dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Selagi
tak habis baca, jangan bangun dari situ!
Suara
itu menusuk masuk ke gegendang telinga. Hajat untuk bangun seketika terus
dipendam dalam hati. Bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak di jangka.
Sama seperti hari-hari biasa, ‘hanger’ baju menjadi musuh utama. Andai tersilap langkah, pasti merasa ‘sentuhan’ itu. Yang pasti, bukan mudah juga merasai ‘sentuhan’ itu. Hanya apabila langkah yang diambil terlalu ekstrem barangkali.
“Mak,
Abang Mie tak baca Quran. Dia tengok TV.”
Repot adik perempuan yang kecil.
Repot adik perempuan yang kecil.
“Zappp!”
Satu hanyunan kuat tiba-tiba kedengaran. Dihalakan tepat ke arah lantai. Hampir-hampir mengenai lutut kanan. Mujur tidak kena. Andai terkena, pasti berbekas di paha.
“Mak
suruh baca ke tengok TV?!”
“Errr..
Baca. Baca quran.”
Terketar-ketar
nada suara yang keluar. Lalu terus disambung kembali bacaan yang tergendala
tadi. Sesekali anak mata menangkap raut wajah adik perempuan yang sedang sibuk
melayani iklan di kaca televisyen. Ada sedikit rasa geram di hati.
“Pssst!
Malam ni ada cerita apa pukul 9.00 ?”
Suara itu berbisik. Harap-harap tidak didengari orang lain. Hanya bertiga saja.
Suara itu berbisik. Harap-harap tidak didengari orang lain. Hanya bertiga saja.
“Senario!”
Terpacul jawapan pertama.
“Ya
ka? Majalah 3 kot?”
Jawapan kedua membantah.
“Mak! Abang Wan, Abang Mie ngan Abang Cik tak baca quran. Depa dok bersembang.”
Jerit adik perempuan untuk kali yang kedua.
Jawapan kedua membantah.
“Mak! Abang Wan, Abang Mie ngan Abang Cik tak baca quran. Depa dok bersembang.”
Jerit adik perempuan untuk kali yang kedua.
“Zapp!”
3 hanyunan dihalakan tepat ke tapak tangan. Masing-masing mengetap bibir. Menahan kesakitan ‘sentuhan’ manja. Lansung tunduk membisu menyambung bacaan Quran.
3 hanyunan dihalakan tepat ke tapak tangan. Masing-masing mengetap bibir. Menahan kesakitan ‘sentuhan’ manja. Lansung tunduk membisu menyambung bacaan Quran.
***
Baju
putih itu diletakkan di dalam almari. Disangkut kemas ke arah sudut kiri
cermin. Agar mudah untuk diguna kembali pada masa akan datang.
Muslim
mengambil kunci kereta di atas meja. Jam menunjukkan tepat jam 6 petang.
Bermakna masih ada baki 45 minit untuk bergegas ke tapak bazar Ramadhan. Bagi
membeli sedikit juadah berbuka.
Kereta
dipandu sedikit laju. Sambil matanya menangkap beberapa buah motosikal yang
melalui jalan itu. Mujur petang itu tidak terlalu membahang. Dengan itu, pasti
suasana di bazaar nanti sesak dengan kehadiran pengunjung setempat. Apatah lagi
tapak itu berhampiran dengan kawasan institusi kerajaan.
Siaran
radio itu diputar kepada frekuansi yang tepat. Kebiasaannya, ada sesi
menyatakan pendapat pendengar di udara sebelum masuknya waktu berbuka.
“Bagi
saya, pendekatan ibubapa yang terlalu lembut kepada anak-anak dalam kaedah
pembelajaran Al-Quran adalah tidak sesuai.”
Satu pendapat dinyatakan daripada pemanggil. Dari kawasan selatan tanah air barangkali.
Satu pendapat dinyatakan daripada pemanggil. Dari kawasan selatan tanah air barangkali.
"Biarpun
pendekatan yang dilakukan itu adalah bergantung kepada tahap anak-anak itu
sendiri. Hasil yang kita mahukan, anak-anak itu mampu mengenal dan membaca Al
Quran dengan baik. Berlembut dan bertegas diletakkan pada tempat yang sesuai.”
Luahan pendapat seorang ibu daripada daerah Baling, Kedah.
Luahan pendapat seorang ibu daripada daerah Baling, Kedah.
Pandangan
Muslim dilempar jauh-jauh ke arah hamparan sawah yang terbentang luas di kanan
dan kiri jalan. Komen-komen yang dinyatakan tadi, sikit sebanyak mengimbau
kenangannya di zaman kanak-kanak. Hanya senyuman dan hilai tawa yang mampu
terzahir acapkali mengenangkan kisah dulu.
“Malam
ni kita akan makan dekat luar.”
Ujar ayah seketika kembali daripada bertugas.
Ujar ayah seketika kembali daripada bertugas.
“Yeay!
Hari ni makan dekat luar.”
Jerit kami gembira.
Jerit kami gembira.
“Mak,
hari ni nak baca berapa muka?”
Soal kami bersama bagi meminta satu kenyataan rasmi.
Soal kami bersama bagi meminta satu kenyataan rasmi.
“Malam
ni baca dua muka ja. Tapi esok kena tambah lagi dua muka.”
“Okey.”
Balas kami kegirangan. Pantang mendapat ‘bonus’, pasti bersorak.
Ah. Kerinduan itu terlalu mencengkam perasaan. Terlalu manis buat kami. Dipukul manis, dimarahi juga manis. Dicubit, dipulas telinga. Kerana semua itu menganugerahkan kami satu formula penting untuk berjaya hidup di dunia dan juga akhirat, iaitu ‘tahu membaca dan mengenal Al-Quran!’.
Aisyah terpacul di muka pintu, sebaik saja memasuki perkarangan rumah. Senyum dan salam diberi. Dasar isteri solehah. Sudah tahu apa yang perlu di buat bagi menghiasi keindahan rumahtangga.
“Sayang,
minggu depan kita jenguk mak dan ayah di kampung ye. Abang dah rindu
sangat-sangat ni.”
“InsyaAllah.
Aisyah pun rindu mak dan ayah di kampung.”
Sesungguhnya kunci pintu Syurga itu
ada pada mereka.
0617
22 Ramadhan 1433H
Kasih mereka membawa ke Syurga~
22 Ramadhan 1433H
Kasih mereka membawa ke Syurga~
No comments:
Post a Comment