welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Sunday, July 1, 2012

[Cerpen] Kerana sehelai kain labuh itu..


dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Minyak masak itu dituang perlahan-lahan ke dalam kuali panas. Sambil diratakan ke seluruh permukaan dalam kuali. Aisyah cadangnya mahu membuat sedikit minum petang pada hari itu. Menunya pisang goreng. Kebetulan pula Muslim cuti. Cuti hujung minggu. Tambahan pula pada hari Jumaat begitu, Muslim akan mengisi masa petangnya di rumah, bersama isteri kesayangan, Aisyah.

Sunday, June 17, 2012

[Cerpen] Berbeza zaman, sama ujian!

dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Mengenai sambutan Isra' Mikraj 1433H, saya nukilkan sebuh cerpen buat sahabat semua. Peringatan buat yang menulis juga ^^). Agar sentiasa tahu ujian-ujian yang sedang dan akan melanda diri mu. Ujian itu bukan masalah. Tapi kasih sayang Allah.

Jom baca! ^_^



Sunday, February 19, 2012

[Kenali Diri] Apabila Terluka

dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Dalam lipatan hari-hari yang kita lalui, pastinya pernah kita mengalami kecederaan, lalu mengakibatkan luka. Jika keadaan luka itu teruk, darah akan banyak mengalir keluar. Dan tidak lama kemudian, darah yang mengalir keluar tadi akan berhenti mengalir. Terfikirkah kita, mengapa darah itu mengalir keluar ? Dan, apakah faktor yang telah menyebabkan darah tadi berhenti daripada mengalir keluar ?


[Cerpen] Sebuah Kenangan

dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Rumput itu kering. Begitu juga keadaannya dengan tanah di situ. Menunjukkan hujan sudah lama tidak menyirami kawasan di sekitarnya. Aku memandang langit cerah. Benar. Sedikit pun tidak menampakkan ciri-ciri hujan bakal turun. Malah suhu pada waktu itu mungkin sekitar 31 darjah celcius. Lalu ini membuatkan kata hatiku bertambah kuat dan kukuh bahawa di kawasan itu mungkin saja hampir dua minggu tidak ‘minum’.



Saturday, February 11, 2012

[Cerpen] Antara ‘Tahu’ dan ‘Faham’

dengan namaMU ya ALLAH..


selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W






Lama saya perhatikan lelaki tegap itu berdiri tegak di situ. Dia memerhati setiap gerak kerja yang dilakukan oleh anak-anak buah saya. Jika tidak silap, mungkin sudah lebih setengah jam dia berada di situ.  Tidak berbuat apa-apa. Hanya memerhati dari jauh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...