welcome noted ku yg baru.. =) (java script)

أهلا و سهلا

Saturday, October 5, 2013

[Muhasabah] Terdidik sebelum mendidik.

Dengan namaMu ya Allah
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




"Mesti seronok bila ada anak nanti. Boleh main-main, boleh manja-manja. Kan?" Satu soalan dilempar kepada saya. Saya memandang wajahnya. Ada cahaya harapan yang terlihat. Menunggu saat si isteri mengandung barangkali.

Tuesday, February 12, 2013

[Cerpen] Kisahnya Bintang


dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Saat itu kami memandang langit luas. Habis semua sumber cahaya dipadamkan. Bagi memudahkan proses mencerap bulan bintang. Suasana begitu indah sekali. Sejauh mata memandang, pasti ada bintang bekerdipan. Dan pastinya melebihi jumlah jutaan pasir-pasir pantai di laut. Nama-nama seperti Biduk, Scorpion, Belantik meniti di bibir kami. Ada yang sudah mahir mengenai nama-nama itu. Ada juga yang seperti mengiyakan. Kurang arif barangkali.

Saturday, January 12, 2013

[Cerpen] Sebuah Tanggungjawab




dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Petang itu laut tidak bergelora seperti biasa. Terik matahari kadang kala terlindung di balik kepulan awan yang menebal di udara. Sesekali tempat yang dilintasi kepulan awan tebal itu menjadi redup untuk beberapa ketika. Lalu membuatkan suasana di sekitar tambak menjadi tempat tumpuan keluarga bersiar-siar setelah seharian bekerja.

Tuesday, December 18, 2012

[Cerpen] Syurga Gaza




dengan namaMU ya ALLAH..
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W




Suatu malam yang sunyi. Di sebuah rumah kecil yang hanya punya sebuah ruang tamu, dibahagikan sedikit pada hujungnya untuk dijadikan dapur dan sebuah bilik kecil.Rumah kecil itu hanya di huni seorang ibu tua dan anak kecil. Kedengaran suara anak kecil itu memecah keheningan malam.


Saturday, August 11, 2012

[Muhasabah] Dan ‘Kosong’ Itu Adalah Hidup Kita


dengan namaMu ya Allah
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Saat ketika tubuh jatuh sujud menyembah Yang Maha Agung, berlinangan air mata pengharapan membasahi segenap inci raut wajah. Dosa dan noda yang pernah dilakukan, diceritakan penuh rasa sayu. Dikeluarkan satu persatu tanpa ada rasa ragu. Menyatakan satu janji besar kepada Illahi bahawa ini adalah sebenar-sebenar pengabdian kepadaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...