dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
-ku rasai barakah itu..~
Sudah masuk kali ketiga Aisyah melontar anak-anak batu ke arah sekumpulan anak-anak ketam di atas pasir pantai yang memutih itu. Setiap kali terkena lontaran anak batu, bertempiaranlah anak-anak ketam lari menyelamatkan diri. Jika dilihat dari jauh, kelihatan warna-warna putih sedang bergerak dengan pantas sekali. Itulah anak-anak ketam yang sedang lari ketakutan.
Muslim hanya memandang dari jauh. Dia sengaja membiarkan Aisyah berbuat demikian. Seingatnya, ini adalah kali kedua dia membawa Aisyah bersiar-siar di tepi pantai selepas sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Kali pertama dahulu di Teluk Batik, Perak. Dan kali ini, di kediamannya sendiri, Pulau Langkawi.
Sebenarnya dia mahu menghabiskan cuti hujung minggu kali ini bersama kedua ibu bapanya. Lalu dibawa bersama isteri tercinta pulang bersama ke kampung.
Pada fikirannya, Aisyah mungkin saja mahu merehatkan mindanya dengan melontar anak-anak batu itu. Atau mungkin saja mahu melepas geram kepada seseorang. Atau mungkin sebagai suka-suka, tanpa ada sebarang tujuan yang munasabah.
Muslim menapak mendekati Aisyah. Tiba di bawah salah satu rendangan pokok gajus, dia berhenti. Selipar yang dipakai terus ditanggalkan. Lalu dia duduk di atasnya.
“Belatih melontar jamrah ke?”
Sapa Muslim sebaik saja melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai, beralaskan selipar miliknya.
“Taklah..”
Balas Aisyah spontan. Dia sedikit terkejut dengan sapaan Muslim kerana sejak dari tadi kelibat Muslim tidak kelihatan. Tetapi muncul pula secara tiba-tiba di belakang.
“Melepas geram?”
“Hmm.. Tak..”
“Membunuh anak-anak ketam yang comel-comel tu dengan kejam?”
“Tak jugak.”
“Habis tu?”
Aisyah hanya tersenyum. Lalu anak-anak batu yang ada berada digenggaman tangan kirinya, dilontar manja ke arah Muslim. Dia menuju ke arah Muslim yang sedang duduk di bawah pohon gajus.
“Abang ni.. Dah la tadi hilang camtu ja.. Tahu-tahu ada ja kat belakang..”
“Abang pergi tengok orang kutip siput tadi. Cadang nak ajak Sayang sekali. Tapi Nampak macam tengah seronok membaling ketam, so tak jadi ajak la..”
“Ish abang ni.. Mana da Sayang baling ketam..”
“Ye ke? Habis tu?”
“Sayang tengah buat satu kesimpulan tau!”
“Kesimpulan?”
“Yup. Satu kesimpulan. Bahawa untuk mencapai cita-cita itu, perlu ada tujuan, usaha dan perancangan yang rapi dan jelas. Di sebalik perancangan, akan ada kegagalan yang akan kita terima. Tapi, semua cabaran tu akan membuahkan hasil bila kita sabar dalam mengharunginya. Dan yang paling penting sekali, tujuan untuk mencapai matlamat itu mestilah betul-betul mantap. Dalam erti kata lain, ianya amat berkait rapat dengan niat. Niat mestilah betul. Dan bagi kita seorang Islam, niat itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana Allah S.W.T.”
Panjang lebar penerangan yang keluar daripada mulut Aisyah. Muslim tersenyum kagum. Sememangnya jika dilihat pada wajah Aisyah, terdapat tanda-tanda bahawa dia seorang yang cerdas.
“Jadi, apa kaitannya dengan batu-batu tadi?”
Muslim kembali menyoal.
Aisyah lalu meluruskan jarinya telunjuknya ke arah seketul batu besar berwarna perang keputihan.
“Abang nampak tak batu tu?”
Muslim mengangguk kecil.
“Sayang andaikan batu tu sebagai matlamat. Balingan batu-batu kecil ni sebagai usaha dan tujuannya, Sayang nak semua batu ni kena tepat kat batu besar tu.”
“Maksudnya abang silap la tadi?”
“Yup, totally wrong my dear.”
“Jadi, kesimpulannya?”
“Kesimpulannya, usaha tu perlu berulang kali dilakukan. Sebab tu la banyak batu kat tepi-tepi batu besar tu. Sayang baling tak kena. Hehe..”
“Sayang tak baca bismillah dulu kot..”
“Sayang dah baca la..
Aisyah mempertahankan pendiriannya.
“Kalau macam tu,
Batu yang berada di tangannya digenggam erat. Kini dia bersedia untuk melontar buat kali keempat. Terkumat-kamit mulutnya membaca bismillah.
Lalu dengan sekuat hati, Aisyah melontar anak batu itu. Malangnya tidak mengena sasaran. Habis masam mukanya.
Muslim geli hati melihat telatah Aisyah. Hampir-hampir saja dia terbahak-terbahak dengan kelakuan Aisyah.
“Sayang nak dengar satu cerita tak?”
Muslim tiba-tiba bertanya kepada Aisyah. Seolah-olah tidak melihat apa yang dilakukan Aisyah sebentar tadi.
“Cerita? Cerita apa?”
“Satu cerita tentang ‘niat, usaha dan hasil!’ ”
“Cerita Pak Pandir ea?”
Aisyah meneka.
“Tak! Ni cerita betul punya..”
“Ea? Ok ok! Cerita la..”
“Dalam cerita ni, ada seorang budak lelaki. Dipendekkan cerita, satu hari dia terbaca satu buku agama. Dalam buku tu, ada satu hadis yang bermaksud, ‘Kahwinilah gadis yang solehah, pasti kau akan mendapat barakah’. ”
Kata-katanya tiba-tiba terhenti di situ.
“Hek eh.. Ni mesti cerita jiwang
Soal Aisyah.
“Dengar bagi habis dulu.. Nanti baru nilai..”
Balas Muslim spontan.
Muslim memandang ke arah laut yang berombak tenang. Bunyi pukulan ombak yang menghempas pantai sedikit sebanyak menenangkan jiwanya saat itu. Lalu dia kembali bersuara..
“Satu hari, dia terpilih untuk ke program matrikulasi. Sepanjang hidupnya di matrik, dia
Lalu dia berfikir sendirian. Sambil berfikir dia memerhati rakan-rakan yang ada di sekeliling. Lama dia memerhati, tiba-tiba suatu hari muncul satu pemandangan di matanya. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang berjalan di bahu jalan. Kemas pakaian mereka. Pakaian mereka labuh menutup aurat, sebagaimana yang telah diperintahkan syariat. Sama sekali tidak kedengaran suara-suara gelak ketawa sesama mereka. Apa yang ada, hanya balasan kata-kata berserta senyuman manis sesama mereka. Dan yang paling menarik perhatian budak lelaki ini ialah, tudung labuh yang menutup tubuh badan mereka. Kemas dan indah. Dia juga tidak tahu mengapa hatinya merasa begitu aman dan lapang waktu itu. Saat itu, hatinya merasa tenang.
Pada esok harinya, dia pergi berjumpa ustazah. Lalu diceritakan apa yang dilihatnya semalam. Selesai saja bercerita, ustazah mengatakan sesuatu padanya. Kata ustazah, “itulah salah satu maksud ‘wanita solehah’ ”. ”
Muslim menghentikan ceritanya di situ. Nafas ditarik panjang. Lalu disambung kembali..
“Dan bermula saat tu, budak lelaki tadi mempersiapkan niat dan usaha bagi mencari wanita solehah. Di samping mencari yang solehah, dia juga berusaha menjadi sesoleh mungkin. Dan akhirnya, Allah telah memperkenankan niatnya. Dia telah mendapat seorang yang solehah bagi melengkapkan separuh daripada agamanya. ”
Senyuman diukir menandakan ceritanya telah tamat. Aisyah yang berada di samping hanya tersenyum. Kepalanya kemudian didongak ke langit. Mahu melihat awan barangkali.
“Tak jiwang
Muslim menduga.
“Haha.. Ntah.. No komen.”
Balas Aisyah bersahaja.
“Tapi
“Tapi sebenarnya, lelaki tu yang untung. Sebab si muslimah tu terima khitbah dia. Dan sekarang ni, dia tengah bahagia dengan si muslimah di tepi pantai yang cantik dan putih.”
“Ha? Tengah bahagia kat tepi pantai? Macam mana abang tahu?”
“Sebab….”
“Sebab orangnya tu ialah… Sayang.”
Terkejut Aisyah dengan apa yang diberitahu. Sama sekali dia tidak menjangka, itu ialah kisah Muslim sebelum bertemu dengannya. Dirinya menyangka bahawa watak dalam cerita itu tadi barangkali adalah kawan Muslim.
Saat itu Aisyah merasa amat terharu. Air matanya tiba-tiba menitis ke pipi. Bukan kerana sedih, tetapi merasakan satu nikmat pemberian daripada Allah berupa seorang suami yang soleh.
“Nangis pulak Sayang ni..”
“Bukan nangis la.. Air masin masuk mata tadi..”
“Ok, sekarang ni
“Lagi sekali?”
“Yup!”
“Kalau tak kena?”
“InsyaAllah kena. Abang doakan.”
Aisyah memejamkan kedua matanya. Cerita yang didengar tadi seperti ceramah daripada seorang pakar motivasi. Yang diterimanya, niat itu diletakkan hanya kerana Allah. Lalu dia membulatkan niat di hati, agar batu yang dibaling itu nanti hanya kerana Allah. Biarpun hanya membaling batu, namun niat itu sememangnya satu tonggak terpenting dalam apa jua pelaksanaan.
Tangan digenggam erat. Aisyah mengumpulkan seluruh tenaga yang ada. Setelah cukup bersedia, dia melontar dengan penuh bersemangat.
Anak batu itu meluncur dengan lajunya di atas angin. Tiba-tiba..
“Ketuk!”
Balingan Aisyah kali ini tepat ke arah batu besar di hadapan.
“Alhamdulillah, dah kena!”
Sorak Aisyah gembira.
Muslim datang menghampiri. Lalu…
“Muaah!”
“Satu ciuman di atas berkat usaha anda. Hehe..”
“Ada-ada ja abang nih..”
“Dah la.. Jom kita balik rumah. Tadi mak ada call. Katanya petang ni nak buat masak-masak sikit. Nanti boleh la tolong-tolong kat dapur. Sambil-sambil tu Sayang bole sembang-sembang dengan mak.”
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.
Riwayat Muslim
19 Jamadil Akhir 1432H
0931
~Pagi Indah
Ahsanta...
ReplyDeletesyukrillah..
ReplyDeletesubhanallah...mabruk 'alaika
ReplyDelete>~Ismiey Nur~
ReplyDeletealhamdulillah..
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH..Allahurabbi..
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDelete-kita sayang Allah, nanti Allah akan sayang kita balik..