welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Saturday, August 20, 2011

[Cerpen] Sungguh! Aku redha dengan keputusan Mu


dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Malam itu dirasakan sunyi sekali. Biarpun tidak dapat melihat kilauan bintang-bintang nun jauh di langit, Salim dapat merasakan pada malam itu langit dipenuhi dengan bintang yang bertaburan. Semuanya bekerdipan. Ada yang terang. Ada juga seakan-akan malap. Bercahaya biru, merah, semuanya bercahaya. Tapi cahaya-cahaya itu hanyalah sekadar memori yang ada padanya. Suasana itu dirakam, sekitar sepuluh tahun yang lala. Saat dirinya masih menjadi insan biasa. Saat dirinya menjadi manusia normal. Saat dirinya menjadi usahawan, bukannya banduan!

Tuesday, August 9, 2011

[Cerpen] Laluan Kematian


dengan namaMU ya ALLAH..

selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Faizal memerhati ke arah seekor Burung Kelicap Madu yang baru saja hinggap di situ kira-kira dua minit yang lalu. Lama dia perhatikan burung itu. Ada rasa kagum pada hatinya dengan kecantikan warna pada burung itu. Seingatnya pada tahun lepas, baru saja dia sekeluarga berkunjung ke taman burung di Pahang. Minatnya terhadap burung tidaklah terlalu mendalam. Akan tetapi pada kali ini, hatinya benar-benar terpaut pada keindahan Burung Kelicap Madu itu.


Wednesday, July 20, 2011

[Cerpen] Pedang Power Rangers VS Jam Pasar Malam


dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Muslim memandu dengan tenang ketika mula memasuki jalan besar. Keadaan jalan raya tidak begitu sesak pada petang begitu. Sesekali matanya ditoleh ke arah cermin sisi bagi memastikan keadaan di belakang berada dalam jarak yang selamat.

Wednesday, June 29, 2011

[Cerpen] Harga Sebuah Ketabahan


dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Suasana di dalam bilik bedah kelihatan suram.Lampu bilik yang tadinya di tutup, kini dinyalakan semuanya sekali. Cahaya terang menerangi segenap penjuru bilik. Di atas katil bedah, terbujur kaku satu tubuh kecil di situ. Matanya terpejam rapat. Tiga orang pakar bedah bersama lima orang pembantu yang lain, masing-masing khusyuk membacakan al fatihah buat si mati. Ada titisan air mata di pipi mereka . Sebak dengan apa yang terjadi. Sejak dari pukul 1.30 petang tadi pembedahan bermula, akhirnya menemui kata putus tepat jam 7 malam.


Dr Muslihah, waris kepada si mati ada di tempat menunggu.
Salah seorang daripada pembantu perubatan memberikan maklumat kepada Dr Muslihah.



"Terima kasih ya. Nanti saya akan jumpa waris di luar".

balasnya.

Sunday, May 22, 2011

[Cerpen] Barakah Itu Ada Dalam Dirimu Muslimah

dengan namaMu ya Allah

selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


-ku rasai barakah itu..~


Sudah masuk kali ketiga Aisyah melontar anak-anak batu ke arah sekumpulan anak-anak ketam di atas pasir pantai yang memutih itu. Setiap kali terkena lontaran anak batu, bertempiaranlah anak-anak ketam lari menyelamatkan diri. Jika dilihat dari jauh, kelihatan warna-warna putih sedang bergerak dengan pantas sekali. Itulah anak-anak ketam yang sedang lari ketakutan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...