dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Saat itu kami memandang langit luas. Habis semua sumber
cahaya dipadamkan. Bagi memudahkan proses mencerap bulan bintang. Suasana
begitu indah sekali. Sejauh mata memandang, pasti ada bintang bekerdipan. Dan
pastinya melebihi jumlah jutaan pasir-pasir pantai di laut. Nama-nama seperti Biduk,
Scorpion, Belantik meniti di bibir kami. Ada yang sudah mahir mengenai
nama-nama itu. Ada juga yang seperti mengiyakan. Kurang arif barangkali.
Lalu kami dikumpulkan di tapak mencerap bintang. Ada dua
teleskop di situ. Besar dan kecil. Yang besar warnanya hitam, dan kecil itu
merah. Masing-masing tepat menghadap ke arah bulan. Semua yang ada lalu
berebut-rebut mahu mencuba.
"Kawah di bulan besar-besar la."
Pendapat daripada seorang pelajar perempuan.
Pendapat daripada seorang pelajar perempuan.
"Oh. Tu sebab size meteorit yang besar. Lagi besar
meteorit, lagi besar kawah yang terhasil."
Jawapan daripada seorang kakak yang bertugas. Sarah namanya.
Jawapan daripada seorang kakak yang bertugas. Sarah namanya.
"Adik-adik cuba tengok di belakang. Nampak ada satu
bintang yang cerah tak?"
Kak Sarah cuba mengalih perhatian kami seketika.
Kak Sarah cuba mengalih perhatian kami seketika.
Ternyata ada sebutir bintang yang bersinar. Lebih cerah
berbanding yang ada di sekitarnya. Masing-masing melihat dengan tanda tanya.
Ada yang meneka dengan galaksi lain. Ada juga meneka dengan kehadiran meteorit
besar sedang menghala ke bumi. Entah kena entah tidak.
"Itulah planet Zuhal."
Terang Kak Sarah spontan.
Terang Kak Sarah spontan.
Semua orang seperti kagum seketika. Tidak di duga sama
sekali. Ingatkan semua yang bertaburan menyinar di langit itu adalah bintang.
Rupanya sebuah planet yang dilingkari gelang pada luarnya.
Kak Sarah lalu beredar pergi. Menghadap ke arah teleskop
yang berwarna hitam. Dibetulkan apa yang perlu. Kemudian menghadap kembali
kanta pemerhati. Matanya kemudian melihat tepat ke arah bulan mengambang.
Tiba-tiba ada butir-butir air mata yang mengalir keluar.
"Akak ok?"
Soal Aisyah yang berada di sebelah. Dari tadi dia memerhati perilaku Kak Sarah. Tangan kanannya diletakkan pada bahu kanan.
Soal Aisyah yang berada di sebelah. Dari tadi dia memerhati perilaku Kak Sarah. Tangan kanannya diletakkan pada bahu kanan.
Kak Sarah diam tak berjawab. Wajahnya ditundukkan. Dia lalu
mengerut-ngerut dahi dengan tangan kiri. Kemudiannya menatap wajah Aisyah di hadapan.
Seperti ada sesuatu yang mahu diceritakan.
"Kerdilnya manusia. Tidak punya sedikit pun di
atas dunia ini.."
Dia menyusun kata dengan tenang. Aisyah bersedia untuk mendengar.
Dia menyusun kata dengan tenang. Aisyah bersedia untuk mendengar.
"Lihat saja pada kejadian alam semesta. Bingung manusia
memikirkan. Seluas manakah langit yang dihamparkan? Seberapa banyak bintang-
bintang yang bertaburan? Seberapa besar bintang-bintang yang ada? Berapa banyakkah galaksi yang masih belum
dikenalpasti? Ah. Semua itu membingungkan. Dan itu sudah pasti tidak bermasalah
pada kekuasaanNya. Dia mampu berbuat apa saja. Dia mampu untuk mengatur
seberapa juta planet untuk berputar pada paksi masing-masing tanpa ada
pelanggaran sedikit pun. Dia mampu untuk mentadbir semua galaksi yang ada pada
setiap genap angakasa. Dia mampu untuk membiarkan bintang-bintang berdiri kukuh
tanpa ada tiang yang memasak. Pastinya Dia mampu untuk berbuat apa saja. Lalu
atas alasan apa manusia mahu ingkar atas suruhanNya? Apa bukti-bukti kekuasaan
ini masih tidak cukup untuk membuatkan hati-hati kita berasa tunduk kepadaNya?
Masih merasakan bahawa diri sendiri yang lebih hebat? Adik tahu berapa laju
putaran bumi?"
Soal Kak Sarah kepada Aisyah setelah lama mendiamkan diri.
Soal Kak Sarah kepada Aisyah setelah lama mendiamkan diri.
"Emm. Tak tahu lah kak."
Balas Aisyah sejujurnya.
Balas Aisyah sejujurnya.
"Sekitar 1670 km/j. Dan pastinya lebih laju daripada
F1!"
"Subhanallah."
"Bayangkan dengan kelajuan sebegitu. Andai dengan
kekuasaanNya, dihentikan putaran bumi ini secara tiba-tiba, lalu apa yang
terjadi? Secara logiknya, apa yang ada di bumi akan tercampak keluar."
Giliran Aisyah pula yang menitiskan air mata. Insaf. Sudah
lama rasanya tidak memuhasabah diri. Dan setiap apa yang diceritakan tadi
meresap masuk ke dalam kecilnya.
Kak Sarah berlalu pergi. Dia kembali menghadap teleskop. Mengubah
arah kepada sebuah buruj di hadapan.
"Adik. Mari sini."
Aisyah merasakan dirinya dipanggil. Dia menapak mendapatkan
Kak Sarah.
"Tengok buruj ni. Tahu ni buruj apa?"
Aisyah menggeleng.
"Ini buruj kala jengking tau. Ataupun Scorpion."
Tersenyum Aisyah. Kagum dengan seorang yang berada di hadapannya.
Mampu untuk menjadikan kewujudan alam semesta sebagai pengajaran dan iktibar
buat diri sendiri. Sungguh! Itulah antara ciri-ciri manusia yang mendapat
petunjuk daripadaNya.
Dan seluruh yang berada di langit dan bumi bertasbih memujiMu~
Dingin malam~
Winter Sonata Violet Instrumental
No comments:
Post a Comment