welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Monday, July 19, 2010

[Puisi] Terima Kasih Ya Rembulan..



dengan namaMU ya ALLAH..

selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



nothing to say for the intro.. just one thing, sama samalah kita muhasabah diri..
insyaALLAH..



-siapalah diri ku di sisi MU ya Tuhan ku ?-





Malam ini..
Ku lihat cahaya mu seakan akan menyepi..
Yang kelihatan..
Hanyalah cebisan-cebisan cahaya..
Cuma nampak dari pandangan sisi..
Akan tetapi amat sedikit sekali..
Mengapa ya rembulan ?
Mengapa amat sukar sekali..
Mengapa amat sukar melihat cahaya mu yang beseri seri ?
Adakalanya ku berfikir sendiri..
Berfikr tentang salah silap diri..
Berfikir akan keadaan manusia zaman kini..
Berfikir akan akhirat yang bakal menanti..
Semua itu berlegar legar di benak ku ini..
Mungkin kau ingin menegur kami..
Mungkin jua kau ingin menyedarkan hati hati kami..
Dengan memalapkan cahaya mu ini..
Dapat kami memuhasabah diri..
Dapat kami sedarkan jiwa jiwa kami..
Yang selama ini asyik terbuai dengan mimpi mimpi..
Terbuai dengan mimpi yang tak pernah menjadi realiti..
Sering saja menipu diri kami..
Atau mungkin juga kau ingin mengetuk hati hati kami..
Yang selama ini asyik mengejar duniawi..
Sampai terlupa akan perintah Illahi..
Sehingga mengenepikan suruhan Nabi..
Yang batil dijulang tinggi..
Dan yang hak dibuang saja ke tepi..
Tanpa mengambil kisah soal hidup dan mati..
Seolah olah hidup ini tiada ketika untuk henti..
Menganggap dunialah yang kekal abadi..
Atau..
Mungkin jua kau ingin menasihati kami..
Agar sentiasa mensyukuri nikmat nikmat Illahi..
Kerana sering saja kami tidak ambil peduli..
Akan segala nikmat yang telah diberi..
Menganggap seolah olah semua itu suatu pemberian..
Walhal ianya adalah satu kerahmatan..
Dan sesungguhnya ..
Allah hanya mahu menguji..
“Bersyukurkah hambaKu ini ?”
Jika tidak..
Rasailah azab Ku yang amat pedih..
Di akhirat nanti..
Terima kasih ya rembulan..
Kemalapan cahaya mu ini..
Memberi seribu satu erti..
Dengan ini..
Dapat kami memuhasabah diri..
Yang kadang kalanya..
Selalu berangan angan tinggi..
Sehinggakan terlupa..
Kami sedang berpijak pada dunia realiti..
Dan bukan lagi sebuah mimpi..
Di mana semuanya dinilai Illahi..
Baik dan buruk,
Semuanya akan dikira sekali..
Andai yang baik melebihi..
Pasti..
Pasti akan tersenyum syukur kepada Illahi..
Dan andai yang buruk pula melebihi..
Neraka Jahanam lah yang akan didiami..
Sedarlah wahai diri..
Hidup ini hanya sekali..
Tidak akan kembali lagi ke bumi setelah mati..
Gunakanlah setiap saat yang diberi..
Dengan perkara perkara yang berkualiti..
Agar kelak tiada menyesal diri..
Ketika saat kau berjumpa dengan Rabbi..

ilalliqa'..

0105 (7 Sya'ban 1431 H)

8 comments:

  1. baca sniri tak best syeikh~~
    kna enta gak baca~~ hahah

    neway~ terbaek~!

    ReplyDelete
  2. salam yeh..
    hoho.. xkn sampai cmtu skali kot..
    xpa2..
    pa2 pn syukran sbb bca..
    yg pntg sama2 nasihat diri masing2 kn..

    ReplyDelete
  3. subhanallah...
    tersenyumku sendiri...
    mensyukuri nkmat dan kasih syg yg telah diberikan YG MAHA PENGASIH kpd dri yg hina ini...
    syukran ya ustaz...

    ReplyDelete
  4. salam makciktua..

    xdak apa yg nk dibalas..
    sekadar ucapan 'afwan dan selamat beramal..'
    ps: ana bukan ustaz taw..

    ReplyDelete
  5. xpe...skrg maybe bkn ustz...mgkn suatu hari nnt..AMIN~~
    ^_^

    ReplyDelete
  6. salam budak pisang..

    -persoalan ustaz/ustazah tu tak pnting kan..
    yg pnting dapat beramal n sma² berkongsi n sebar kepada kwan² sekeliling..
    -smoga kita semua diplih oleh ALLAH untuk menjadi pejuang agamaNya di akhir zaman ini.. insyaALLAH..

    ReplyDelete
  7. insyaallah..amin.
    opie, mohon nak share kat fb..^_~

    (dah bbulan2 x tgk update..syukran dgn izinNYA tbuka hati n tergerak jari nak singgah lagi kat blog nta nih..alhamdulillah..^_^)

    ReplyDelete
  8. salam insan kerdil_ahi

    -insyaAllah.. amin.. (pa yg amin nya pn xtw..~)
    -xpa2.. share la..

    (xpa2.. ada masa singgah ja.. sentiasa mengalu2kan.. syukran sebab singgah! ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...