirul bergerak menghampiri tubuh Saleha. Dirapatkan sedikit selepas Saleha berkata demikian.
“Yala2. Aku dah rapat ni. Cepat la ambil gambar.”
“Ok. Dah. Sekarang kita tukar posing pulak.. U duduk kat kerusi ni, I berdiri kat belakang U..”
“Ish2 ang ni. Macam2 gaya la pulak. Tapi tak pa. Yang penting aku nak ang cuci gambar2 tu nanti. Aku nak simpan buat kenangan.. Hehe, bukan senang nak tangkap gambar dengan orang yang paling ‘hot’ kat kolej kita ni kan ??”
“Haha.. U ni.. I x de lah hot sangat.. Biasa2 ja..”
tersipu malu Saleha apabila menerima pujian Amirul.
“Lagi, nak posing camna lagi ?”
“Kita posing sambil salam nak ? Baru la nampak macam hari raya sket. Ni tak.. Asyik posing style berdiri ngan duduk ja”
“Orait. Aku no hal la. Gambar raya punya pasal, aku on ja. Cepat la kita buat2 salam”
“K2.. Ready2..”
Mereka bersalaman antara satu sama lain. Tanpa ada rasa malu. Tanpa ada rasa berdosa. Dengan tujuan, sekadar mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
“Ok, dah siap..!”
“Ok2.. Nanti dah cuci, bagi kat aku sekali tau”
“Ok, no hal la. Thank you Mirul”
“Haha. Sama2”
**********
Amirul mencari-cari kelibat Muslim di bahagian mengambil makanan. Tidak kelihatan jasadnya di situ. “Mungkin sudah pergi ke tempat lain gamaknya,” gumamnya sendirian. Tiba2 Saleha sekali lagi memanggil namanya.
“Mirul, I nak ambil gambar ngan kawan U tu bole tak?”
“Ala, ang tanya ja sendiri kat dia. Rasanya dia tak dak masalah kot.”
“Oo.. K2.. Apa nama kawan U ?”
“Muslim..”
balas Amirul ringkas.
Saleha bergerak di dalam kelompok manusia yang sesak itu. Sekali sekala dia menegangkan lehernya agar dapat melihat kelibat Muslim dari kelompok manusia yang ramai itu. Akhirnya, berjaya juga dia menemui Muslim yang kelihat sedang melangkah keluar dari dewan untuk pulang ke asrama.
“Muslim.. U free tak sekarang ni? I nak ambil gambar dengan U ni. Untuk kenangan sepanjang kita kat matrik ni.. Bole ?”
Muslim tersentak di saat Saleha memanggil namanya. Belum pernah lagi seorang perempuan memanggil dirinya sebelum ini. Yang ada pun atas dasar tugasan yang harus dilaksanakan dalam satu kumpulan. Mungkin kerana dia kurang bergaul dengan golongan Hawa, fikirnya.
“Maafkan saya ye. Kalau tak jadi keberatan, bole saya tahu apa tujuan untuk kita bergambar ye ? Lagipun saya tak kenal dengan awak..”
“Oo.. tujuan ea.. Tak da pa tujuan pun. Just ambil gambar untuk buat kenangan.. Bole ?”
“Hmm.. Maafkan saya ye. Saya tak pernah lagi dan tak nak ambil gambar dengan perempuan yang tak halal bagi saya.. Lagipun tak elok bila orang tengok kita bergambar dan bole mengundang dosa bila buat macam tu nanti.. Fitnah pun bole timbul nanti”
Muslim memberi seribu alasan bagi menolak pelawaan Saleha. Di keluarkan pendapatnya itu sehikmah mungkin, agar Saleha tidak berasa hati dan dapat menerima pendiriannya.
“Ala.. Bukan nak buat apa pun. Just nak ambil gambar je”
nada Saleha menjadi lebih manja dan menggoda.
“Tak pa.. Saya hargai niat baik kamu tu. Tapi bukan dengan saya untuk awak laksanakan tujuan hati awak.. Lagipun saya ada prinsip saya sendiri. Dan tidak mengambil gambar dengan mana2 perempuan yang bukan muhrim bagi saya, termasuk dalam list prinsip hidup yang telah saya pegang selama ini.. Saya harap kamu faham..”
Saleha berasa sedikit tercabar dengan kata2 yang dikeluarkan daripada mulut Muslim. Ternyata pelawaannya itu ditolak mentah2 oleh Muslim. Belum pernah ada seorang pun yang menolak permintaannya selama ini.
“Cis, dasar budak kampung.. ! Weh, ingat hensem sangat ke ha..?! Aku pun tak hingin la nak bergambar dengan kau.. Budak kolot !!
Saleha memaki hamun Muslim tanpa menghiraukan tetamu2 yang berada disekitar kawasan mereka berbicara. Tetamu yang terdengar suara Saleha, hanya termanggu kehairanan. Hairan dengan apa yang sedang berlaku sebentar tadi..
Muslim segera beredar dari kawasan itu tanpa meminta maaf daripada Saleha dengan tujuan tidak mahu terjadi perkara2 yang tak di ingini berlaku. Baginya, tidak perlu dia meminta maaf kerana bukan dirinya yang bersalah. Dan dia tidak mahu nanti diantara tetamu2 yang berada di situ, berfikir yang bukan2 tentang mereka. Dalam hatinya, dia memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana berjaya menolak daripada terjerumus ke lembah fitnah manusia, godaan syaitan dan godaan dunia yang semakin hari semakin hebat dan semakin dasyat.
Tapi, di sebalik kesyukuran itu, timbul di hatinya kekecewaan. Kecewa dengan perangai umat pada zaman kini yang semakin hari, semakin jauh daripda pegangan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.AW.. Jika mengikut syari’at Tuhan pun di anggap kolot dan kekampungan, ajaran mana lagi yang mahu diikuti sebagi panduan hidup ? Itu baru segelintir yang dapat dilihat di hadapan matanya. Belum lagi yang masih hanyut dalam tipuan dunia yang senantiasa menipu golongan manusia sehingga ke hari kiamat.
Di kuatkan azam di dalam hatinya. Dia menganggap semua yang berlaku itu, tentu ada hikmahnya. Dan setiap hikmah itu, pasti berguna bagi kehidupannya pada masa akan datang, dengan tujuan dapat memantapkan lagi kahidupannya di dunia ini sebgai seorang hamba kepada Tuannya.. dan seorang hamba itu, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah mengikut apa yang telah disuruh, dan meninggalkan apa yang telah dilarang..
**********
Musim merehatkan mindanya di tasik pada petang itu. Segala kekusutan yang bermain di mindanya, di harap dapat di bugkus dan di lemparkan ke arah tasik. Dihirupnya udara di situ sedalam-dalamnya. Begitu segar sekali udara pada petang itu. Dihayati setiap kehidupan yang berada di sekitar tasik itu sambil memuji-muji kebesaran Illahi yang terlalu besar nikmat yang diberikan olehNya kepada hamba2Nya yang beriman..
Ilalliqa'..
1653 (22 Rejab 1431H )
di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung!Insya ALLAH...
ReplyDeletesyabas Muslim!
salam n_n..
ReplyDelete-d mna ad islam, d situ pasti gemilang..
Muslim : syukran n_n
cam kenai ja watak2 dalam crita ni...huhu
ReplyDeletesalam makciktua..
ReplyDelete-ea ? cmna bole knai?
kebetulan kot..
cm roommate ana je 2... ana pn da tgk gmba 2... tp apakan daya... ana xmampu mnegur scra direct... kiasan je ana leh wat... tp rsa2nya dya paham kot...
ReplyDeletesalam maciktua..
ReplyDelete-insyaALLAH.. yg pntg sama2 menegur antara satu sama lain kn..
"HUMAN IS NOT PERFECT. BUT TRY TO BE PERFECT BY FOLLOWING THE QURAN & HADITH"
mmmm, betul2...
ReplyDeleteperkara cmni sering tjadi..xkira bg pihak sebelah mna bek pihak lelaki, bek pihak pompuan..
Bagi yg mengalami n mgkin bakal mgalami(termasuk suma muslim n muslimah), jaga la dri dlm batasan prgaulan..
pegang pd prinsip idup masing2 agar x tenggelam lam kseronokan idup d dunia smata2.
btul2...ssah tu gak tu.tp chaiyok2!
ReplyDeletesalam insan kerdil_ahi
ReplyDelete-yup! sama2 jaga diri.. sekadar peringatan bersama..
-bukan senang nak pegang atas prinsip yang benar.. tambah2 bila kita ikut prinsip yg sma dengan apa yang Allah suruh.. mesti ramai yang menentang..
salam n_n
ReplyDelete-biar susah di dunia, insyaAllah senang di akhirat.. ^_^
islam bermula dgn asing..dan akan berakhir dgn asing... beruntunglah mereka yg asing itu... pd pndangan ALLAH, merekalah org2 yg berjaya...
ReplyDelete"biar hina d mata mnusia..jgn hina pd pdngan ALLAH.. truskan lngkahmu akhi dlm dakwah ini.."
> Anonymous
ReplyDelete-insyaAllah akan diteruskan. syukran sudi baca crita yg mrapu nih..
bg ana, crita ni x merapu..tp ad nilai nya yg trsndri...buat dri trfikir dan kmbali merenung.. mnyuntik smgt utk yakin dgn jalan syariat ALLAH yg mgkin kdg2 mudah mngalah wpun d beri sdikit ujian.. kagum ana pd Muslim..
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDelete-Muslim: syukran.. ^_^