dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Alahai.. Geli hati la. Sembahyang
jemaah? Tahajjud? Haha. Lawak kot..
Sembahyang Dhuha? Alahai~ Memang tak
pernah terlintas lansung. Buat tu pernah. Tapi dah lama la.
Tapi tak apalah. Bukan orang tahu pun…. bisik Iman.
Sekumpulan ikan di tasik berenang dengan
perlahan, sambil naik ke permukaan air. Sama-sama menghirup udara segar petang
itu. Beberapa ekor pepatung terbang rendah di permukaan air. Mencari sesuap
rezeki di celah jutaan plankton-plankton yang hidup. Sesekali ada yang menjadi mangsa
kumpulan ikan, akibat terlalu mencecah permukaan air. Lalu menjadi sesuap
‘nasi’ bagi perenang kolam.
Muslim berjalan di sekitar kawasan tasik.
Turut serta bersama teman-teman lain beriadah. Tidak terlalu berat aktiviti
yang dilakukan. Cukup sekadar jogging selama 10 minit bagi mengeluarkan
toksik-toksik merbahaya dalam badan. Dan puasa bukanlah penghalang dalam jadual
riadahnya. Malah menjadi satu dorongan semangat untuk menjadi lebih kuat dan
bertenaga sepanjang berpuasa.
Jauh di hujung sudut tasik, Iman
bersedirian. Melayani suasana petang. Mp3 menjadi teman akrab waktu itu. Habis
satu lagu dimainkan, ditukar pula lagu lain. Rentak-rentak lagu itu ada kalanya
meniti di bibir Iman. Yang pasti, nasyid menjadi genre muzik yang paling
diminati.
Iman, jom balik! Dah nak azan maghrib.
Laung Muslim dari atas tangga. Jarak yang agak jauh, membuatkan Muslim mengambil jalan mudah. Hanya dengan sekali laungan kuat.
Laung Muslim dari atas tangga. Jarak yang agak jauh, membuatkan Muslim mengambil jalan mudah. Hanya dengan sekali laungan kuat.
Balik lah dulu. Aku balik lambat sikit.
Dekat-dekat nak berbuka nanti, aku naik. Jumpa di masjid!
Fikiran diubah. Langkah diatur menuju ke
arah Iman di bawah. Anak tangga itu dituruti satu persatu.
Apalah buat sorang-sorang kat sini. Kena
kacau dengan hantu nanti baru tahu.
Hantu kena ‘garilah’ time-time puasa.
Yang ada, orang yang suka buat cerita hantu. Tu ja yang belum kena gari.
Muslim, semalam aku buat benda pelik
tau.
Iman bersuara.
Iman bersuara.
Buat benda apa? Pelik sangat ke?
Malam semalam aku sembahyang tahajjud.
Then, pagi tadi aku sembahyang sunat Dhuha. Solat Subuh, Zohor, Asar, aku
jemaah di masjid.
Pelik ke?
Weh, mestilah pelik! Tapi untuk diri aku
je la. Sebab sebelum ni jarang aku buat semua tu. Nak-nak sembahyang tahajjud.
Rasa-rasa kalau nak cari dalam setahun pun susah nak jumpa. Tapi yang pasti,
bukan aku tak nak buat semua benda-benda tu. Ya lah. Benda baik kan? Bengong la
sapa yang kata benda-benda tu tak baik. Dan yang paling penting untuk aku, hari
aku rasa hepi sangat-sangat. Tapi tak tau pulak sebab pa hepi~
Muslim mengalihkan pandangan ke arah
sekumpulan ikan yang berenang jauh daripada gigi kolam. Masing-masing bergerak
dalam satu arah yang sama. Tenang pemandangan petang itu. Amat terkesan buat
dirinya.
Bibirnya tersenyum dengan satu makna yang
dalam. Diimbau kembali, Iman adalah teman satu aras dengannya. Keakraban yang
ada, hanya pada tahap biasa-biasa. Masih belum mampu untuk berkongsi rasa hati
masing-masing. Padanya, Iman juga seperti teman-temannya yang lain. Ada sifat
positif negatif dalam diri. Dan itu adalah satu sifat normal manusia. Dari
pemerhatiannya, Iman agak kurang dalam soal ibadah. Kekurangan yang ada itu,
membuatkan dirinya sedikit sebanyak bimbang. Dan ketika di akhirat kelak,
Muslim pasti akan disoal oleh Allah samada telah menasihati Iman ataupun
sebaliknya.
Dirinya tumpang gembira dengan kisah Iman.
Bermula daripada malam semalam sehingga ke saat itu.
Kegembiraan itu sudah tentu tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk. Hati dan keimanan saja yang merasai.
Kegembiraan itu sudah tentu tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk. Hati dan keimanan saja yang merasai.
Bisik Muslim buat Iman,
Itulah hikmah Ramadhan. Ibadah terasa
ringan. Ibadah menjadi amalan harian . Ibadah menjadi mudah. Akhirnya hati yang
terasa indah. Pastinya semua itu daripada hati yang ikhlas kerana Allah!
Iman tersenyum. Jawapan itulah yang
diselongkar sejak awal tadi. Akhirnya, ditemui sebelum berbuka.
Terima kasih ya Allah..
Sungguh hati ini begitu mudah buat Mu untuk dibolak-balik..
Bagaimana mudahnya buat Mu menghancurkan apa saja yang Engkau kehendaki..
Dan aku hanyalah hamba Mu yang tidak punya apa-apa di atas dunia ini..
Cukuplah hanya aku serahkan seluruh jiwa dan diriku buat Mu..
Dan pengabdian ini sesekali tidak akan ku mungkiri..
Iklaskan diri dan hati ini..
Kuatkan tekad ku ya Allah~
Sungguh hati ini begitu mudah buat Mu untuk dibolak-balik..
Bagaimana mudahnya buat Mu menghancurkan apa saja yang Engkau kehendaki..
Dan aku hanyalah hamba Mu yang tidak punya apa-apa di atas dunia ini..
Cukuplah hanya aku serahkan seluruh jiwa dan diriku buat Mu..
Dan pengabdian ini sesekali tidak akan ku mungkiri..
Iklaskan diri dan hati ini..
Kuatkan tekad ku ya Allah~
Iman.
10 Ogos 2010.
Airmata tahajjud.
10 Ogos 2010.
Airmata tahajjud.
2320
21 Ramadhan 1433H
Lailatul Qadar
21 Ramadhan 1433H
Lailatul Qadar
terbaik... susunan ayat cantik .. fantasi seakan akan realiti .. keep it up! :)
ReplyDeletesekadar yg mampu..
ReplyDeleteafwan.