welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Wednesday, July 21, 2010

[Puisi] Erti Sebuah Kehidupan..



dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



kadang2, ada segelintir daripada jutaan manusia, yang tidak tahu akan ertinya sebuah kehidupan yang diberi di atas muka bumi ini.. amat malang sekali seandainya dia dipanggil menghadap Tuhan dalam keadaan yang masih mencari cari erti kehidupan yang diberi.. ayuh, marilah sama sama kita mengahayati dan memuhasabah kembali diri ini..

ps: baca sambil on music.. ^_^


-perjalanan ini akan membawa seribu erti, sekiranya kita fahami..-



hidup ini satu pengorbanan..
yang pasti akan dilalui oleh setiap insan..
sama ada yang sudah uzur untuk berdiri..
ataupun yang masih gagah untuk berlari..
semuanya pasti akan melalui jalan ini..

mahupun perjalanan itu..
penuh dengan beribu liku..
pasti akan ada yang tak terdaya untuk dipikul dengan bahu..
pasti juga akan ada yang mengeluh lesu..
di situlah gunanya seorang teman..
untuk sama sama memikul beban..
dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran..
dalam perjalanan hidup yang penuh dengan ujian..

hidup ini satu perjuangan..
dalam meniti setiap arus kehidupan..
dan bagi seorang pejuang..
harus ada segala kelengkapan..
untuk digunakan di medan perang..
agar kelak tidak jatuh tumbang ketika berjuang..
dan segala barang dan kelengkapan..
mestilah disiapkan daripada sekarang..
agar di medan perang nanti..
kita tidak dipijak musuh sendiri..

ramainya manusia..
ramainya manusia yang membuang masa..
ramainya golongan muda yang mensia siakan masa mudanya..
jangan..
jangan di fikir hidup ini lama..
jangan di fikir boleh berbuat apa saja..
tanpa mengira akan kesannya..
usia yang diberi..
bukanlah untuk dijoli..
akan tetapi..
diberi untuk mengenal Illahi..
diberi untuk mencari Pencipta diri..
diberi untuk mencari Kekasih yang hakiki..

dalam hidup ini..
akan menyimpan beribu memori..
di saat bergurau senda..
di saat bergelak ketawa..
di saat bersedih duka..
di saat bermasam muka..
kerana itulah..
kerana itulah yang di namakan kehidupan..
mustahil jika semuanya sama sejak permulaan..
sehingga ke waktu pengakhiran..
semua itu akan silih berganti..
dan akan menjadikan..
hidup ini lebih harmoni..
semua itu juga akan terhenti..
di saat kita dipanggil menghadap Pencipta bumi..

kepada teman seperjuangan..
hidup bukanlah susah seperti yang dikatakan..
hidup juga bukanlah menakutkan seperti yang diceritakan..
dan hidup juga..
bukan senang seperti yang disangkakan..

namun..
laluilah hidup ini dengan tenang..
jalanilah kehidupan ini dengan merancang..

carilah..
carilah seberapa ramai teman..
agar kelak tidak bersusah di kala berseorangan..
carilah teman sejati..
yang dapat mendekatkan diri mu kepada Illahi..
yang dapat menunjukkan jalan menuju Syurga abadi..
kerana itulah idaman seorang muslim sejati..

tapi jangan dicari..
janganlah dicari teman yang ini..
yang hanya datang untuk mendampingi..
di kala kita bersenang diri..
kerana tidak akan ada keihklasan di hati..
jika berteman dengan sahabat yang begini..

ku harap..
ukhuwah yang terbina ini berkekalan..
marilah sama sama kita mengaharungi kehidupan..
marilah sama sama kita mencari kebahagiaan..
marilah sama sama kita mencari redha Tuhan..

terima kasih wahai teman..
kerana sudi menjadikan diri ku sebagai kawan..
pasti akan ku ingat segala peringatan yang diberikan..
agar ku tak tersesat di persimpangan jalan..
agar ku berjumpa dengan jalan kebenaran..

terima kasih sekali lagi..
insyaALLAH..
bertemu kita di Syurga abadi..

amiin.. ya robbal a'lamin... T_T

ilalliqa'..

1200 (9 sya'ban 1431 H)

8 comments:

  1. salam n_n..
    - ^_^ ^_^ = spam

    ni dikira spam x..??
    hoho..

    ReplyDelete
  2. syukran akhi...
    slmt meneruskan perjuangan yg tiada pengakhiran...
    kecuali mati yg menjadi sebuah pemutus dan juga sebuah permulaan...

    ReplyDelete
  3. salam makciktua..
    -afwan kathir..
    -slamt meneruskan perjuangan jgak..
    -syukran 4 the tazkirah..

    ReplyDelete
  4. syukran yaa sahbi,semoga kita sentiasa tidak pernah jemu mencari keredhaannya..

    ReplyDelete
  5. salam nadiah fhatihah..

    -afwan..
    insyaALLAH.. sentiasa mendoakannya..

    ReplyDelete
  6. salam dktor ibnu omar..
    -afwan a'laik.. wa enta aidhon.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...