selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Saturday, February 11, 2012
Monday, November 21, 2011
[Tazkirah] Mana Allah dalam diri kita ?
dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Mata tak menipu! Hati juga tidak pernah menipu ! Telinga, lidah, tangan dan
kaki juga sama. Apa kau tahu yang mereka sedang menangis ? Ya, mereka menangis.
Mereka merasa sakit yang amat di dalam diri kita. Saat bersama-sama dengan
kita, mereka merasa amat tersiksa. Seolah-olah mereka bersubahat. Tapi jauh
dari perasaan yang meraka alami, mereka sama sekali tidak mahu melakukan
perbuatan yang teruk itu. Mereka semampunya ingin bersuara, tetapi mereka tidak
punya kekuatan ke arah itu. Allah sama sekali membatasi perbuatan itu ke atas mereka.
Thursday, November 3, 2011
[Tazkirah] Di sebalik Facebook
dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Lebih kurang tiga hari, Facebook saya tak dijenguk. Ada urusan
lain yang lebih penting daripada itu untuk saya selesaikan. Bila ada waktu
lapang macam ni, baru saya akan buka. Saya tak terus tengok pada Wall. Sebab
Wall saya bukan ada apa pun. Saya buka pada Home, lalu saya scroll mouse perlahan-lahan.
Lama saya meneliti setiap aktiviti yang tersenarai di situ. Saya perhatikan
setiap status yang di post oleh sahabat-sahabat saya. Kemudian saya tersenyum. Jauh
di sudut hati, saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi. Apa yang membuatkan
saya tersenyum ialah, setiap aktiviti, setiap status yang ada pada Home saya,
semuanya ada kaitannya dengan Islam. Semuanya ada kaitan dengan perjuangan
Islam. Dan inilah yang membuatkan saya tersenyum syukur pada Allah. Di mana
pada saat ramai anak muda Islam sedang jatuh lemah, masih ramai yang sedang
menyusun langkah, bersama-sama membangunkan ummah. Inilah yang dikatakan
pemuda-pemudi Islam. Menggunakan apa saja item yang ada bagi menyebarkan
ayat-ayat cinta Allah di mana saja. Hanya dengan satu tujuan. Ingin melihat
mekarnya Islam itu pada suatu masa nanti.
Jadi post ini untuk saya dan juga kalian sebagai sahabat
saya. Jom sama-sama baca. ^_^
Wednesday, October 5, 2011
[Cerpen] Tiru macam tayar!
dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Setelah puas membelek blog-blog sahabat yang lain, saya dapat rasakan ada sesuatu perbezaan yang tidak ada pada blog ini. Blog ini sudah lama tidak ada kata intro bagi satu-satu post atau tajuk baru.
"Sebab saya memang tak suka bercakap pun".. ^_^
Tapi tidak mengapa. Saya buat sedikit perubahan. Post kali ini saya sediakan sedikit intro buat tatapan sahabat-sahabat yang dikasihi semua. Kisah dibawah mungkin telah banyak kali sahabat semua temui, tapi mungkin dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Apapun, mesejnya tetap sama.
Kisah apa? Anda baca, anda tahu!
Tapi tidak mengapa. Saya buat sedikit perubahan. Post kali ini saya sediakan sedikit intro buat tatapan sahabat-sahabat yang dikasihi semua. Kisah dibawah mungkin telah banyak kali sahabat semua temui, tapi mungkin dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Apapun, mesejnya tetap sama.
Kisah apa? Anda baca, anda tahu!
Jadi, hayati apa yang terselindung di sebalik cerpen ini. Semoga ada keberkatan di dalamnya, insyaAllah. ^_^
Thursday, September 15, 2011
[Cerpen] Kita selalu tidak adil!
dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Dia berlari-lari ke arah bilik mandi. Mahu cepat. Dengan syampoo di tangan kanan bersama berus gigi di tangan kiri, Husin tergesa-gesa melompat masuk ke dalam bilik mandi. Mujur pada waktu itu tidak ada sesiapun di dalamnya. Kalau tidak, pasti masanya akan menjadi lebih terhad. Mahu menunggu yang di dalam keluar bukannya mudah. Kadang-kadang si kecil Mu’min bermain dengan patung itiknya di dalam besen mandi. Tapi bagi Husin, dia perlu cepat. Dalam diari hidupnya pada hari itu, dia akan pergi menghadap sultan di istana. Surat daripada istana yang menyatakan dia perlu menghadap sultan bagi penganugerahan pangkat. Surat itu diterimanya pada lebih kurang dua minggu lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
