dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Sedikit pengalaman ana kongsikan bersama antum semua. Apa yang baik, sama² kita teladani. Dan yang buruk, sama² kita hindari.. InsyaAllah..
Selesai solat tarawih, aku bersandar pada salah satu tiang dalam masjid. Para jemaah masih lagi dalam berwirid. Sama² mengikuti sang imam. Masing² tenggelam dalam kekhusyukkan memuji² namaNya. Dalam kesempatan yang ada, ku capai mushaf suci dihadapan. Semuanya tersusun rapi di dalam rak. Beberapa halaman yang akhir di bahagian belakang ku buka. Lalu ku mentadabbur seorang diri. Satu demi satu surah ku baca. Ketika bacaan ku sampai pada surah Al Buruj, imam membacakan doa. Lantas ku meletakkan kitab suci itu di tempatnya kembali. Aku turut sama menadahkan doa. Bersama² mengameenkan doa yang dilafaz.
Selesai semuanya, para jemaah masing² bersalaman sebelum melangkah keluar dari masjid. Ada juga yang melangkah keluar lebih awal daripada yang lain. Mungkin punya tugasan yang penting.
Aku masih saja lagi bersalaman bersama jemaah yang ada berhampiran dengan ku. Tidak kira yang tua atau muda, semuanya ku hulurkan tangan untuk berjabat. Terasa kemesraan di situ. Ada muka² yang ku jarang lihat sebelum ini, hadir bersama² untuk solat tarawih.
Hampir semuanya beransur keluar, aku segera melangkah ke arah pintu. Dalam pada ku menapak untuk bergerak keluar, aku terpandang pada beberapa jemaah sedang duduk bersama di satu sudut masjid. Masing² memegang Al Quran. Cuma seorang yang tidak pegang mushaf suci itu. Dia itu yang mengimami solat tarawih sebentar tadi. Mereka mahu bertadarus.
Kaki yang melangkah tadi, kini terhenti. Timbul perasaan di hati.
Apa kau tidak mahu mengikuti ?
Sama² menghayati ayat² suci ?
Sama² mentadabbur ayat² cinta Illahi ?
Sama² menghidupkan bulan suci ?
Hati ini berperang bersama perasaan. Hati ku merayu untuk duduk bersama mereka. Tapi mulut ku meronta untuk segera pulang ke rumah. Aku bingung. Ku pandang wajah² itu satu per satu. Jelas terpampang kesucian di wajah mereka. Tiba² mereka memandang ke arah ku. Tidak semena² timbul rasa serba salah.
Ala.. Bila² nanti bole ja join.. Lagipun ramadhan kan sebulan.. X esok, lusa pun bole..
Aku memalingkan muka. Lalu terus ku melangkah keluar dari masjid. Menghidupkan enjin motor dan terus pulang ke rumah.
Sebelum tidur, situasi tadi kembali hadir di hati. Hati ini berbicara sendiri. Bertalu² soalan yang keluar. Sampai ada ketikanya, ku sendiri tidak mampu menjawab soalan² yang diajukan.
Susah sangat ke nak buat pahala ha ?
Lama sangat ke nak baca satu muka Al Quran sambil orang lain semak ?
Dah banyak sangat kot pahala tu ?
Bacaan tu dah confirm betul semua ke ?
Timbul kekecewaan di hati. Kecewa kerana melepaskan peluang keemasan. Peluang untuk mengumpul pahala. Kecewa kerana mengikut kata mulut. Tidak mengikut kata hati.
Malam seterusnya, ku segera menunggu pada tempat mereka berkumpul semalam. Harapan ku untuk sama² menyertai tadarus. Hati ku berbunga² waktu itu. Ku persiapkan diri sebelum mereka sampai. Mushaf tercinta ku ambil. Ku rangkul erat pada pangkuan kanan. Masa yang ada digunakan untuk memperbetulkan bacaan. Biar ada persiapan terlebih dahulu.
Adik.. Tunggu sapa ni ?
Ada suara yang menyapa di sebelah.
Err.. Aa.. Saya tunggu untuk join tadarus..
Balas ku sambil manghadiahkan senyuman di bibir.
Oo.. tapi dah tak dak orang ni.. semua orang dah balik..
Aa..?? Semua orang dah balik ?
Ku perhatikan sekeliling. Benar. Yang tinggal waktu itu, hanya kami berdua. Aku jadi bingung. Hati ku hampa.
Hmm.. Xpala pakcik.. saya nak baca quran dulu..
K².. nanti adik tutup semua suis dalam ni ye..
Ok pakcik..
Tubuh tua itu berlalu keluar dari masjid. Aku terpinga² seorang diri. Harapan untuk sama² bertadarus tidak kesampaian. Timbul rasa kecewa di hati. Jika semalam ku mengambil peluang untuk sama² dengan mereka, pasti ku tidak akan hampa begini. Pasti saja mereka akan memaklumkan samada jadi atau tidak tadarus malam ini.
Ku membaca satu halaman dari surah Ali Imran. Bacaan ku tersangkut². Sudah lama ku tinggalkan quran. Baru ku tahu, bacaan ku teruk. Sudahlah begitu, sombong pula untuk sama² perbetulkan bacaan bersama jemaah yang lain.
Selesai membaca, kitab suci itu kembali ku letak dalam rak. Semua suis ku tutup. Sebelum melangkah keluar, aku menjenguk dalam masjid terlebih dahulu. Memastikan semua kipas dan lampu sudah benar² dimatikan.
Setelah puas hati, segera ku menyusun langkah ke motor. Enjin dihidupkan. Tiba², kelihatan seorang sedang maju ke arah ku. Aku jadi hairan.
Aik.. Sapa pulak ni..?
Dalam keadaan samar²,ku amati wajah itu. Seperti kenal aja. Ya. Dia itu yang bersama² rakan tadarusnya semalam. Yang tidak memegang quran ketika tadarus. Seperti sudah hafaz semua ayat² cinta itu.
Menyedari hal itu, segera ku bertanya..
Hmm.. Malam ni tak buat tadarus ke ?
Oo.. Tak buat.. Malam ni cancel dulu.. Esok baru sambung balik..
Oo.. Camtu.. Kalau saya nak join bole ?
Bole ja.. Selalu kami buat lepas tarawih..
Yup.. Saya nampak semalam..
La.. Dah nampak rupanya..? Bes tu, awat x join ?
Hmm.. Semalam tu saya malas.. Segan pun ada gak..
La.. Jangan ada perasaan malas dalam diri tu.. Tambah² dalam soal ibadah dan kebaikan.. Buat pa nya nak tuggu² untuk buat benda baik.. Kita tau ke umur kita sampai bila..? Nanti kalau dok tunggu² nak wat keabaikan, takot² x sempat pulak.. Lagi² dalam soal taubat.. Ada rasa nak taubat, jangan tangguh².. Terus ja laksanakan.. Lagi satu, x yah segan² la.. Nak segan pa nya.. Kita nak buat benda baik kan..? X yah nak segan² nya.. Yang penting sama² kita perbetul bacaan kita..
Klau camtu, insyaAllah esok saya join..
Hmm.. Bagus la camtu.. Lagi ramai lagi bagus.. Tengok yang dok tadarus tu pun, orang2 tua ja.. Yang muda² ni x dak yang nak join..
InsyaAllah..
Kami bersalaman sebelum berpisah. Tenang saja air mukanya. Ku pasti. Ramadhan kali ini akan menjadi satu kenangan yang indah. Di dalamnya, pasti akan ada bermacam² ukiran² indah dan menarik. Yang pasti sukar untuk ku lupakan sepanjang hayat.
InsyaAllah..
Ilalliqa'..
5 Syawal 1431H
No comments:
Post a Comment