dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Saat ketika tubuh jatuh sujud menyembah
Yang Maha Agung, berlinangan air mata pengharapan membasahi segenap inci raut
wajah. Dosa dan noda yang pernah dilakukan, diceritakan penuh rasa sayu.
Dikeluarkan satu persatu tanpa ada rasa ragu. Menyatakan satu janji besar
kepada Illahi bahawa ini adalah sebenar-sebenar pengabdian kepadaNya.
Bangunan besar di tengah kota raya, pada
asalnya hanyalah satu tapak kosong yang tidak berpunya. Lalu dibangunkan dengan
pasakan konkrit-konkrit membatu, dibenam jauh ke dasar bumi. Akhirnya didirikan
satu penciptaan buat kemudahan manusia. Sebuah kereta mewah, dilengkapi dengan
seribu satu jenis peralatan berteknologi tinggi. Mulanya hanyalah daripada
besi-besi kosong terbuang. Kemudian dikumpul, dibentuk, lalu dicat. Dan
akhirnya dikeluarkan dalam bentuk sebuah kenderaan buat kegunaan manusia.
Manusia pada asalnya daripada satu sel yang kosong. Dibentuk di dalam rahim ibu
selama 9 bulan lamanya. Dijaga dan disimpan rapi. Akhirnya menjadi seorang
mukmin yang tunduk dan patuh terhadap suruhan agama.
Itulah konsep kehidupan di dunia. Segalanya
bermula daripada tidak ada kepada ada. Daripada kosong kepada berjuta-juta
kiraannya. Daripada tidak berguna kepada yang paling mahal harganya. Daripada dosa
kepada pengharapan keampunan Yang Maha Esa.
Maka, tangisan pengharapan yang kuat itu
adalah satu ‘turning point’ buat diri. Sebagai pemangkin untuk terus kekal di
atas jalan Allah. Sebagai satu isyarat, bahawa diri ini sudah punya asas untuk
berubah.
Jadi, semai dan bajainya dengan rasa
ketaqwaan kepadaNya sebagai seorang hamba ‘baru’. Masih belum terlewat untuk
menghadirkan diri kepangkuanNya. Seluas hamparan bumi dibentangkan. Setinggi jangkauan
langit di teduhkan. Sungguh jalan taubat itu terbuka luas. Khas buat hamba yang
mahukan belaian dari Yang Maha Penyayang.
Kembalilah kepada ‘kosong’. Bukan sekadar
kosong yang biasa. Tetapi titik tolak penting, “apakah aku ini penghuni Syurga,
ataupun bahan bakar di dalam neraka?
"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahan-Ku, dan berimanlah kepada-Ku, agar mereka beroleh kemenangan." (Al-Baqarah:186)
Mereka mencintai Allah, dan Allah mencintai
mereka.
1935
23 Ramadhan 1433H
Serenade
Subhanallah..
ReplyDeleteIndahnya susunan ayat..
Terima kasih untuk perkongsian peringatan.
Semoga kita sentiasa berada di bawah limpahan redha-NYA..
> merpati merah jambu
ReplyDeleteAssalamualaikum.
semoga bermanfaat untuk semua. amin~
susunan ayat yang indah satu perkongsian peringatan...makna yang amat mendalam
ReplyDeletealhamdulillah klau bermanfaat buat kita
Delete