welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Sunday, July 1, 2012

[Cerpen] Kerana sehelai kain labuh itu..


dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Minyak masak itu dituang perlahan-lahan ke dalam kuali panas. Sambil diratakan ke seluruh permukaan dalam kuali. Aisyah cadangnya mahu membuat sedikit minum petang pada hari itu. Menunya pisang goreng. Kebetulan pula Muslim cuti. Cuti hujung minggu. Tambahan pula pada hari Jumaat begitu, Muslim akan mengisi masa petangnya di rumah, bersama isteri kesayangan, Aisyah.




Separuh jarinya dicelup ke dalam adunan tepung yang sudah disiapkan sebelum solat asar tadi. Sambil membaca bismillah, jarinya digerak-gerakkan bagi memudahkan adunan tepung tadi mengalir turun ke dalam kuali. Sesekali matanya memandang kelibat Muslim di ruang tamu. Sedang tekun menghafal Surah Luqman. 


Tepung tadi dibalik-balikkan. Supaya seluruh permukaan masak dengan rata. Jika tidak, pasti berubah menjadi hangit. Sudah sempurna yang pertama, dimasukkan pula yang seterusnya. Suasana petang itu sedikit redup. Tidak terlalu panas dan sejuk. Cuma kadang kala angin petang datang menghembus sekitar halaman rumah. 





Aisyah, ustazah nak sampaikan ‘salam’ untuk kamu. Daripada seseorang.
Ayat yang diucap oleh Ustazah Fatimah dua tahun yang lalu kembali diimbas di fikirannya.



‘Salam’? Daripada seseorang? Untuk saya?
Aisyah hairan. Soalan pula dibalas kepada Ustazah Fatimah.




Ustazah Fatimah hanya senyum. Lalu mengangguk kecil. Cermin matanya dibetulkan sedikit ke kanan.




Daripada Muslim. Untuk kamu.
Jawapan itu keluar dengan nada bersahaja daripada mulut Ustazah Fatimah. Ringkas dan lancar.




Perasaan Aisyah jadi tidak menentu. Mahu dikatakan gembira, nampak seperti biasa-biasa saja. Jika dikatakan sedih, sebutir air mata pun tidak ada yang mengalir keluar. Aisyah cuba berlakon tenang.




Muslim. Satu perwatakkan biasa di kolej itu. Tidak terlalu menonjol. Hanya biasa-biasa. Cuma yang perasan pada pandangan Aisyah, Muslim boleh dikatakan kerap berjemaah di masjid. Hampir setiap kali solat berjemaah, Muslim lah yang akan mengimami solat. 




Tapi, kenapa Muslim? Macam mana Muslim boleh kenal saya? Lagipun kami berlainan kuliah.
Aisyah mengajukan soalan kembali. Persoalan itu diharap dapat dijawab oleh Ustazah Fatimah. Pada sangkaannya, pasti Muslim sudah menceritakan segala-galanya.




Maaf Aisyah. Itu ustazah tidak tahu. Ustazah mahu sampaikan ‘salam’ untuk Aisyah sahaja. Selebihnya ada pada diri Muslim. Aisyah tanyalah kepada Muslim.




Aisyah kebingungan. Dipendamkan soalan itu di hati. Apa yang pasti, istikharah menjadi jalan tengah kepada jawapan ‘salam’ Muslim. Biarlah Allah yang memberi petunjuk kepada hati. Bukannya dengan kata akal sendiri.




Tiba-tiba Muslim datang menghampiri dapur. Aisyah tersentak daripada lamunan. Sudip yang ada di tangan bertukar tangan kepada Muslim. Pisang goreng tadi menjadi sedikit hangit. Akibat lama tidak dialih.




Sayang termenung jauh ni. Habis hangit yang dalam kuali. Sayang teringat ummi di kampung?
Muslim cuba meneka isi hati Aisyah. Selalunya Aisyah jarang begitu.




Hmm.. Tak lah. Sayang teringat cerita dulu. Waktu zaman kolej. 




Taknak kongsi cerita dengan Abang?




Rasa seperti mahu sahaja diajukan soalan dua tahun lepas itu kepada Muslim di saat itu. Tapi seolah-olah berat untuk dikeluarkan. Lalu diabaikan begitu sahaja.




Apron yang dipakai dibetulkan. Tudung yang dipakainya sedikit kelepet pada bahagian muncung hadapan. Itu juga turut dibetulkan.




Sayang ingat tak pertama kali kita berjumpa?
Muslim tiba-tiba bersuara.




Hmm.. Ingat kot. Kalau tak silap waktu tu dekat Stesyen Bas Kangar kan. Kenapa?




Muslim berhenti seketika. Tersenyum memandang wajah Aisyah. Ketika di rumah masih mengenakan tudung labuh. Seperti yang dilihatnya  pada dua tahun lepas.




Lumrah di mana-mana tempat awam, pasti susah untuk mencari kebaikan. Jika ada pun, seperti satu dalam seribu. Bukan hanya susah, malah sukar. Tapi dalam ribuan manusia yang ada di situ pada waktu itu, ada satu insan yang lain daripada lain. Baik dari segi pakaiannya. Gerak lakunya. Semuanya yang ada padanya seolah-olah tidak ada pada manusia-manusia yang sedang berada di sampingnya. Terpampang jelas kelainan yang ada. Labuh tudungnya sempurna dilihat. Abaya yang dipakai, labuh menutup hingga hujung kaki. Longgar saja.    




Errr.. Awak student di Kolej Melati kan?
Muslim menegur Aisyah di awal pertemuan. Tidak tahu mengapa dirinya tiba-tiba menyoal. Walhal tidak kenal.




Aah. 
Balas Aisyah acuh tak acuh. Dia juga kehairanan. Tapi seperti tidak berasa malu-malu. 




Semenjak daripada perkenalan itu, Muslim merasakan ada sesuatu istimewa yang ada pada diri Aisyah. Setelah dibulatkan tekad dan niat di hati, ‘salam’ itu diberi kepada Ustazah Fatimah untuk disampaikan kepada Aisyah. Untuk disunting menjadi bidadari dunia dan akhirat.




Sebab tu la Abang ‘cari’ Aisyah?
Soal Aisyah setelah Muslim berhenti mengenang kenangan lalu.




Muslim menggeleng. Kemudian menggangguk sambil mengukir senyuman buat Aisyah.




Nakalnye. Sebelum kahwin lagi dah ada hati. 




Hati abang terpaut dekat tudung labuh Aisyah. Tak salah kan?




Hmm… Tak tahu~




Aisyah berasa lega. Persolan dua tahun lepas terjawab sudah. Allah sememangnya Maha Mendengar. Muslim menjadi perantaraan, sudah pun menjawab segala persoalan yang ada. Soal hatinya kepada Muslim, belum pernah disoal Muslim. Sejujurnya tiap kali di akhir solat berjemaah di kolej yang diimami Muslim, ada satu doa yang tidak putus-putus diaminkan oleh Aisyah di belakang selaku makmum.







رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً


”Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan Jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.









Ya Allah, semoga lelaki ini bakal menjadi imam buat ku kelak.~
Ikhlas dari kata hatinya.







******



Ok. Pisang goreng dah siap. 
Ujar Aisyah.




Bismillah. Jom makan.~













0505 
Ba’da subuh~
8 Sya’ban 1433H
pAgi cEraH~ ^^)

2 comments:

  1. assalamualaikum.. ^^,
    tgok bnyak cerita tentang muslih dan aishah..gabung jadi novel best nieh!!
    moga tercapai apa yg d impikan..
    bittaufiq wannajah...^_-

    ReplyDelete
  2. wsalam nurann

    -muslih? muslim kot~ *muslih tu watak dlm novel Fatimah Syarha

    -insyaAllah.. mohon doa nya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...