dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Petang itu laut tidak bergelora seperti biasa. Terik
matahari kadang kala terlindung di balik kepulan awan yang menebal di udara.
Sesekali tempat yang dilintasi kepulan awan tebal itu menjadi redup untuk
beberapa ketika. Lalu membuatkan suasana di sekitar tambak menjadi tempat
tumpuan keluarga bersiar-siar setelah seharian bekerja.
Saidatul leka dengan suasana itu. Nyaman udara yang
menghembus membuatkan dirinya terleka seketika. Labuh tudung yang dipakai
sesekali melambai-lambai mengikut arah angin. Namun, semua itu tidak dipeduli.
Apa yang penting, dia mahu menikmati suasana itu dengan caranya sendiri.
Matanya dipejam erat. Sambil mengalunkan bait-bait indah
Asmaul Husna dibibir. Betul-betul menghadap ke arah barat. Mahu merakam
detik-detik indah matahari terbenam barangkali.
Ehemm.. Sedapnya kakak
nasyid Asma Ul Husna.
Usik Muslim dari belakang.
Usik Muslim dari belakang.
Haha. Mana ada.
Biasa-biasa je lah.
Balasnya bersahaja. Sikap suka mengusik abangnya itu sudah pun difahami sejak kecil.
Balasnya bersahaja. Sikap suka mengusik abangnya itu sudah pun difahami sejak kecil.
Dialihkan pandangannya ke belakang. Menatap wajah sang
abang. Sedikit tinggi darinya.
Teringatkan mak?
Duga Muslim. Wajah dikerutkan.
Duga Muslim. Wajah dikerutkan.
Emm.. Tak.
Jawabnya ringkas.
Kak Aisyah mana?
Sambil anak mata di kecilkan bagi mencari kelibat kakak iparnya di sekitar kawasan pantai.
Sambil anak mata di kecilkan bagi mencari kelibat kakak iparnya di sekitar kawasan pantai.
Kak Aisyah tengah cari
siput. Nanti dia datanglah tu.
Balas Muslim. Jari telunjuk dihalakan ke arah orang ramai di sekitar pasir pantai yang memutih. Aisyah berada di tengah-tengah kelompok itu.
Balas Muslim. Jari telunjuk dihalakan ke arah orang ramai di sekitar pasir pantai yang memutih. Aisyah berada di tengah-tengah kelompok itu.
Masing-masing mendiamkan diri. Memandang ke arah laut yang
membiru. Hampir dua tahun rasanya mereka tidak bersiar bersama. Berjalan di
sekitar kawasan tambak. Berlari mengejar anak-anak ketam. Melempar kulit-kulit
kepah yang bertaburan.
Acik, kakak nak minta
maaf..
Dirinya tiba-tiba bersuara.
Dirinya tiba-tiba bersuara.
Hmm? Sebab?
Terpinga-pinga Muslim kehairanan. Fokus ke arah sekumpulan nelayan di tengah laut terus hilang. Ditatap wajah adik perempuan di hadapan. Ada isi hati yang mahu diluahkan barangkali.
Terpinga-pinga Muslim kehairanan. Fokus ke arah sekumpulan nelayan di tengah laut terus hilang. Ditatap wajah adik perempuan di hadapan. Ada isi hati yang mahu diluahkan barangkali.
Dulu akak penah lawan
nasihat Acik. Tak dengar nasihat mak ayah. Tak ikut cakap abang-abang..
Satu persatu diluahkan. Kenangan zaman kecil dahulu kembali berputar di fikiran.
Satu persatu diluahkan. Kenangan zaman kecil dahulu kembali berputar di fikiran.
Akak dah besar. Akak
dah tak boleh pakai tudung macam tu lagi. Tudung tu tak cukup syarat..
Ujar Muslim pada waktu cuti sekolah dahulu. Waktu yang ada di manfaatkan bersama keluarga. Sama-sama berbincang hal-hal yang berkaitan.
Ujar Muslim pada waktu cuti sekolah dahulu. Waktu yang ada di manfaatkan bersama keluarga. Sama-sama berbincang hal-hal yang berkaitan.
Tapi akak tengok
kawan-kawan pakai tak ada masalah pun..
Persoalan diaju kembali. Menjadi lumrah buat remaja yang sedang membesar. Persekitaran
akan menjadi titik rujukan yang paling hampir. Apa yang dilihat, akan ditafsir
menjadi hujah. Andai elok persekitaran, eloklah yang diikut.
Tapi tak semestinya
apa yang kawan-kawan buat tu semuanya betul.
Muslim kembali membetulkan persepsi adiknya. Dia mahu menasihati dengan cara
yang terbaik. Benang tak putus, tepung tak berserakan. Itu prinsipnya. Nasihat
tetap nasihat. Teguran mesti dilakukan. Bagi menghasilkan kesudahan yang baik.
Tak apa. Tu cerita
dulu kan? Yang penting sekarang ni akak dah berubah.
Senyuman disimpul tanda kagum. Bersyukur melihat perubahan yang dilakukan. Daripada berpakaian biasa kepada corak pemakaian muslimah yang ditetapkan syariat.
Senyuman disimpul tanda kagum. Bersyukur melihat perubahan yang dilakukan. Daripada berpakaian biasa kepada corak pemakaian muslimah yang ditetapkan syariat.
Terima kasih acik
sebab tegurkan akak dulu..
Bukan untuk acik sorang tahu. Terima kasih untuk arwah mak ngan ayah jugak.
Bukan untuk acik sorang tahu. Terima kasih untuk arwah mak ngan ayah jugak.
Emm.. Ok.
Muslim nampak. Ada linangan air mata di wajah adiknya.
Diabaikan perkara itu. Mungkin ada terkesan dengan kisah dahulu.
Ahh.. Ada kalanya benar kata orang tua-tua. Menjaga anak
perempuan itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Memerlukan skil yang
tersendiri. Memerlukan seribu satu ilmu yang mesti dikuasai. Kerana mereka
terlalu berharga. Bimbang terkurang dalam menjaga, menjadi yang sebaliknya.
Angin yang berlalu ditarik dalam ke dalam paru-paru.
Menyegarkan kembali jiwa. Biarpun ibu dan ayah sudah berlalu pergi, tugas
menjaga dan mendidik tetap dilaksanakan. Itu tanggungjawab yang perlu dipikul
bagi anak lelaki kepada saudara perempuannya. Moga-moga dipelihara daripada
jilatan panas dan azabnya seksa neraka.
Saidatul berlalu mendapatkan Aisyah. Masing-masing ketawa
riang. Mengejar anak-anak ketam di pasir yang bersih. Muslim hanya memerhati dari
tambak. Jauh di sudut hati, khusyuk dia berdoa agar ditetapkan hidayah buat adik
perempuannya. Tidak sanggup di akhirat kelak jika dihumban oleh Allah ke neraka,
hanya kerana tidak melaksanakan amanah terhadap saudara perempuannya. Maka
dengan sedikit usaha yang dilakukan di atas dunia ini, menjadi saksi bahawa dia
sudah berusaha sedaya mungkin menjaga ahli keluarganya daripada dihumban ke
lubang neraka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ
نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ
لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim 66:6)
Serenade
1333
29 Safar 1434H
12 Jan 2013
Angin Perubahan
No comments:
Post a Comment