welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Tuesday, December 18, 2012

[Cerpen] Syurga Gaza




dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Suatu malam yang sunyi. Di sebuah rumah kecil yang hanya punya sebuah ruang tamu, dibahagikan sedikit pada hujungnya untuk dijadikan dapur dan sebuah bilik kecil.Rumah kecil itu hanya di huni seorang ibu tua dan anak kecil. Kedengaran suara anak kecil itu memecah keheningan malam.






“Bu, saya gembira sangat hari ini. Bu tahu kenapa?”  ujar Ahmad si anak kecil berusia tujuh tahun. Tangannya dijulang-julang menandakan suatu yang amat menggembirakan. Ibu tua itu hanya melihat dengan penuh tanda tanya.



“Kamu ceritalah pada ibu. Boleh ibu kongsi sedikit kegembiraan kamu,” ujar sang ibu. Tersenyum sambil mengusap-usap kepala anak kesayangannya di tempat tidur. Satu-satunya anak yang masih hidup.



“Waktu pulang sekolah tadi, saya dan kawan-kawan terserempak dengan kereta kebal yahudi laknatullah. Sempat saya ‘hadiahkan’ beberapa biji batu kepada mereka,” ujarnya sambil tersenyum lebar. Menampakkan giginya yang rongak beberapa batang.



Sang ibu tersenyum kelat, dikucup kepala anaknya, “ Sudahlah sayang. Kamu tidurlah.. Bukankah esok kamu akan ke sekolah?”



“Baiklah ibu. Saya tidur sekarang. Saya harap saya mimpikan ayah, abang Abdul Aziz dan abang Yousef. Saya sangat rindukan mereka. Maafkan saya ibu jika saya ada buat salah kepada ibu hari ini. Redhai saya ya bu? Assalamualaikum ..”


“Waalaikumussalam anakku. Ibu sentiasa redha akan kamu. Ibu juga redha akan ayah kamu dan abang-abang kamu. Mereka sudah menemui kesejahteraan di sana.  Doakan kita juga bakal menemui kesejahteraan apabila menghadap Allah kelak. Selamat malam anak ibu. Ibu sentiasa menyayangi kamu,” ucap si ibu dalam gemersik suara menahan sebak.



“Selamat malam ibu, saya juga sentiasa sayangkan ibu,” perlahan-lahan matanya tertutup dan akhirnya lena.




*****


 
“Khaulah!! Khaulah!! Lekas.. pergi ke hospital sekarang! Housam, Abdul Aziz dan Yousef cedera parah!”


“Allahuakbar!!


Aku pergi sekarang. Fathimah, tolong jagakan Ahmad sekejap sampai aku kembali.”

Bergegas ibu tua itu melajukan langkah meninggalkan Ahmad yang menangis-nangis mahu mengikut langkahnya. 

“Maafkan ibu, Ahmad. Ibu tidak mahu memori ngeri ini ada dalam fikiranmu. Sememangnya ibu tahu, perbuatan yahudi laknat itu tidak pernah mengenal erti belas. Dan ibu juga tidak mahu ada memori dalam kepalamu melihat  ayah dan abang-abangmu dalam keadaan mengerikan.” Bisik hati Khaulah semakin menjauh meninggalkan Ahmad yang baru berusia 5 tahun itu.

 


*******


 
“Khaulah, maafkan saya. Suami dan dua anakmu tidak dapat diselamatkan. Pendarahan mereka terlalu teruk. Dan peralatan yang kita ada sekarang terlalu kurang. Maafkan saya Khaulah. Redhailah dengan pemergian mereka.” Ujar Dr. Khaled yang bertanggungjawap ke atas kes tiga mangsa yang baru menemui Sang Pencipta.


Innalillahi wainnailaihi roji’un..


Dalam sekali kalimah itu diucap. Lemah longlai lutut si ibu tua.



Allahu Rabbi. Sekelip mata kau ambil permata-permata hatiku. Namun ku redha ya Allah. Kerana mereka sudah menemui kebahagiaan hakiki. Tabahkan hatiku ya Allah, tabahkanlah hatiku mengharungi hidup ini tanpa mereka.


Allah… Allah… Allah… 


“Namun bergembiralah Khaulah. Mereka pasti sedang bergembira di sana. Lihat sahaja wajah mereka. Tersenyum gembira walaupun sudah tidak benyawa. Dan aku menjadi saksi darah mereka berbau wangi.” sambung Dr. Khaled.


Alhamdulillah… Sungguh.. 

Aku redha, ya Allah… aku redha…   
********


Saat itu Housam sedang membajak tanahnya yang gersang. Dibantu dua anaknya serta rakan-rakan  yang lainnya. Hanya dengan memerah kudrat seekor keldai tua. Demi secebis roti yang belum tentu buat ahli keluarga mereka.



Namun tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang sudah tidak asing buat penduduk Gaza..
 


“Allah, itu bunyi siren amaran! Yahudi laknat sudah datang! Abdul aziz, Yousef. Bersediakah kamu?! Ayuh cari tempat perlindungan semua!!” lantang Housam memberikan arahan. Umpama panglima tentera mengarahkan anak-anak buahnya bertindak pantas.



Situasi itu bukan kali pertama untuknya. Begitu juga anak-anak dan rakan-rakan yang lainnya. Sudah lali dan muak mereka berhadapan dengan situasi sebegitu rupa. Setiap kali mereka akan berlawan habis-habisan walaupun syahid yang mereka kejar. Cuma belum rezeki mereka untuk ketemu syahid. Akan tetapi,mungkinkah kali ini? 


Bergegas mereka masuk ke tempat-tempat persembunyian yang telah tersedia. Sempat juga digapai batu-batu kerikil yang berserakan di atas tanah. Botol-botol bom petrol diambil. Mancis sudah tersedia, demi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. 


“Ingat semua! Hidup kita belum tentu. Serahkan segalanya kepada Allah. Hanya Allah tempat kita bergantung. Jangan pernah menyerah! Syahid sedang melambai-lambai. Anak isteri juga kita serah kepada Dia. Sungguh! Tiada penjaga yang terbaik selain Allah.” ucap Housam dalam separuh berbisik. Bimbang didengari tentera Yahudi yang sudah mendekat. Namun kata-katanya itu tetap meresap masuk ke dalam seluruh jiwa-jiwa yang mendengar. Memarakkan lagi api semangat  yang membara dalam sanubari mereka. 

BOMM! 

Seketika kemudian, pertempuran sengit berlaku. Darah suci mulia rakyat Palestina pekat menyimbah bumi. Lalu menangislah seluruh isi bumi yang menyaksikan pertempuran itu. Maki hamun juga seluruh isi dunia yang menyaksikan kedurjanaan tentera yahudi itu. Bersorak mereka apabila ada di antara tentera itu tersembam menyembah bumi. Bersorak mereka kerana mereka tahu azab Allah Yang Maha Adil sedang menanti tentera laknat itu.

 



*********


 “Housam dan dua anak kamu sungguh berani. Mereka berjuang bermati-matian dan tidak ada sedikitpun rasa gentar. Anakmu Yousef sempat membenamkan pisau ke jantung tentera yahudi demi mempertahankan salah seorang sahabatnya walau akhirnya dia ditembak oleh tentera lain. Berbanggalah kamu wahai Khaulah! Kau punyai suami dan anak-anak yang hebat!” Kata salah seorang teman Housam yang terselamat dalam pertempuran itu.


 

********
 

Allah…!!Khaulah terus terduduk akibat terkejut daripada tidurnya secara tiba-tiba.. 

“Allah, mimpi apakah ini? Mengapa semua memori itu kembali pada malam ini? Ya Allah, sejahterakanlah mereka. Sungguh aku mencintai dan merindui mereka. Kau kumpulah kami semua dalam cintaMu, jua dalam JannahMu yang mulia..” monolog hati Khaulah sendirian.



“ Oh, sejam lagi sudah mahu subuh! Aku harus bersegera.”



Terus wanita tua itu menyusun langkah menyucikan diri untuk bersujud menghambakan diri di hadapan Tuhan Yang Esa. Air digunakan dengan sangat berhati-hati dan cermat kerana sumber air mereka sangat terhad. 



*******


 “Ahmad, ayuh lekas. Ibu hantar kamu ke sekolah hari ini ya?”


Entah mengapa hari ini hatinya sangat berkeinginan menghantar Ahmad ke sekolah. Selalunya dia hanya membiarkan Ahmad pergi ke sekolah bersama-sama teman-teman yang lain.


“Ayuh ibu. Seronoknya saya hari ini. Ibu temankan saya ke sekolah.”



Ceria sungguh wajah Ahmad pagi itu. Entah apa mimpinya malam tadi sehingga dia ceria sekali pagi itu. Terus digapai tangan ibunya. Berpimpin tangan mereka melangkah menuju ke destinasi.


Sedang dalam perjalanan..


Lari!! Lari!!  Yahudi sedang menggila!


Tiba-tiba Ahmad menarik tangannya daripada genggaman Khaulah. Tangkas dia berlari laju sambil mengutip kerikil-kerikil di tanah. Dikeluarkan lastik daripada poket kanannya.


“Kamu hendak ke mana?! Cepat balik!” jerit Khaulah terkejut dengn tindakan drastik anaknya.


“Sekejap saja ibu! Demi kemuliaan Islam! Demi pembebasan tanah ini! Demi pembelaan buat ayah dan abang! ”


Kaku Khaulah mendengar ucapan itu. Ahmad dirasakan seperti sudah menjangkau belasan tahun.


BANG! BANG! Tersungkur Ahmad di hadapan mata. Sedang Ahmad menarik lastik untuk dilontarkan kepada tentera di hadapan. Tanpa di sedari, laju langkah kakinya menuju ke arah jasad Ahmad yang sudah tidak bergerak. Sejuk dan kaku. Darahnya mengalir memerahkan tanah yang pucat warnanya.


Dalam keadaan kucar-kacir itu, tiba-tiba tudungnya ditarik dari arah belakang.


“Bangsat, kau menempah mati!” getus hati kecilnya.



Terus digapai pisau yang disorok di balik baju. Dengan kudrat yang sedikit, dia berpusing 180 darjah. Terus dibenamkan pisau lipat itu ke dada manusia laknat di belakangnya. Kerana dia tahu. Tiada lagi manusia kurang ajar yang akan memperlakukan kepada wanita sekasar itu melainkan yahudi laknatullah.


BANG!!


Pandangannya tiba-tiba bertukar gelap. Namun sayup  di hujung sana, terlihat sudah Housam, Abdul Aziz dan Yousef melambai-lambai ke arahnya. Ahmad dilihatnya berlari menuju ke arah mereka dan menyertai mereka.


“Allah, keluarga aku sudah lengkap hari ini. Bahagianya aku ya Allah. Amat bahagia.. Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah…”


Terbujur kaku akhirnya jasad Khaulah di sebelah jasad anak kecilnya.

Menangis langit kerana gembira menyambut roh suci yang dimuliakan Allah dengan syahid itu. 
Menangis bumi kerana darah suci mengalir di atasnya. Dan jasad itu bakal kembali ke perutnya, untuk diberikan pelukan lembut penuh  kasih sayang kepada insan berhati waja itu.
  






-Tamat-


p/s: Aku menulis dengan penuh cinta, demi menzahirkan kecintaanku buat mereka. Al-fatihah buat para syuhada’ yang sudah dimuliakan Allah dengan ganjaranNya. Aku berdoa semoga aku dan kamu juga bakal dihadiahkan Allah dengan kemuliaan syahid di jalanNya.Ameen ya Rabbal ‘alamin. 





Hasil nukilan:
makcik riang  


Edit by Islam Itu Indah ™
 





1.43 am
10 Muharram 1433H

24 Nov 2012

28.493908,34.514998

Music background : Tae Guk Gi theme song (The Brotherhood of War)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...