dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Salah seorang daripada pembantu perubatan memberikan maklumat kepada Dr Muslihah.
"Terima kasih ya. Nanti saya akan jumpa waris di luar".
balasnya.
Seketika kemudian, Muslihah menapak ke tempat menunggu di luar dewan bedah. Sepanjang langkahnya ke situ, bermacam-macam persoalan datang bermain di fikirannya. Ada perasaan gusar, suram, bimbang. Sepanjang kariernya sebagai pakar bedah, pelbagai situasi telah dilaluinya. Penerimaan kematian oleh pihak waris tidak sama semuanya.Tidak dapat dijangka, apakah mereka dapat menerimanya ataupun tidak. Bagaimana sekalipun, dia mesti berterus terang dan menyampaikan berita itu kepada pihak waris. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang doktor. Dia telah berusaha sebaik mungkin, tapi yang di ataslah telah mengatur segala-galanya.
Suasana di ruangan menunggu kelihatan tenang. Suara yang keluar daripada televisyen yang tersedia di sudut atas, sedikit sebanyak mengurangkan suasana sunyi di situ. Hanya sayup-sayup kedengaran suara rancangan yang sedang berlangsung di kaca televisyen. Di situ, Muslim mengisi waktu yang ada dengan membaca Al Quran. Aisyah pula tidak putus-putus berdoa kepada Allah. Mereka menanti dengan penuh sabar.
"Abang, antara kita, siapa yang lebih sayangkan anak kita?"
Soal Aisyah memecah kesunyian yang ada.
Muslim yang tadinya khusyuk mentadabbur ayat-ayat cinta Allah, memberhentikan bacaannya seketika. Dia tahu, soalan Aisyah tadi berbaur kebimbangan yang tinggi. Biarpun kebimbangan itu tidak dinyatakan, tapi zahirnya jelas kelihatan pada raut wajahnya.
Muslim menarik nafas panjang. Cuba untuk mencari jawapan sehikmah mungkin buat isteri tersayang.
"Sayang, setinggi mana pun sayang kita kepada anak kita, sekuat mana pun kasih sayang kita untuk dia, tapi Allah lebih sayangkan anak kita daripada kita kan?"
jawapan itu meluncur dengan tenang daripada mulut Muslim.
"Walau apa yang terjadi sekalipun?"
"iya."
Angguk Muslim sambil membelai wajah Aisyah.
Dia faham situasi Aisyah. Pasti berat bagi seorang ibu untuk menerima ujian bagi melepaskan anak untuk pergi menghadap Illahi di usia yang awal begitu. Namun, kuasa siapa yang lebih hebat berbanding Dia?
Muslim rapat mendekati Aisyah. Didakap tubuh itu penuh kasih sayang. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar mereka di kuatkan hati dan bersabar atas apa yang bakal diterima nanti. Macam mana sekalipun berita itu akan mereka terima dengan hati yang terbuka.
"Assalamualaikum.. Encik Muslim dan Puan Aisyah ke ni?"
soal Dr Muslihah. Pada fikirannnya, mungkin mereka waris kepada anak kecil itu tadi.
"Waalaikumussalam.. ya, saya Muslim dan ini isteri saya, Aisyah."
balas Muslim spontan.
"Saya Dr Muslihah, pakar bedah yang menguruskan pembedahan anak Encik Muslim dan Puan Aisyah tadi."
"Bagaimana keputusannya doktor? Macam mana keadaan anak kami?"
tanya Muslim gusar.
Dr Muslihah menarik nafas dalam. Setiap kali situasi seperti ini berlaku, saat inilah yang paling dirisaukannya. Namun, apakan daya. Perancangan sebagai seorang manusia pastinya tidak dapat melangkau perancangan yang telah di tetapkan olehNya nun di atas sana.
Tetapi, dalam hidup ini, biar apa pun hasilnya nanti, usaha itu perlu di letakkan di atas tangga yang pertama sekali. Dan usaha itu kini telah pun di lakukan olehnya bersama teman-temannya yang lain.
"Maaf encik. Anak encik tidak dapat kami selamatkan."
Ayat itu keluar sekaligus daripada mulut Dr Muslimah. Dirasakan satu beban berat yang dipikulnya tadi, baru saja dilepaskan.
Muslim menggenggam erat jari Aisyah. Berita yang baru diterima tadi membuatkan hatinya sedikit tersentak.
Sementara menunggu proses pengurusan jenazah anaknya yang sedang diuruskan oleh pihak hospital, Aisyah bergerak menuju ke surau untuk solat Maghrib. Muslim tidak ikut sekali. Dia menunggu di situ untuk menyelesaikan beberapa proses yang berkaitan dengan pihak hospital.
Selesai mengambil wudhu', Aisyah memilih untuk solat di saf hadapan pada sudut kanan surau. Takbir diangkat. Lalu dia tenggelam dalam penghayatan bertemu dengan Tuhan sekalian alam. Aisyah solat dengan begitu tenang sekali. Begitu khusyuk dia menghayati solatnya saat itu. Seolah-olah kematian anaknya tadi seperti mimpi yang berlalu pergi. Tidak terkesan sama sekali pada zahirnya.
Salam di beri, menandakan dirinya sudah selesai solat Maghrib. Lalu diambil senaskhah Al Quran yang tersedia kemas di atas rak, untuk di baca seketika.
Dr Muslihah ketika itu baru juga selesai menyempurnakan solat Maghrib di surau. Setelah dirinya bersiap-siap untuk melaksanakan tugasan yang lain, dia terpandang pada satu wajah. Dia pasti, itu ialah Aisyah. Waris kepada anak kecil yang baru saja meninggal tadi. Lalu dia menapak mendekati Aisyah.
Tangannya memegang bahu kanan Aisyah. Aisyah sedikit terkejut, lalu menoleh ke belakang apabila mendengar suara seseorang sedang menyapa.
"Oh.. Dr Muslihah.."
ujar Aisyah selepas menjawab salam yang diberi.
"Aisyah.. firstly akak nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak selamatkan anak Aisyah.."
Dr Muslihah menyusun kata-katanya. Dia seperti berasa serba salah dengan apa yang berlaku.
"Tak mengapa kak.. memang dah ajal dia di sini.. sebagai seorang Islam, takdir itu semestinya kita imani. Sebab apa yang berlaku, kecil besar, pasti ada hikmah di sebaliknya."
"Tapi Aisyah tak macam yang lain-lain yang pernah akak jumpa. Akak tengok Aisyah tenang ja.."
"Bohonglah kalau Aisyah tak sedih kak. Sebagai seorang ibu, biarpun anaknya ditimpa musibah yang kecil, hati inilah yang akan merasa tidak tenteram bukan? tapi mengapa mesti kita biarkan semua ujian yang dikurniakan ini untuk kita lalui dengan hati yang sedih? kita ada Al Quran bukan? kita ada Allah bukan? kita ada nabi-nabi, soleh-solehin untuk dijadikan contoh sepanjang kehidupan kita. Seandainya ujian-ujian yang dikurniakan ke atas kita, lalu dihadapi dengan hati yang tenang, pasti kita tidak akan dapat menjadi sepertinya Asiah, Siti Hajar, Sumaiyyah, ataupun Maryam. Bukankah mereka-mereka ini lebih hebat ujiannya berbanding kita-kita yang bergelar ibu? apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang dikurniakan ke atas mereka dengan kita. Mereka-mereka ini lebih hebat ujiannya. Lebih dasyat ujian-ujiannya. Hanya berbekalkan iman dan taqwa, semua itu mampu untuk ditempuhi. Dan hasilnya? ya, syurga yang abadi menanti."
Air mata Dr Muslihah tidak semena-mena menitis di pipi. Dia kagum dengan ketabahan Aisyah. Sama sekali belum pernah dia berjumpa dengan seorang ibu yang begitu tabah dalam menghadapi ujian kematian seorang anak kecil.
"Kita ada Allah, Al quran, dan nabi. Ambillah, ikutlah, teladanilah semua ini jika mahukan kebahagiaan yang hakiki. Biarpun ujian itu dasyat dan amat berat untuk diterima, ingatlah, pasti akan ada hikmah di sebaliknya."
Dr Muslihah merangkul erat tubuh Aisyah. Saat itu dia merasa amat bahagia. Baginya, Aisyah lah seorang doktor pakar sebenarnya. Setiap daripada kata-katanya tadi, meresap masuk ke segenap penjuru hatinya. Dirinya amat terkesan dengan kata-kata Aisyah.
"Baiklah Aisyah, akak nak ke department lain pula. Kalau ada masa lagi, nanti kita jumpa di luar pula ya."
"InsyaAllah.."
Balas Aisyah sambil mengukir satu senyuman manis.
Muslihah berjalan keluar daripada surau untuk menuju ke wad kecemasan. hatinya berasa amat tenang sekali. Baginya, amat beruntung bagi sesiapa yang mendapat isteri seperti Aisyah. Tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar dirinya menjadi setabah Aisyah.
Sungguh! Islam itu indah. Tetapi berapa ramai yang dapat melihat keindahan itu? yang pastinya, hanya yang celik mata hatinya saja yang dapat melihat keindahan itu.
Kalau diizinkan untukku menyebut nama-nama mereka yang kuat iman serta ketaqwaannya kepada Allah, pasti nama mu akan ku sebut Aisyah..ujarnya di dalam hati sambil tersenyum.
"Maaf encik. Anak encik tidak dapat kami selamatkan."
Ayat itu keluar sekaligus daripada mulut Dr Muslimah. Dirasakan satu beban berat yang dipikulnya tadi, baru saja dilepaskan.
Muslim menggenggam erat jari Aisyah. Berita yang baru diterima tadi membuatkan hatinya sedikit tersentak.
************
Sementara menunggu proses pengurusan jenazah anaknya yang sedang diuruskan oleh pihak hospital, Aisyah bergerak menuju ke surau untuk solat Maghrib. Muslim tidak ikut sekali. Dia menunggu di situ untuk menyelesaikan beberapa proses yang berkaitan dengan pihak hospital.
Selesai mengambil wudhu', Aisyah memilih untuk solat di saf hadapan pada sudut kanan surau. Takbir diangkat. Lalu dia tenggelam dalam penghayatan bertemu dengan Tuhan sekalian alam. Aisyah solat dengan begitu tenang sekali. Begitu khusyuk dia menghayati solatnya saat itu. Seolah-olah kematian anaknya tadi seperti mimpi yang berlalu pergi. Tidak terkesan sama sekali pada zahirnya.
Dr Muslihah ketika itu baru juga selesai menyempurnakan solat Maghrib di surau. Setelah dirinya bersiap-siap untuk melaksanakan tugasan yang lain, dia terpandang pada satu wajah. Dia pasti, itu ialah Aisyah. Waris kepada anak kecil yang baru saja meninggal tadi. Lalu dia menapak mendekati Aisyah.
Tangannya memegang bahu kanan Aisyah. Aisyah sedikit terkejut, lalu menoleh ke belakang apabila mendengar suara seseorang sedang menyapa.
"Oh.. Dr Muslihah.."
ujar Aisyah selepas menjawab salam yang diberi.
"Aisyah.. firstly akak nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak selamatkan anak Aisyah.."
Dr Muslihah menyusun kata-katanya. Dia seperti berasa serba salah dengan apa yang berlaku.
"Tak mengapa kak.. memang dah ajal dia di sini.. sebagai seorang Islam, takdir itu semestinya kita imani. Sebab apa yang berlaku, kecil besar, pasti ada hikmah di sebaliknya."
"Tapi Aisyah tak macam yang lain-lain yang pernah akak jumpa. Akak tengok Aisyah tenang ja.."
"Bohonglah kalau Aisyah tak sedih kak. Sebagai seorang ibu, biarpun anaknya ditimpa musibah yang kecil, hati inilah yang akan merasa tidak tenteram bukan? tapi mengapa mesti kita biarkan semua ujian yang dikurniakan ini untuk kita lalui dengan hati yang sedih? kita ada Al Quran bukan? kita ada Allah bukan? kita ada nabi-nabi, soleh-solehin untuk dijadikan contoh sepanjang kehidupan kita. Seandainya ujian-ujian yang dikurniakan ke atas kita, lalu dihadapi dengan hati yang tenang, pasti kita tidak akan dapat menjadi sepertinya Asiah, Siti Hajar, Sumaiyyah, ataupun Maryam. Bukankah mereka-mereka ini lebih hebat ujiannya berbanding kita-kita yang bergelar ibu? apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang dikurniakan ke atas mereka dengan kita. Mereka-mereka ini lebih hebat ujiannya. Lebih dasyat ujian-ujiannya. Hanya berbekalkan iman dan taqwa, semua itu mampu untuk ditempuhi. Dan hasilnya? ya, syurga yang abadi menanti."
Air mata Dr Muslihah tidak semena-mena menitis di pipi. Dia kagum dengan ketabahan Aisyah. Sama sekali belum pernah dia berjumpa dengan seorang ibu yang begitu tabah dalam menghadapi ujian kematian seorang anak kecil.
"Kita ada Allah, Al quran, dan nabi. Ambillah, ikutlah, teladanilah semua ini jika mahukan kebahagiaan yang hakiki. Biarpun ujian itu dasyat dan amat berat untuk diterima, ingatlah, pasti akan ada hikmah di sebaliknya."
Dr Muslihah merangkul erat tubuh Aisyah. Saat itu dia merasa amat bahagia. Baginya, Aisyah lah seorang doktor pakar sebenarnya. Setiap daripada kata-katanya tadi, meresap masuk ke segenap penjuru hatinya. Dirinya amat terkesan dengan kata-kata Aisyah.
"Baiklah Aisyah, akak nak ke department lain pula. Kalau ada masa lagi, nanti kita jumpa di luar pula ya."
"InsyaAllah.."
Balas Aisyah sambil mengukir satu senyuman manis.
Muslihah berjalan keluar daripada surau untuk menuju ke wad kecemasan. hatinya berasa amat tenang sekali. Baginya, amat beruntung bagi sesiapa yang mendapat isteri seperti Aisyah. Tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar dirinya menjadi setabah Aisyah.
Sungguh! Islam itu indah. Tetapi berapa ramai yang dapat melihat keindahan itu? yang pastinya, hanya yang celik mata hatinya saja yang dapat melihat keindahan itu.
Kalau diizinkan untukku menyebut nama-nama mereka yang kuat iman serta ketaqwaannya kepada Allah, pasti nama mu akan ku sebut Aisyah..ujarnya di dalam hati sambil tersenyum.
9.48 am
~bumi tuhan
~bumi tuhan
allahurabbi...hebatnya kesan tawakal kpdNYA...indahnya tarbiyah sang PENCIPTA..
ReplyDelete> Anonymous
ReplyDelete- Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Al- Talaq (65: 2,3)